02/02/2026
Asaalammualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra serta Salam Malaysia Madani
ุงููููููู
ูู ุฑูุจูู ุงููููุงุณูุ ู
ูุฐูููุจู ุงููุจูุงุณูุ ุงุดููู ุฃูููุชู ุงูุดููุงูููุ ููุง ุดูุงูููู ุฅููููุง ุฃูููุชูุ ุดูููุงุกู ููุง ููุบูุงุฏูุฑู ุณูููู
ูุง.
"Allahumma rabban nasi, adzhibil ba'sa, isyfi, anta sy-syaafi, la syifaa'a illa syifaa'uka, syifaa'an la yughadiru saqaman"
"Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan ini, sembuhkanlah, sesungguhnya Engkaulah Penyembuh, tiada penyembuhan melainkan penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit."
Kami seluruh warga kerja BBP Teluk Panglima Garang dengan rendah hati ingin memohon doa daripada anda semua buat sahabat kami
PB MUHAMAD IFFAN BIN ABDUL GHANI
yang sedang bertarung nyawa di ICU Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah
Pada 15 Disember 2025 beliau rebah di rumah akibat major strok dan mengalami komplikasi pada bahagian otak.
Semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusan beliau dan diberi kesembuhan seperti sediakala.
Semoga keluarga beliau diberi ketabahan saat menghadapi dugaan ini.
Untuk pemakluman semua, isteri beliau baru sahaja melahirkan cahaya mata lelaki pada 12 januari 2026 lepas. Semoga isteri dan anak beliau berada dalam keadaan sihat walafiat.
Bagi sesiapa yang ingin memberikan sumbangan dan bantuan kepada isteri beliau, kami ada menyediakan nombor akaun dan QR Bank kepunyaan isteri beliau sendiri..