Batalion Ketiga Rejimen 503 Askar Wataniah

Batalion Ketiga Rejimen 503 Askar Wataniah Laman Rasmi bagi Batalion Ketiga Rejimen 503 Askar Wataniah (Kem Teluk Intan)

KARNIVAL SUKAN REJIMEN 503 ASKAR WATANIAHIPOH, Perak: Pada 24 - 26 Oktober telah berlangsungnya Latihan Berterusan perin...
03/11/2025

KARNIVAL SUKAN REJIMEN 503 ASKAR WATANIAH

IPOH, Perak: Pada 24 - 26 Oktober telah berlangsungnya Latihan Berterusan peringkat Rejimen 503 Askar Wataniah. Aktiviti utama latihan kali ini adalah penganjuran Karnival Sukan peringkat Rejimen 503 Askar Wataniah.

Antara acara yang dipertandingkan adalah Futsal (Lelaki), Bola Jaring (Wanita) dan Bola Tampar (Campuran). Tiga Batalion telah mengambil bahagian dimana setiap Batalion menghantar dua pasukan bagi setiap acara dipertandingkan.

Edisi kali ini menyaksikan Batalion Kedua Rejimen 503 Askar Wataniah telah menjadi Johan Keseluruhan dengan menjuarai kesemua acara yang dipertandingkan. Naib Johan disandang oleh Batalion Pertama manakala Batalion Ketiga p**a mendapat tempat ketiga.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Syed Nasir bin Syed Mahadi, Komander Rejimen 503 Askar Wataniah sejurus selepas menyaksikan perlawanan akhir.

20/07/2025

HEBAHAN AWAL BUAT WARGA TELUK INTAN & SEKITARNYA!

Pada 15 & 16 Ogos nanti akan diadakan PEMILIHAN AWAL PERAJURIT MUDA LELAKI TENTERA DARAT SIRI 205 bagi Tahun 2025.

Pemilihan awal ini akan dijalankan di Batalion Ketiga Rejimen 503 Askar Wataniah (mahkamah lama/hadapan Milla Hall/sebelah Bank Islam Teluk Intan).

Ayuh warga belia anak muda Teluk Intan & kawasan sekitar, serlahkan semangat cinta negara dengan hadir ke pemilihan ini.

Jumpa anda pada 15 & 16 Ogos nanti!

✨ TEMPAHAN BAJU EKSKLUSIF APMS & MALPTAAC ✨PRE-ORDER NOWβ—πŸ“Œ 2 pilihan baju:1. Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Siri 2/...
24/06/2025

✨ TEMPAHAN BAJU EKSKLUSIF APMS & MALPTAAC ✨

PRE-ORDER NOW❗

πŸ“Œ 2 pilihan baju:

1. Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela Siri 2/2025
2. Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC)

πŸ“Œ Dengan 3 jenis pilihan:

1. Roundneck Lengan Pendek (RM40)
2. Roundneck Lengan Panjang (RM45)
3. Berkolar Lengan Pendek (RM45)

πŸ“ Tambahan RM6 bagi yang ingin menggunakan khidmat penghantaran pos.

πŸ’³ Bayaran boleh dibuat ke akaun:

Maybank - 158060879762
Mohammad Nasharuddin bin Md.Nor

πŸ’» Isi maklumat pembelian di pautan berikut:

https://forms.gle/WjjkcxtJ6h1mf7n88

🧨 Tarikh akhir tempahan adalah pada 28 Jun 2025 🧨

☎️ Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
https://www.wasap.my/+60124021582 (Lt Nasharuddin)



30/03/2025

Salam Aidilfitri 1446H

Majlis Berbuka Puasa Batalion Ketiga Rejimen 503 Askar Wataniah22 Mac 2025 | 21 Ramadan 1446HDewan Muallim, Politeknik S...
23/03/2025

Majlis Berbuka Puasa Batalion Ketiga Rejimen 503 Askar Wataniah
22 Mac 2025 | 21 Ramadan 1446H
Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah

PEMBUKAAN LATIHAN BATALION KETIGA REJIMEN 503 ASKAR WATANIAH TAHUN 2025KAMPUNG GAJAH, PERAK: Seramai 6 pegawai dan 134 a...
11/03/2025

PEMBUKAAN LATIHAN BATALION KETIGA REJIMEN 503 ASKAR WATANIAH TAHUN 2025

KAMPUNG GAJAH, PERAK: Seramai 6 pegawai dan 134 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Upacara Pembukaan Latihan Batalion Ketiga Rejimen 503 Askar Wataniah bertempat di Pusat Kegiatan Pelajar, Lambor Kanan pada 19 Januari 2025.

Pembukaan Latihan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Komander Rejimen 503 Askar Wataniah, Lt Kol Ahmad Fuad bin Othman. Ketibaan Timbalan Komander disambut oleh Pegawai Memerintah Batalion Ketiga, Lt Kol Hj Ahmadi bin Ahmad Hanapiah.

Dalam ucapan Timbalan Komander, beliau menyeru kepada seluruh anggota sukarela untuk terus konsisten menghadiri latihan kerana kepelbagaian manfaat dan kelebihan yang boleh diperolehi oleh anggota. Beliau juga mengingatkan agar warga Batalion Ketiga khususnya dan amnya Rejimen 503 agar sentiasa menunjukkan semangat keperwiraan serta berlapang dada menimba sebanyak boleh ilmu semasa tempoh latihan.

Turut berlangsung adalah penyerahan cenderahati kepada Encik Zainuddin bin Hj Mohamad Hashim selaku Pengerusi JPKK Teluk Bedayung, Lambor Kanan atas khidmat dan jasa beliau yang telah menyumbang kepada kebaikan pasukan.

- BN3 REJ 503 (AW)

Address

Batalion Ketiga Rejimen 503 Askar Wataniah, Jalan Mahkamah
Teluk Intan
36000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion Ketiga Rejimen 503 Askar Wataniah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category