Rumah Anak Yatim An-Nur

Rumah Anak Yatim An-Nur Pertubuhan Rumah Anak Yatim An-Nur Bahagia, Kg. Keramat, Sungai Suli, Kampong Bahagia 36000 Teluk Intan, Perak

19/07/2026

Assalamualaikum

Memohon Sumbangan Pemasangan Panel Solar

Tuan puan yg dihormati
Kami Pertubuhan Rumah Anak Yatim Miskin An Nur Bahagia beralamat di Kampong Keramat, Kampong Bahagia, Telok Intan, Perak merayu mana mana pihak atau syarikat untuk menaja atau menyumbangkan pemasangan panel solar bagi membekalkan bekalan electric Tambahan diasrama Pertubuhan kami seterusnya dapat menampung dan mengurangkan kos bil electric kami yg semakin meningkat. Sumbangan tuan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Hubungi saya di talian 0193764985 (Hj Jaafar - Pengerusi)

Alhamdulillah, satu lagi kenangan indah di bulan Ramadan 2026.Program Berbuka Puasa dan Sumbangan Duit Raya bersama Anak...
10/03/2026

Alhamdulillah, satu lagi kenangan indah di bulan Ramadan 2026.

Program Berbuka Puasa dan Sumbangan Duit Raya bersama Anak-Anak Yatim An-Nur anjuran Group Superbike Masjid An-Naim Sabak Bernam dan Alumni Irshadiah 1984 telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan kegembiraan. Majlis ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah memberi peluang untuk berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan.

Turut diadakan penyampaian sumbangan sebuah televisyen daripada Alumni Irshadiah 1984 sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kebajikan anak-anak yatim.

Semoga segala sumbangan dan usaha murni ini mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda serta membawa kegembiraan kepada mereka. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Tuan puan Yang dirahmati Allah,Menjelang Ramadhan Al Mubarak kami merayu sumbangan, derma dan infaq untuk menyantuni ana...
09/02/2026

Tuan puan Yang dirahmati Allah,

Menjelang Ramadhan Al Mubarak kami merayu sumbangan, derma dan infaq untuk menyantuni anak-anak yatim asnaf berbuka puasa dan bersahur sepanjang Ramadhan. Juga untuk persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan pembelian baju raya anak-anak dan sedikit biskut raya untuk keluarga mereka.

Justeru bantulah kami bersama menyantuni anak yatim yang memerlukan santunan dan kasih sayang semua masyarakat yang perihatin. Walaupun sedikit amat bermakna dan berharga buat kami. Semoga Allah membalas dengan sebaik baik balasan. Jazakallah Khair.

Salurkan infaq, sedeqah, waqaf, zakat ke akaun dibawah dengan kadar RM60.00 sehari.

Address

Kampong Bahagia
Teluk Intan
36000

Telephone

+60193764985

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Anak Yatim An-Nur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share