Hospital Teluk Intan

Hospital Teluk Intan Jalan Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak
Tel : 05-6298400 Fax : 05-6212415
Laman Web : http://h

15/05/2026
LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE HTIYB Datuk Seri Dr, Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia (KKM...
14/05/2026

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE HTI

YB Datuk Seri Dr, Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan lawatan kerja ke Hospital Teluk Intan pada 14 Mei 2026 sebagai manifestasi komitmen berterusan beliau bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat terus diperkasa, ditambah baik dan dipertingkatkan kualitinya selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, berkesan dan responsif kepada keperluan masyarakat.. Turut bersama dalam mengiringi lawatan beliau adalah YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha KKM, YBrs. Dr. Nor Hayati binti Ibrahim, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM dan YBhg. Datoโ€™ Dr Feisul Idzwan bin Datoโ€™ Mustapha, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak. YB Tuan Stevan Chaw Kam Foon, ADUN Menglembu dan pegawai-pegawai kanan KKM.
Ketibaan beliau dan delegasi di Hospital Teluk Intan telah disambut oleh YBrs Dr. Nordin bin Nasir, Pengarah HTI sebelum dibawa mengadakan lawatan ke beberapa fasiliti dan jabatan hospital bagi meninjau sendiri kemudahan serta perkhidmatan kesihatan yang disediakan kepada pesakit. Lawatan tersebut turut memberi peluang kepada YB Menteri Kesihatan untuk meneliti keperluan semasa hospital serta mengenal pasti isu-isu yang memerlukan perhatian segera dalam usaha memperkukuh mutu fasiliti dan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Dalam lawatan berkenaan, YB Menteri Kesihatan juga berkesempatan meluangkan masa menyantuni para petugas kesihatan serta merakamkan penghargaan atas komitmen dan jasa warga hospital, khususnya para jururawat bersempena Sambutan Hari Jururawat yang diadakan di hospital ini.
Sejurus selepas lawatan tersebut, beliau telah diberikan taklimat ringkas berhubung pengoperasian Hospital Teluk Intan serta perkembangan semasa projek-projek pembangunan yang sedang dan bakal dilaksanakan. Taklimat tersebut bertujuan memastikan agenda pemerkasaan fasiliti dan penyampaian perkhidmatan kesihatan dapat dilaksanakan secara lebih mampan, efisien dan responsif selaras dengan keperluan serta kesejahteraan masyarakat.
Dalam ucapannya, YB Menteri Kesihatan turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja Hospital Teluk Intan atas komitmen dan dedikasi berterusan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat. Beliau turut mengumumkan beberapa berita gembira buat HTI menerusi kelulusan peruntukan berjumlah RM1.587 juta bagi tujuan perolehan aset perubatan dan bukan perubatan, selain pelaksanaan kerja-kerja naik taraf wad serta Jabatan Radiologi hospital. Peruntukan tersebut amat signifikan kepada HTI memandangkan bangunan dan fasiliti hospital yang telah beroperasi hampir 40 tahun itu memerlukan penyelenggaraan dan penambahbaikan secara berterusan bagi memastikan keselesaan serta keselamatan pesakit dan petugas sentiasa terpelihara. Di samping itu, peruntukan bagi perolehan aset baharu juga dijangka dapat membantu HTI menggantikan aset-aset lama dan usang yang telah mencapai tempoh pelupusan, sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
Pihak HTI amat menghargai dan mengalu-alukan lawatan kerja yang diadakan ini kerana ia mencerminkan keprihatinan serta sokongan berterusan pihak YB Menteri dan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap keperluan dan pembangunan perkhidmatan kesihatan di hospital ini. Lawatan seumpama ini amat penting dalam memastikan HTI terus mendapat perhatian, sokongan dan kerjasama strategik daripada pengurusan tertinggi KKM dalam mendepani cabaran serta perubahan landskap perkhidmatan kesihatan masa kini yang semakin dinamik dan mencabar. Ini memerlukan komitmen semua pihak untuk terus memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, menyeluruh dan saksama demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara, di samping menjamin kelestarian sistem kesihatan negara yang lebih berdaya tahan, mampan dan responsif terhadap keperluan semasa masyarakat.

๐Ÿ“ข ๐—๐—˜๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—ก๐—จ๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—œ๐—ก ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—œ๐—–๐—จ ๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—ž๐—ฆ๐—›๐—ข๐—ฃ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโ€œ๐™๐™š๐™š๐™™ ๐™Ž๐™ข๐™–๐™ง๐™ฉ. ๐™ƒ๐™š๐™–๐™ก ๐˜ฝ๐™š๐™ฉ๐™ฉ๐™š๐™ง.โ€โœจUnit Rawatan Rapi , Jabatan Anestesiol...
14/05/2026

๐Ÿ“ข ๐—๐—˜๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—œ ๐—ก๐—จ๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—œ๐—ก ๐—ง๐—›๐—˜ ๐—œ๐—–๐—จ ๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—ž๐—ฆ๐—›๐—ข๐—ฃ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

โ€œ๐™๐™š๐™š๐™™ ๐™Ž๐™ข๐™–๐™ง๐™ฉ. ๐™ƒ๐™š๐™–๐™ก ๐˜ฝ๐™š๐™ฉ๐™ฉ๐™š๐™ง.โ€โœจ

Unit Rawatan Rapi , Jabatan Anestesiologi Hospital Teluk Intan akan menganjurkan ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐ข๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐ข๐ง ๐ญ๐ก๐ž ๐ˆ๐‚๐” ๐–๐จ๐ซ๐ค๐ฌ๐ก๐จ๐ฉ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran pengurusan nutrisi pesakit kritikal di ICU.

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 5 Jun 2026 (Jumaat)
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Bestari, Hospital Teluk Intan

๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ Sasaran peserta:
Pegawai Perubatan, Jururawat, Ahli Farmasi TPN dan Pegawai Dietetik.

โœจ Antara pengisian menarik workshop:
โ€ข Fundamentals of ICU Nutrition
โ€ข Enteral Nutrition & Clinical Application
โ€ข Parenteral Nutrition
โ€ข Nutrition in Special ICU Population
โ€ข Hands-On Stations & Case Discussion
โ€ข Feeding Calculation & Clinical Decision Making

๐Ÿ“Œ Penyertaan terhad kepada 40 peserta sahaja
๐Ÿ’ต Yuran penyertaan:
โ€ข Doktor : RM50
โ€ข Bukan Doktor : RM30

๐Ÿ“… Tarikh tutup pendaftaran: 29 Mei 2026

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
๐Ÿ“ฑ Dr Harmeet : 012-840 0129
๐Ÿ“ฑ Dr Aisyah Z : 011-3383 5362

Semua yang berkaitan dijemput untuk turut serta memeriahkan program ilmiah ini. Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu serta berkongsi pengalaman dalam pengurusan nutrisi pesakit kritikal di ICU.






โœจ APS Workshop 2026 โœจ5 Mei 2026- Bengkel APS 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Jauhari, Hospital Teluk Inta...
13/05/2026

โœจ APS Workshop 2026 โœจ

5 Mei 2026- Bengkel APS 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Jauhari, Hospital Teluk Intan dengan diketuai Pakar Anestesiologi, Dr T. Kumaravadivel Dharmalingam.

Seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada pegawai perubatan, jururawat serta pembantu perubatan daripada pelbagai jabatan telah mengambil bahagian dalam bengkel ini. Program ini bukan sahaja menjadi medium perkongsian ilmu dan pengalaman, malah turut memperkukuh kerjasama, komunikasi serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir serta bersama-sama menjayakan Bengkel APS 2026. Semoga segala ilmu dan manfaat yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan. ๐Ÿ™Œ

โค๏ธ Bersempena dengan sambutan Hari Thalassemia Sedunia pada 8 Mei 2026 yang lalu, Hospital Teluk Intan turut bersama-sam...
12/05/2026

โค๏ธ Bersempena dengan sambutan Hari Thalassemia Sedunia pada 8 Mei 2026 yang lalu, Hospital Teluk Intan turut bersama-sama menyokong kempen Bring Thal to Light 2026 sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada para pejuang thalassemia serta keluarga mereka.

Semoga kesedaran yang dipupuk dapat meningkatkan keprihatinan masyarakat terhadap perjuangan pesakit thalassemia dan memberi harapan kepada mereka yang terus kuat melangkah setiap hari. โค๏ธ

๐ŸŒธ Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026 ๐ŸŒธHospital Teluk Intan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kep...
12/05/2026

๐ŸŒธ Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026 ๐ŸŒธ

Hospital Teluk Intan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jururawat atas dedikasi, komitmen dan jasa dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan masyarakat.

Terima kasih warga jururawat HTI โค๏ธ

PERHIMPUNAN BULANAN MEI 2026 MERIAH DAN MENDAPAT SAMBUTANPada Jumaat, 8 Mei 2026, Jabatan Pengurusan telah menganjurkan ...
10/05/2026

PERHIMPUNAN BULANAN MEI 2026 MERIAH DAN MENDAPAT SAMBUTAN

Pada Jumaat, 8 Mei 2026, Jabatan Pengurusan telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Hospital Teluk Intan dengan sambutan menggalakkan daripada warga hospital. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan lagu โ€œKami Sedia Membantuโ€, diikuti bacaan ikrar oleh Encik Abdullah Zubair Bin Sujan serta bacaan doa oleh Ustaz Umar Mukhairiz Bin Mohd Noor. Turut diadakan tayangan video Renungan Pagi, montaj jabatan dan pembentangan fungsi Jabatan Pengurusan oleh Puan Nor Hamirah Binti Mahayudin.

Majlis diteruskan dengan amanat Pengarah Hospital Teluk Intan, Dr. Nordin Bin Nasir yang menekankan kepentingan tatakelola, kerjasama dan penambahbaikan mutu perkhidmatan hospital. Perhimpunan turut diserikan dengan penyampaian sijil kepada kakitangan yang dinaikkan pangkat serta kakitangan yang bersara sebagai penghargaan atas jasa dan komitmen mereka sepanjang berkhidmat di Hospital Teluk Intan.

10/05/2026

Video Montaj Jabatan Pengurusan Sempena Perhimpunan Bulanan Mei 2026

๐ŸŒท Selamat Hari Ibu ๐ŸŒทHospital Teluk Intan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan kasih sayang kepada semua insan ber...
10/05/2026

๐ŸŒท Selamat Hari Ibu ๐ŸŒท

Hospital Teluk Intan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan kasih sayang kepada semua insan bergelar ibu.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih yang tidak bertepi dan doa yang sentiasa mengiringi setiap langkah kehidupan.

โ€œKasih ibu membawa ke syurga, pengorbanannya tiada nilainya.โ€

Selamat Hari Ibu daripada seluruh warga kerja Hospital Teluk Intan. ๐Ÿ’

Hari Thalasemia Sedunia8 Mei 2026
09/05/2026

Hari Thalasemia Sedunia
8 Mei 2026

Pernahkah kita terfikirโ€ฆ di sebalik wajah yang kelihatan biasa, ada pesakit yang setiap bulan perlu ke hospital untuk menerima darah - supaya mereka boleh te...

Address

Teluk Intan
Teluk Intan
36000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Hospital Teluk Intan:

Share