27/05/2026
PROGRAM SOLAT SUNAT AIDILADHA & IBADAH KORBAN 1447H/2026M PERINGKAT IPD HILIR PERAK
27 Mei 2026 (Rabu) – Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Ar Rahman IPD Hilir Perak telah menganjurkan Program Solat Sunat Aidiladha & Ibadah Korban 1447H/2026M bertempat di Surau Ar Rahman, IPD Hilir Perak bermula jam 8.15 pagi.
Program diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Daerah Hilir Perak, YDH ACP Chua Kok Lian ketika Jamuan Makan Tengahari bersama ASP Materang bin Bujang selaku Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (KBIPS) Hilir Perak merangkap Pengerusi Surau Ar Rahman, Ketua-ketua bahagian, PKP/PRP/PA, ahli PERKEP serta warga IPD Hilir Perak dengan jumlah kehadiran seramai 150 orang.
Pelbagai pengisian telah dilaksanakan sepanjang program antaranya takbir raya, kaifiat dan Solat Sunat Aidiladha, khutbah raya, jamuan Aidiladha serta pelaksanaan ibadah korban yang melibatkan proses penyembelihan, melapah, memotong, menimbang dan pembungkusan daging korban. Program turut diteruskan dengan solat Zohor berjemaah, makan tengah hari serta agihan daging korban kepada peserta korban, asnaf, petugas dan ahli kariah.
Penganjuran program ini bertujuan melaksanakan tuntutan ibadah korban di samping memupuk semangat berkongsi rezeki dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan. Selain itu, program ini turut berjaya mengimarahkan Surau Ar Rahman serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga IPD Hilir Perak.
Keseluruhannya, program telah berjalan dengan lancar dan jayanya dalam suasana penuh harmoni, semangat kerjasama serta ukhuwah yang erat.