11/09/2026
PKD HiPer Kembali ke tahun 1957, dalam. menyemarakkan semangat Merdeka! ❤️🤍💙💛
Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak tampil dengan kelainan apabila membawa anggota kembali menghayati suasana dan semangat tahun 1957, tahun bersejarah yang menyaksikan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Melalui tema “Back to 1957”, warga PKD Hilir Perak bukan sahaja mengimbau kembali sejarah kemerdekaan, malah bersama-sama menyemarakkan nilai patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada negara dalam suasana yang penuh ceria dan bermakna.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, cuaca yang baik turut mengizinkan program berlangsung dengan lancar. Meriah berganda apabila beberapa sambutan dan agenda turut disatukan dalam satu majlis, iaitu:
🇲🇾 Merdeka Fest
❤️ Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS)
💊 Sambutan Hari Farmasi
🌷 Majlis Persaraan Anggota PKD Hilir Perak
Antara aktiviti kemuncak yang menceriakan sambutan kali ini ialah:
🎪 Booth Edutainment Kesihatan
🇲🇾 Ekspresi Merdeka
🎫 Jelajah Pasport Merdeka Sihat
👗 Pertandingan Busana Merdeka – Back to 1957
Lebih daripada sekadar sambutan, program ini menjadi ruang untuk kita menghargai sejarah, menyemarakkan patriotisme, membudayakan gaya hidup sihat serta mengeratkan silaturahim sesama warga PKD Hilir Perak.
🇲🇾 Dari 1957 hingga hari ini, semangat Merdeka terus hidup dalam jiwa kita.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾❤️