Nazari Sabran Team

Nazari Sabran Team Update terkini aktiviti melibatkan Hj Mohd Nazari Sabran & Team

19/05/2026

Tahniah kepada semua anak-anak cemerlang yang diraikan dalam Majlis Apresiasi Kurikulum SIGMA 2025.

Melihat kejayaan mereka, bersama pengorbanan ibu bapa pastinya menjadi satu kebanggaan buat kita semua. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

Dalam majlis ini juga, Hj Nazari Sabran turut menyampaikan sumbangan tunai bagi Program Kecemerlangan SPM 2026 sebagai tanda sokongan berterusan terhadap usaha melahirkan generasi berilmu dan berjaya.

Beliau turut beramah mesra serta menitipkan kata-kata semangat kepada anak-anak agar sentiasa mengutamakan pelajaran dan terus berusaha mencapai cita-cita.

InsyaAllah, pendidikan akan terus diberi perhatian demi masa depan anak-anak di DUN Sungai Manik!

17/05/2026

Alhamdulillah, setelah beberapa kali turun padang mengikuti perkembangan keluarga ini, akhirnya 3 beradik ini berjaya kembali ke alam persekolahan.

Segala usaha yang termampu telah diikhtiarkan bersama pelbagai pihak agar urusan mereka dipermudahkan. Saya percaya setiap anak berhak mendapat peluang pendidikan yang sempurna tanpa tercicir daripada arus pembelajaran.

Insyaallah, saya akan terus memantau perkembangan mereka serta membantu keperluan persekolahan dari semasa ke semasa.

Gunakanlah peluang ini sebaiknya anak-anak. Belajarlah bersungguh-sungguh kerana pendidikan mampu mengubah masa depan dan mengangkat nasib keluarga. Semoga anak-anak ini terus kuat melangkah mengejar cita-cita.

15 Mei 2026Dun Sungai ManikSelamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik di Malaysia, khususnya guru-guru di DUN Sungai ...
16/05/2026

15 Mei 2026
Dun Sungai Manik

Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik di Malaysia, khususnya guru-guru di DUN Sungai Manik yang sentiasa komited mendidik dan membentuk generasi masa depan dengan penuh kesabaran dan keikhlasan.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih saya atas jasa yang tidak ternilai, kek dan bunga telah dihantar ke

๐Ÿ“š 19 Sekolah Rendah
๐Ÿ“š 4 Sekolah Menengah
๐Ÿ“š 3 Maahad Tahfiz
๐Ÿ“š 18 Tadika & Taska KEMAS sekitar DUN Sungai Manik

Sesungguhnya, guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah menjadi insan yang membimbing, membentuk sahsiah dan meniup harapan kepada setiap anak bangsa untuk terus melakar kejayaan.

Terima kasih cikgu atas segala pengorbanan, dedikasi dan kasih sayang yang dicurahkan selama ini. Semoga seluruh warga pendidik sentiasa diberikan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam meneruskan amanah yang sangat mulia ini.

12/05/2026

Impian jadi kenyataan!

Saya datang semula menziarahi keluarga Puan Norhayati untuk menghantar kelengkapan persekolahan buat Safuan, Adawiyah dan Adam. Saya bawa baju sekolah, kasut, beg serta alat tulis sebagai persediaan mereka memulakan sesi persekolahan minggu ini di SK Chikus dan SMK Sungai Manik.

Alhamdulillah, wajah gembira mereka hari ini benar-benar menyentuh hati. Dari hanya mampu melihat rakan-rakan pergi ke sekolah, kini mereka juga bakal melangkah masuk ke kelas seperti anak-anak lain.

Terima kasih kepada pegawai PPD Hilir Perak atas keprihatinan dan tindakan pantas membantu keluarga ini. Syukur juga, keluarga ini kini menerima tambahan bantuan bulanan daripada Baitulmal bagi meringankan beban mereka.

InsyaAllah saya juga akan membantu dari sudut pemeriksaan kesihatan serta yuran persekolahan agar anak-anak ini dapat belajar dengan lebih sempurna dan selesa.

Semoga Safuan, Adawiyah dan Adam terus kuat mengejar cita-cita dan menjadi insan berjaya suatu hari nanti. Kerana setiap anak berhak memiliki masa depan yang lebih baik.

Selamat Hari Jururawat 2026 ๐Ÿ’œโ€œOur Nurses. Our Future.The economic power of care.โ€Mengangkat peranan besar jururawat buka...
12/05/2026

Selamat Hari Jururawat 2026 ๐Ÿ’œ

โ€œOur Nurses. Our Future.
The economic power of care.โ€

Mengangkat peranan besar jururawat bukan sahaja dalam dunia kesihatan, malah dalam membina masa depan yang lebih sejahtera buat negara.

Setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh jururawat yang sentiasa menjadi barisan hadapan dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Di sebalik tugas yang mencabar, ada pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang tidak ternilai. Terima kasih kerana terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.

Jasa anda amat dihargai.

Ikhlas daripada,
HJ MOHD NAZARI SABRAN
Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak

Address

Parit 13B Sungai Manik
Teluk Intan
36000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nazari Sabran Team posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share