Felix Jospeh Saang N.47 Telupid

Felix Jospeh Saang N.47 Telupid Telupid

27/11/2025

Masa Depan Sebuah Daerah Bergantung Pada Pilihan Raya Kali ini.
Masa depan sebuah daerah selalu ditentukan oleh keputusan besar yang dibuat bersama pada 29hb ini. Ramai di Telupid mengharapkan pembangunan yang lebih teratur, isu tanah yang dapat diselesaikan, kampung yang terjaga, sekolah yang lengkap dengan kemudahan, peluang kerja yang stabil untuk belia, dan ekonomi yang benar-benar hidup.
Saya menawarkan diri bukan inginkan jawatan atau kuasa. Saya menawarkan diri untuk mendengar suara anda. Menyelesaikan isu yang penting, dan memastikan hak rakyat Telupid tidak diketepikan. Saya tidak berjanji perkara yang mustahil, tetapi saya berjanji untuk berkhidmat dengan jujur, telus, dan bersunguh-sungguh.
Setiap undi anda amat berharga, dan mampu membawa perubahan, membawa kekuatan, dan menentukan hala tuju Telupid untuk lima tahun yang akan datang.
Undilah saya Felix Joseph Saang, calon No. 6, calon UPKO, N47 Telupid.




27/11/2025

Mengapa isu hak 40% begitu penting untuk Sabah?”
Saya mengupas tentang hak hasil 40% yang termaktub dalam perjanjian antara negeri dan persekutuan. Isu ini sering dibangkitkan kerana ia berkait rapat dengan kemampuan negeri untuk mengurus pembangunan, kemudahan asas dan keperluan rakyat melalui hasil yang sepatutnya dikembalikan.
Saya juga menerangkan bagaimana pembayaran tersebut terhenti sejak sekian lama, serta mengapa ia menjadi antara topik yang paling kerap dibincangkan dalam konteks pentadbiran negeri. Dengan nilai yang besar dan kesannya yang meluas, isu ini terus menjadi perhatian masyarakat.
Apabila hak kewangan negeri dapat dipenuhi seperti yang dipersetujui, lebih banyak perkara dapat dilaksanakan — termasuk penambahbaikan infrastruktur, kemudahan asas dan pembangunan yang memberi manfaat kepada penduduk.






27/11/2025

Apa perkara paling penting untuk diperbaiki dalam 24 bulan pertama?
Saya menyentuh kepentingan menyelesaikan keperluan asas masyarakat. Daripada bekalan air, elektrik, jalur lebar, sehinggalah keperluan gas domestik. Semua ini adalah perkara yang memberi kesan terus kepada kehidupan harian dan masih menjadi cabaran utama di banyak kawasan.
Selain itu, video ini turut menekankan keperluan menaik taraf infrastruktur seperti jalan komuniti, jalan kebudayaan dan jalan kebun. Akses yang baik bukan sahaja memudahkan pergerakan, tetapi membuka peluang kepada usahawan, petani dan mereka yang bergantung kepada aktiviti harian di lapangan.
Isu pembangunan usahawan dan peningkatan ekonomi tempatan juga dibincangkan sebagai fokus penting, begitu juga dengan isu pemilikan tanah yang sering menjadi perhatian masyarakat. Harapannya, dalam tempoh dua tahun pertama, ada peningkatan nyata yang boleh dirasai oleh komuniti.
Semua ini adalah isu asas yang dekat dengan kehidupan masyarakat dan dibincangkan sebagai keutamaan untuk tempoh 24 bulan pertama.






27/11/2025

Bagaimana kita boleh memastikan kemudahan asas benar-benar memenuhi keperluan masyarakat?”
Saya ingin menyelesaikan isu asas yang paling dekat dengan kehidupan harian seperti jalan raya, bekalan air bersih, elektrik yang stabil, dan kemudahan awam yang selamat digunakan. Keperluan asas ini menjadi tulang belakang kepada kualiti hidup setiap keluarga.
Saya juga akan memberikan perhatian kepada akses jalan kebun supaya hasil pertanian dapat dipasarkan dengan lebih mudah, selain kemudahan dewan komuniti yang perlu diselenggara kerana banyak telah lama uzur.
Isu keselamatan seperti pembangunan balai bomba, serta keperluan pemilikan tanah yang jelas bagi masyarakat setempat, turut dibangkitkan sebagai antara perkara penting untuk masa depan komuniti.
Semua ini merupakan keperluan yang memberi kesan langsung kepada kehidupan, ekonomi, dan kesejahteraan masyarakat.






27/11/2025

Bagaimana kita boleh buka lebih banyak peluang untuk belia?
Saya menyentuh tentang peluang yang semakin terbuka untuk belia, bukan hanya dalam perniagaan dan pertanian moden, tetapi juga dalam dunia agro-pelancongan dan industri kecil yang lahir dari komuniti sendiri.
Setiap kawasan menyimpan potensi yang tidak ternilai. Daripada hasil tani yang menjadi sumber rezeki keluarga, kepada kraftangan penuh identiti, hinggalah peluang pelancongan yang mampu mengangkat nama tempat kita.
Semua ini adalah ruang yang boleh menghidupkan pendapatan, membuka jalan pekerjaan, dan membina masa depan yang lebih cerah untuk belia.






Saya mengucapkan Selamat Mengundi Awal kepada semua pengundi awal N. 47 Telupid. Dengan penuh keikhlasan, saya menawarka...
25/11/2025

Saya mengucapkan Selamat Mengundi Awal kepada semua pengundi awal N. 47 Telupid. Dengan penuh keikhlasan, saya menawarkan diri sebagai calon nombor 6 untuk membawa suara dan harapan Telupid ke hadapan.

Saya menawarkan kepimpinan yang berprinsip, membawa dasar yang berfokuskan rakyat, pembangunan yang menyeluruh, serta pentadbiran yang bersih dan telus.

Undi Calon No 6 - 𝗙𝗘𝗟𝗜𝗫 𝗝𝗢𝗦𝗘𝗣𝗛 𝗦𝗔𝗔𝗡𝗚
UNDI UPKO - Lokal . Progresif . Memimpin Rakyat





Jelajah Perjuangan   UPKO Telupid di Kampung BUIS, Telupid.Pilih UPKO untuk membela hak dan kepentingan wilayah Sabah.Pi...
25/11/2025

Jelajah Perjuangan UPKO Telupid di Kampung BUIS, Telupid.

Pilih UPKO untuk membela hak dan kepentingan wilayah Sabah.

Pilih UPKO untuk Telupid yang lebih Progresif, Dinamik & Makmur.

Undi Calon No 6 - 𝗙𝗘𝗟𝗜𝗫 𝗝𝗢𝗦𝗘𝗣𝗛 𝗦𝗔𝗔𝗡𝗚
UNDI UPKO - Lokal . Progresif . Memimpin Rakyat

Andai Marong!





Jelajah Perjuangan   UPKO Telupid di Kampung GAMBARON, Telupid.Pilih UPKO untuk membela hak dan kepentingan wilayah Saba...
25/11/2025

Jelajah Perjuangan UPKO Telupid di Kampung GAMBARON, Telupid.

Pilih UPKO untuk membela hak dan kepentingan wilayah Sabah.

Pilih UPKO untuk Telupid yang lebih Progresif, Dinamik & Makmur.

Undi Calon No 6 - 𝗙𝗘𝗟𝗜𝗫 𝗝𝗢𝗦𝗘𝗣𝗛 𝗦𝗔𝗔𝗡𝗚
UNDI UPKO - Lokal . Progresif . Memimpin Rakyat

Andai Marong!





Jelajah Perjuangan   UPKO Telupid di WASAI, Telupid.Pilih UPKO untuk membela hak dan kepentingan wilayah Sabah.Pilih UPK...
25/11/2025

Jelajah Perjuangan UPKO Telupid di WASAI, Telupid.

Pilih UPKO untuk membela hak dan kepentingan wilayah Sabah.

Pilih UPKO untuk Telupid yang lebih Progresif, Dinamik & Makmur.

Undi Calon No 6 - 𝗙𝗘𝗟𝗜𝗫 𝗝𝗢𝗦𝗘𝗣𝗛 𝗦𝗔𝗔𝗡𝗚
UNDI UPKO - Lokal . Progresif . Memimpin Rakyat

Andai Marong!





24/11/2025

Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah dan satu niat untuk membawa perubahan yang lebih baik kepada komuniti sendiri.
Melihat cabaran dan harapan masyarakat, lahirlah keinginan untuk menawarkan kepimpinan yang jujur, segar dan bertanggungjawab.
Dengan semangat untuk membangunkan kawasan ini, perjalanan ini diteruskan bersama semua yang percaya pada masa depan yang lebih cerah.
Kerana apabila kita bersatu, tidak ada apa yang mustahil untuk dicapai. Undilah Calon Nombor 6 untuk Telupid yang progresif dan stabil.






Jelajah   UPKO Telupid di Kampung SANARON,Telupid.Pilih UPKO untuk membela hak dan kepentingan wilayah Sabah.Pilih UPKO ...
24/11/2025

Jelajah UPKO Telupid di Kampung SANARON,Telupid.

Pilih UPKO untuk membela hak dan kepentingan wilayah Sabah.

Pilih UPKO untuk Telupid yang lebih Progresif, Dinamik & Makmur.

Undi Calon No 6 - 𝗙𝗘𝗟𝗜𝗫 𝗝𝗢𝗦𝗘𝗣𝗛 𝗦𝗔𝗔𝗡𝗚
Lokal . Progresif . Memimpin Rakyat





Jelajah Perjuangan   UPKO Telupid di Kampung TELUPID.Pilih UPKO untuk membela hak dan kepentingan wilayah Sabah.Pilih UP...
24/11/2025

Jelajah Perjuangan UPKO Telupid di Kampung TELUPID.

Pilih UPKO untuk membela hak dan kepentingan wilayah Sabah.

Pilih UPKO untuk Telupid yang lebih Progresif, Dinamik & Makmur.

Undi Calon No 6 - 𝗙𝗘𝗟𝗜𝗫 𝗝𝗢𝗦𝗘𝗣𝗛 𝗦𝗔𝗔𝗡𝗚
UNDI UPKO - Lokal . Progresif . Memimpin Rakyat

Andai Marong!





Address

Telupid
Telupid
89320

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felix Jospeh Saang N.47 Telupid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share