14/07/2025
KEMPEN DERMA DARAH RELA DAERAH HILIR PERAK
13 Julai l Ahad
Bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun RELA (HUT) Ke-53, Pejabat RELA Daerah Hilir Perak, Kampar, Batang Padang dan Bagan Datuk dengan kerjasama Hospital Teluk Intan (HTI) dan Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak telah menganjurkan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Saringan Kesihatan dan Kempen Derma Darah bertempat di Dewan Pegawai Daerah Hilir Perak, Teluk Intan.
Peserta yang hadir telah berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma disamping menderma darah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang hadir bagi menjayakan program ini.
Usaha ini diharap dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk terus menyokong program berbentuk kemasyarakatan selari dengan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Pihak kami amat berterima kasih di atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan selama ini.