Pejabat Penerangan Daerah Hilir Perak

Pejabat Penerangan Daerah Hilir Perak Memasarkan maklumat kerajaan secara strategik melalui pelbagai kaedah komunikasi. Jangan segan jangan malu, moh datang sini selalu.

Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Daerah Hilir Perak beroperasi di Pejabat Penerangan Daerah Hilir Perak, bertempat di Bangunan Persekutuan Teluk Intan. Orang awam di Hilir Perak dialu-alukan untuk datang ke PMR ini bagi mendapatkan maklumat umum tentang dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa di dalam Negara, khususnya di dalam Daerah Hilir Perak. Pengunjung boleh mendapatkan khidmat nasihat pegawai-pegawai penerangan di sini, berkaitan dasar semasa kerajaan. Selain itu, kami di PMR Daerah Hilir Perak juga ada menyediakan bahan-bahan terbitan Jabatan Penerangan Malaysia, berupa poster dan potret pemimpin Negara, serta "booklet" untuk diambil dengan percuma. Dalam memeberikan perkhidmatan secara efektif, selaras dengan perkembangan situasi semasa dalam negara ini, kami kini menumpukan usaha dalam membawa maklumat-maklumat berkaitan kepada anda menerusi aktiviti Info on Wheels. Edaran bahan terbitan, hebahan unit bergerak, serta konsultasi bersama pegawai-pegawai kami, kini digerakkan dengan lebih menyeluruh serta lebih kerap ke serata pelusuk Hilir Perak.

07/09/2026
07/09/2026
07/09/2026

MADANI Bekerja sepanjang 31 Ogos hingga 6 September 2026, merangkumi pelbagai usaha Kerajaan MADANI dalam menangani isu semasa serta memenuhi keperluan rakyat. 🇲🇾 ✨

Antara tumpuan utama ialah kenaikan kelayakan bulanan BUDI95, Sistem PADAN, OPR kekal 2.75%, operasi pembenihan awan serta industri baja bersepadu. Turut menjadi perhatian, anggota SMART berlepas ke Nepal dan penganjuran MAHA 2026.

Ikuti MADANI Bekerja untuk sorotan tindakan kerajaan sepanjang minggu ini. 📲




07/09/2026

Kenali Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) 🛡

Bersama-sama, kita wujudkan ruang Internet yang lebih selamat, beretika dan bertanggungjawab demi generasi hari ini serta masa depan. ✨🌐




KAMPUNG AYER HITAM, 6 September 2026 (Ahad) - Suasana meriah sekitar Program JIWA@Komuniti MADANI Hari Kebangsaan dan Ha...
06/09/2026

KAMPUNG AYER HITAM, 6 September 2026 (Ahad) - Suasana meriah sekitar Program JIWA@Komuniti MADANI Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM) bagi Komuniti MADANI Kampung Ayer Hitam yang berlangsung di Dewan Terbuka Kampung Ayer Hitam bersama penduduk-penduduk setempat.

Sambutan kali ini dirasmikan oleh Y.Bhg Dato' Mohd Azhar bin Jamaluddin, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Pendidikan Teluk Intan. Turut hadir, YBrs Tuan Haji Mohamad Din bin Hussein, Ketua Komuniti MADANI Kampung Ayer Hitam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Ayer Hitam.

Program yang penuh bermakna ini merupakan kerjasama strategik antara Jabatan Penerangan Malaysia bersama JPKK Kampung Ayer Hitam, NADI Kg. Ayer Hitam, SRAR Al-Hidayah, KEMAS dan kumpulan Rumah Ngaji Kg. Ayer Hitam dengan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan.

Mohd Azhar Jamaluddin
Mohamad Din Bin Hussein

Sungai Manik, 05 September 2026 (Sabtu) - Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) MADANI Hari Kebangsaan & Hari Mal...
05/09/2026

Sungai Manik, 05 September 2026 (Sabtu) - Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) MADANI Hari Kebangsaan & Hari Malaysia (HKHM) bagi Komuniti MADANI Sungai Manik daerah Hilir Perak.
Turut hadir adalah En.Hisamuddin Ali, Ketua Komuniti MADANI Sungai Manik bersama Ahli Jawatankuasa yang lain turut hadir dalam aktiviti sukaneka rakyat dengan sesi sembang Naratif.
Majlis yang dimulakan dengan ucapan Ketua Komuniti MADANI Sungai Manik dan Ucapan dan sembang Naratif oleh Wakil Pegawai Penerangan Daerah Hilir Perak. Program juga turut di serikan dengan alunan lagu-lagu patriotik.

Address

Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 08:30 - 04:45
Tuesday 08:30 - 16:45
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:45
Friday 08:30 - 12:30
14:30 - 16:30

Telephone

+6056228799

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penerangan Daerah Hilir Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Penerangan Daerah Hilir Perak:

Shortcuts

Share