Amanah Kawasan Teluk Intan 2023-2026

Amanah Kawasan Teluk Intan 2023-2026 https://forms.gle/aqEY8Nr3gVJ4uMQS7 SISTEM LAPORAN AKTIVITI / ADUAN CAWANGAN

🎉 Selamat Ulang Tahun Kelahiran 🎉Setulus hati kami mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Clr Cik Zulaiha Mohd...
04/06/2026

🎉 Selamat Ulang Tahun Kelahiran 🎉

Setulus hati kami mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Clr Cik Zulaiha Mohd Azam, Ketua Kawasan AMANAH Teluk Intan.

Semoga hari yang penuh bermakna ini membawa seribu kegembiraan, kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan. Didoakan agar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang diberkati, rezeki yang melimpah serta kekuatan dan ketenangan dalam meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat.

Terima kasih atas kepimpinan, keprihatinan dan komitmen yang tidak pernah mengenal jemu. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi amal kebaikan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran. Semoga terus melakar kejayaan, menjadi inspirasi kepada ramai dan sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan Allah SWT.

Ikhlas Daripada
JKP AMANAH Kawasan Teluk Intan

27/05/2026
KKA turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AJK JPKK Kampung Selabak Luar, Mr. S. Kumaresan, merupakan seora...
27/05/2026

KKA turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AJK JPKK Kampung Selabak Luar, Mr. S. Kumaresan, merupakan seorang Peguam atas keprihatinan dan usaha beliau menyantuni komuniti India di Kampung Glouster, khususnya melalui penyampaian serta komunikasi dalam bahasa Tamil yang amat dekat di hati masyarakat setempat.

Pendekatan penuh mesra dan semangat muhibbah yang ditunjukkan mencerminkan nilai perpaduan, saling menghormati serta keharmonian antara kaum yang menjadi kekuatan komuniti kita.

Semoga segala usaha dan jasa bakti yang dicurahkan terus diberkati serta memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam masyarakat majmuk di Teluk Intan. - Clr Zulaiha, KKA.

“Pengorbanan Menuntut Keikhlasan”

KKA turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Barisan Jawatankuasa Kerja AMANAH Kawas...
27/05/2026

KKA turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Barisan Jawatankuasa Kerja AMANAH Kawasan Teluk Intan bersama JPKK Kampung Selabak Luar atas komitmen dan kesudian bersama-sama meraikan komuniti India di Kampung Glouster melalui penganjuran Jamuan Muhibbah Aidiladha.

Semangat kebersamaan, perpaduan dan saling menghormati antara kaum yang ditunjukkan dalam program ini mencerminkan nilai keharmonian masyarakat majmuk yang sentiasa menjadi kekuatan Teluk Intan.

Semoga usaha murni ini terus memperkukuhkan hubungan silaturahim, persefahaman serta semangat muhibbah antara komuniti pelbagai kaum dan agama.- Clr Zulaiha, KKA.

“Pengorbanan Menuntut Keikhlasan”

KKA serta barisan JKP Parti AMANAH Negara Kawasan Teluk Intan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ke...
27/05/2026

KKA serta barisan JKP Parti AMANAH Negara Kawasan Teluk Intan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak bagi DUN Changkat Jong atas sumbangan seekor lembu sempena Program Ibadah Korban Aidiladha.

Alhamdulillah, amanah dan tanggungjawab tersebut telah berjaya disempurnakan dengan baik di Kampung Selabak Luar hasil kerjasama erat bersama Ketua Kampung, Cik Nor Hafizah serta Imam Surau An-Nur, Batu 6.

Semoga segala usaha, sumbangan dan pengorbanan yang diberikan mendapat keberkatan serta ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT, di samping terus memperkukuhkan semangat kebersamaan dan ukhuwah dalam masyarakat. - Clr Zulaiha, KKA.

“Pengorbanan Menuntut Keikhlasan”

KKA serta barisan JKP Parti AMANAH Negara Kawasan Teluk Intan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ke...
27/05/2026

KKA serta barisan JKP Parti AMANAH Negara Kawasan Teluk Intan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Imam Surau An-Nur, Batu 6, YBhg. Ustaz Wan Khusayri atas kesudian menerima tanggungjawab sebagai Tuan Rumah bagi Program Ibadah Korban sempena Aidiladha tahun ini.

Komitmen dan kerjasama beliau dalam menyempurnakan urusan peserta korban, penyelarasan krew serta pengagihan daging korban kepada komuniti masyarakat Islam di Kampung Gloucter amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan mendapat keberkatan serta ganjaran pahala yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT.- Clr Zulaiha, KKA .

“Pengorbanan Menuntut Keikhlasan”

KKA serta barisan JKP Parti AMANAH Negara Kawasan Teluk Intan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ke...
27/05/2026

KKA serta barisan JKP Parti AMANAH Negara Kawasan Teluk Intan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Kampung Selabak Luar, Cik Nor Hafizah yang juga merupakan Ketua WARDA Kawasan Teluk Intan atas kesungguhan dan komitmen menerima tanggungjawab untuk menyempurnakan urusan ibadah korban di Kampung Selabak Luar.

Pengorbanan dari segi masa, tenaga dan usaha dalam memastikan kelancaran program amatlah dihargai serta mencerminkan semangat kebersamaan dan keikhlasan dalam berkhidmat kepada masyarakat.

Turut dihargai kerjasama semua pihak termasuk Imam Surau An-Nur, Batu 6 serta penduduk kampung yang bersama-sama menjayakan ibadah korban tahun ini.

Semoga segala usaha dan pengorbanan ini diberkati serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. - Clr Zulaiha, KKA.

Salam Aidiladha 1447H _Pengorbanan Menuntut Keikhlasan_ Khas buat seluruh warga Ahli Parti AMANAH Kawasan Teluk Intan, s...
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H
_Pengorbanan Menuntut Keikhlasan_

Khas buat seluruh warga Ahli Parti AMANAH Kawasan Teluk Intan, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang meraikannya.

Aidiladha mengajar kita bahawa setiap perjuangan dan khidmat kepada masyarakat menuntut pengorbanan yang besar. Dalam usaha menyampaikan bantuan kebajikan, menyantuni rakyat serta memperjuangkan nasib masyarakat setempat, ia memerlukan keikhlasan dari segi masa, wang ringgit, tenaga dan keterampilan untuk terus istiqamah berkhidmat.

Terima kasih kepada seluruh jentera dan ahli AMANAH Teluk Intan yang sentiasa bersama dalam kerja-kerja kebajikan serta perjuangan demi rakyat. Semoga segala pengorbanan dan usaha murni ini menjadi amal yang diberkati serta mengukuhkan semangat kebersamaan sesama kita.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat kita semua.

Clr Zulaiha Mohd Azam
Ketua Kawasan AMANAH Teluk Intan
Ahli Majlis Kanan, Majlis Perbandaran Teluk Intan

Address

No. 67, Lorong Raz Intan 3, Taman Raz Intan Cassia
Teluk Intan
36000

Telephone

+60199891528

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amanah Kawasan Teluk Intan 2023-2026 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Amanah Kawasan Teluk Intan 2023-2026:

Share