Bersatu Bahagian Klang Official

Bersatu Bahagian Klang Official Party untuk semua

18/05/2023

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Jasa guru tiada ternilai, mendidik kita hingga berjaya...

Hidup nie simple Jer...Usaha Dan Sabar..
10/05/2023

Hidup nie simple Jer...Usaha Dan Sabar..

16/04/2023




16 April 2023Program Pemberian air balang  dan bubur lambuk percuma telah berjaya dijalankan di perkarangan Masjid Ubudi...
16/04/2023

16 April 2023

Program Pemberian air balang dan bubur lambuk percuma telah berjaya dijalankan di perkarangan Masjid Ubudiah Kg Telok Gong Pelabuhan Klang.

Sumbangan telah disampaikan kepada penduduk sekitar Telok Gong oleh oleh Ketua Bahagian En Shahfizul bersama YDP PAS kawasan Klang Ustaz Khalid Nayan turut bersama Ketua Srikandi Klang YM Raja Shazaniza Badri Dan barisan Jawatankuasa Bersatu Bahagian Klang.






16 April 2023Majlis Iftar Jawatankuasa Bersatu Bahagian Klang bersama dengan Borneo Truckers telah diadakan di Batu Nila...
16/04/2023

16 April 2023

Majlis Iftar Jawatankuasa Bersatu Bahagian Klang bersama dengan Borneo Truckers telah diadakan di Batu Nilam.

Ketua Bahagian En Shahfizul Bin Sha'arani mewakili Borneo Truckers menyampaikan sedikit Sumbangan kepada Kak As diatas pemergian Allahyarhamah ibu beliau dan juga bantuan kepada En Shamsuddin yg telah ditimpa kemalangan motorsikal bersama dengan anaknya.

Perbincangan turut diadakan bg program2 yg telah dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini dan program akan dtg bg mengimarahkan bulan Ramadhan yg Mulia ini

Semoga Ukhwah ini dpt terus berkekalan Dan usaha Kebajikan akan dapat diteruskan.

26/03/2023

Berjuang kerana Allah...Demi Agama Bangsa Dan Tanah Air..Teruskan Perjuangan hingga titisan Darah terakhir..Takbir.!!!AllahuAkbar...

31/10/2022
09/10/2022

Perikatan Nasional memang Hebat

Berjuang Islam mestilah IKHLAS , ISLAM pasti Berjaya !!!Perjuangan Islam mestilah Ikhlas , syarat kejayaan mesti Ikhlas ...
03/10/2022

Berjuang Islam mestilah IKHLAS , ISLAM pasti Berjaya !!!

Perjuangan Islam mestilah Ikhlas , syarat kejayaan mesti Ikhlas dalam perjuangan . Andai perjuangan tanpa keikhlasan pastinya ia akan gagal .
Para perjuang mestilah mengikut orang-orang yang terdahulu yang tinggi keikhlasan mereka dalam perjuangan , bukan berjuang kerana nama atau hendak habuan dunia .
Kekuatan perjuangan adalah dengan peningkatan Taqwa didalam diri . Diri perlu kuat dengan Aqidah dan kepercayaan dan kecintaan kepada Allah dan Rasul .

Para Sahabat ditarbiah oleh Rasulullah dengan keimanan dan keikhlasan yang sangat-sangat tinggi . Islam dapat menawan dunia hasil dari tarbiah Iman yang ditarbiah oleh Rasulullah .
Para Sahabat sanggup bekorban nyawa , harta dan keluarga demi Islam tercinta .
Orang sekarang berjuang ramai yang tidak ikhlas , ramai yang ingin dikenali , inginkan nama disebut dan dipuja , inginkan pangkat dan kedudukan dan berjuang kerana kepentingan dunia yang semantara ini sahaja . Inilah punca susah Islam hendak menang sekarang . Islam itu adalah indah, yang teruknya penganut yang tidak mengikut (ajaran) Islam ... Ramai yang mendakwa mereka perjuang Islam sedangkan mereka tidak mengikut ajaran yang Rasulullah ajar .

Ramai yang berjuang tetapi tidak mendalami ilmu agama , ramai yang berjuang tetapi tidak menghayati keimanan kepada Allah dan Rasul dan yang paling ramai sekarang berjuang tidak ikhlas sehinggkan ada yang bermusuhan sesama sendiri kerana rebut jawatan , ada yang tidak mahu laksanakan kerja kerana tiada jawatan . Ini semua sudah lari dari landasan .

Perjuangan Islam mestilah dipimpin oleh pimpinan yang baik , penyokong yang baik barulah Allah menurunkan kekuatan dan pertolongan !

Para sahabat dulu BERJUANG SEMATA-MATA IKHLAS UNTUK ISLAM contohnya Saidina Saad Bin Waqas yang berjuang menyampaikan dakwah hingga ke China

Petikan kata dari Tuan Shahfizul Bin Sha'arani
Ketua Bahagian Bersatu Klang
3 Oktober 2022

03/10/2022

Ubi Concordia, Ibi Victoria! !
When there is unity, there will be victory !
Di mana ada BERSATU, di situ ada KEMENANGAN !



2 OKTOBER 2022 - Bersatu Bahagian Klang menghadiri Persidangan Bahagian-Bahagian Selangor dan Gimik pelancaran jentera p...
02/10/2022

2 OKTOBER 2022 -

Bersatu Bahagian Klang menghadiri Persidangan Bahagian-Bahagian Selangor dan Gimik pelancaran jentera pilihanraya di Glenmarie Golf & Resort

Pelancaran dirasmikan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia Dato Seri Azmin Ali yg disaksikan oleh ribuan perwakilan dari 22 bahagian Selangor.

Barisan Pimpinan Tertinggi PAS dan GERAKAN Selangor turut hadir memberikan sokongan sebagai sebuah gabungan Perikatan Nasional.

Dengan pelancaran ini maka Klang akan bersiap siaga bagi menghadapi pilihanraya yang akan diadakan dalam jangka masa terdekat ini.

BERSATU UNTUK MALAYSIA!

Address

Telok Panglima Garang
42500

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60176059354

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bersatu Bahagian Klang Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share