Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hilir Perak/Bagan Datuk, Perak

Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hilir Perak/Bagan Datuk, Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hilir Perak/Bagan Datuk, Perak, Government Organization, Jalan Mustaffa Al-Bakri, Teluk Intan.

19/12/2025

Monsun Timur Laut 2025/2026 dijangka bermula 13 November hingga Mac, dengan 5โ€“7 episod hujan lebat, hujan berterusan dan angin kencang. ๐ŸŒง๐ŸŒŠ

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka terhadap amaran cuaca semasa. โš ๏ธ




19/12/2025
18/12/2025
18/12/2025
18/12/2025
18/12/2025

Menerusi tinjauan yang dijalankan di Kunci Air Tebuk Semani dan Rumah Pam Rungkup, Bagan Datuk yang telah dijalankan oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak, Tuan Ir. Dr. Asnor Muizan Hj. Ishak, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, YB Datoโ€™ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, YB Dato' Shahrul Zaman Yahya, pihak JPS mendapati kunci air dan rumah pam Rungkup di disahkan masih berfungsi dengan baik dan tidak mengalami sebarang masalah.

Menurutnya ianya hanya terjejas sementara waktu akibat mendapan selut serta lambakan sampah akibat hujan berterusan yang mengakibatkan fenomena banjir termenung. Apabila berlaku hujan lebat yang berterusan ianya turut membawa selut dan sampah yang mengakibatkan fungsi pam tersebut berhenti secara automatik.

โ€œKeadaan ini bukan bermakna pam rosak, tetapi ia perlu dihentikan seketika bagi kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan sebelum diaktifkan semula,โ€ Ulasnya

Banjir luar jangka turut menjejaskan fungsi kunci air akibat mendapan selut yang berulang, meskipun kerja-kerja pengorekan dilaksanakan secara berkala.

Tambahnya, Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bagan Datuk yang dijadual bermula tahun hadapan mampu menjadi penyelesaian jangka panjang bagi masalah banjir di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, YB Datoโ€™ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri melalui JPS telah mengambil tindakan dengan mendalamkan kunci air serta membersihkan kelodak di bahagian dalam dan luar kunci air di Tebuk Semani bagi mengatasi banjir termenung.

โ€œAntara faktor yang dikenal pasti, struktur saliran tidak seragam serta perbezaan aras tanah di kawasan perumahan.

โ€œPerkara ini akan diselaraskan bersama Pejabat Tanah supaya pemilik kediaman menggunakan kaedah yang seragam dan tidak menghalang aliran air,โ€ Menurutnya.

Sumber:SinarHarian
Infografik Rezza Shah

"Perak Sejahtera 2030"

Ikuti perkembangan lanjut di media sosial rasmi kami:
(Instagram, TikTok & Facebook)

18/12/2025
17/12/2025

๐‘๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐‚๐”๐€๐‚๐€ ๐’๐ˆ๐†๐๐ˆ๐…๐ˆ๐Š๐€๐

Luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 19 Disember 2025. Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di Semenanjung serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh tersebut.

Sehubungan itu, Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) telah dikemas kini bagi Pahang timur, manakala Amaran Hujan Berterusan (Buruk) bagi selatan Terengganu, tengah Pahang dan timur Johor serta Amaran Hujan Berterusan (Waspada) telah dikemas kini bagi negeri Kelantan, utara Terengganu, pedalaman Pahang, barat Johor, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka berkuat kuasa sehingga 18 Disember 2025.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora berkuat kuasa sehingga 18 Disember 2025 bagi Laut China Selatan termasuk perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca menunjukkan bahawa penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak bermula pada 21 hingga 24 Disember 2025. Keadaan ini akan menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 1.00 tengah hari
Tarikh: 17 Disember 2025




๐‡๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐‡๐ฎ๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ & ๐’๐ข๐ฆ๐Ÿ๐จ๐ง๐ข ๐ƒ๐š๐ค๐ฐ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐šSalah satu tarikan utama Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara ...
17/12/2025

๐‡๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐‡๐ฎ๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ & ๐’๐ข๐ฆ๐Ÿ๐จ๐ง๐ข ๐ƒ๐š๐ค๐ฐ๐š๐ก ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š

Salah satu tarikan utama Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara pada kali ini ialah Pameran Nasyrul Quran yang menampilkan keindahan dan kehalusan seni berteraskan kalam Ilahi.

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan sahabat handai untuk sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini pada:

๐Ÿ“… Ahad, 21 Disember 2025
โฐ 11.00 pagi โ€“ 4.30 petang
๐Ÿ“ Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak

Simpan tarikh ini dalam kalendar anda.

Antara pengisian menarik yang menanti anda:
โœ… Ceramah agama oleh Prof. Dr. Haji Abdul Somad Batubara
โœ… Pameran kesenian al-Quran oleh Nasyrul Quran
โœ… Qasidah dan selawat oleh Kumpulan Qasidah Soutul Mustafa
โœ… Eksplorasi TVET Tahfiz oleh MTVET
โœ… Jualan food truck dengan pelbagai pilihan juadah
โœ… Pengisian rohani yang sesuai untuk seisi keluarga

Tema Pakaian
โ€ขโ  โ Lelaki: Baju Melayu / Jubah Putih
โ€ขโ  โ Wanita: Jubah Hitam

Semoga kehadiran kita semua menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Insya-Allah, jumpa anda di sana.

โ€œ๐‘Š๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘ ๐‘Ž๐‘› ๐‘„๐‘ข๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘–, ๐‘€๐‘’๐‘š๐‘๐‘–๐‘›๐‘Ž ๐บ๐‘’๐‘›๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘…๐‘Ž๐‘๐‘๐‘Ž๐‘›๐‘–โ€




17/12/2025

๐Ÿ”” ๐ˆ๐๐…๐Ž ๐€๐Œ๐€๐‘๐€๐ ๐‡๐”๐‰๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐„๐‘๐”๐’๐€๐

๐Ÿ”Š Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa bersiap sedia dengan mengikuti maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca terkini daripada MET Malaysia melalui:

๐ŸŒ Laman web: www.met.gov.my
๐Ÿ“ฑ Aplikasi myCuaca
๐Ÿ“ฒ Media sosial rasmi
โ˜Ž๏ธ Hotline MET Malaysia: 1-300-22-1638




Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pencarian 3 Protege Penempatan Di JPS Daerah Hilir Perak/Bagan Datuk bagi 3 Proje...
16/12/2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pencarian 3 Protege Penempatan Di JPS Daerah Hilir Perak/Bagan Datuk bagi 3 Projek yang sedang pelaksanaan. Mohon hebahan segera. Terima Kasih.

Address

Jalan Mustaffa Al-Bakri
Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6056221033

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Hilir Perak/Bagan Datuk, Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share