Pejabat Penerangan Daerah Tawau

Pejabat Penerangan Daerah Tawau Kunjungi Pejabat Penerangan Daerah Tawau untuk mendapatkan bahan-bahan penerbitan bermaklumat yang terkini.

Dapatkan maklumat sahih daripada Page Pejabat Penerangan Daerah Tawau

Program Keagamaan Bentuk Generasi Berjaya Dunia Dan AkhiratTAWAU, 1 Jun - Program berbentuk keagamaan perlu diperbanyakk...
01/06/2026

Program Keagamaan Bentuk Generasi Berjaya Dunia Dan Akhirat

TAWAU, 1 Jun - Program berbentuk keagamaan perlu diperbanyakkan bagi memperkukuh jati diri dan kefahaman Islam dalam kalangan generasi muda sekali gus mengelakkan mereka daripada terpengaruh dengan budaya negatif serta ajaran yang menyimpang daripada landasan agama.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pengisian ilmu agama yang berterusan amat penting dalam membentuk generasi yang bukan sahaja berjaya di dunia, malah cemerlang di akhirat.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Forum Perdana sempena Ambang Muharam anjuran Majlis Belia Tahfiz Malaysia (MBTM) Sabah di Dewan Terbuka PPR Taman Sri Balung, di sini malam ini.

“Saya percaya banyak pengisian dan ilmu agama yang boleh kita ambil daripada program seperti ini untuk mempertingkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT.

“Mudah-mudahan apabila kita memasuki Tahun Baharu Hijrah 1448 nanti, kita akan menjadi insan yang lebih baik, lebih dekat kepada Allah SWT dan sentiasa berusaha memperbaiki diri,” katanya.

Nizam turut merakamkan penghargaan kepada MBTM Sabah yang diterajui Ustaz Nizam Latuo atas kejayaan menganjurkan forum bertajuk Hakikat Akhir Zaman yang disampaikan oleh beberapa panel berpengalaman dan berilmu.

Menurut beliau, sasaran utama program tersebut adalah golongan muda yang perlu didedahkan dengan lebih banyak aktiviti keagamaan agar tidak hanyut dalam budaya keseronokan yang boleh menjejaskan hala tuju kehidupan mereka.

“Kita mahu melahirkan doktor yang beriman, peguam yang beriman dan golongan profesional yang menjadikan nilai Islam, iman dan ihsan sebagai panduan dalam kehidupan mereka.

“Apabila generasi muda diterapkan dengan nilai agama yang kukuh, apa juga usaha dan kejayaan yang mereka capai akan lebih diberkati serta membawa manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Mengulas mengenai isu penyelewengan akidah dan ajaran sesat, beliau menasihatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati sebelum menyertai mana-mana kumpulan atau perhimpunan yang menggunakan nama agama.

Katanya, orang ramai perlu mendapatkan maklumat dan pandangan daripada pihak berautoriti seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Pejabat M***i Negeri Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta para ilmuan agama yang diiktiraf.

“Jangan mudah terpedaya atau mempercayai sesuatu tanpa usul periksa. Jika kita kurang pengetahuan mengenai sesuatu ajaran atau kumpulan, rujuklah kepada pihak yang berautoriti agar kita tidak terjerumus dalam ajaran yang telah difatwakan sesat,” katanya.

Beliau turut berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai medium memperkukuh perpaduan masyarakat serta menyemai kefahaman Islam yang sahih dalam kalangan rakyat.

Turut hadir Tuan Syed Ahmad Syed Abas ADUN N.67 Balung.

Likefest Kaamatan 2026 Pacu Ekonomi Usahawan, Tarik Pelancong Ke TawauTAWAU, 31 Mei - Penganjuran Program Likefest Kaama...
31/05/2026

Likefest Kaamatan 2026 Pacu Ekonomi Usahawan, Tarik Pelancong Ke Tawau

TAWAU, 31 Mei - Penganjuran Program Likefest Kaamatan 2026 yang berlangsung selama tiga hari berjaya mencapai matlamatnya dalam merancakkan ekonomi setempat serta membuka peluang pasaran lebih luas kepada usahawan kecil dan sederhana di daerah ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.71 Tanjung Batu, Dr. Andi Md Shamsureezal, berkata program yang dibawakan khas oleh Karnival Usahawan PMKS (Zon Tawau) itu merupakan hasil kerjasama PMKS Sabah, MINDET dan pihak Likefest bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan tempatan.

Beliau berkata, pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berkenaan termasuk Fun Run, Zumba serta sesi padanan perniagaan yang memberi peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk mereka kepada syarikat-syarikat besar.

"Tujuan utama program ini adalah untuk merancakkan ekonomi setempat dan memberi suntikan kepada peniaga kecil dan sederhana di Tawau.

"Kita juga membawa aktiviti padanan perniagaan yang mempertemukan usahawan kecil dengan syarikat besar seperti 7-Eleven dan beberapa syarikat lain. Ini memberi peluang kepada produk tempatan untuk dipasarkan secara lebih meluas melalui rangkaian perniagaan yang lebih besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Perasmian dan Penutupan Likefest Kaamatan 2026 di sini, hari ini.

Menurutnya, program berkenaan bukan sahaja memberi manfaat kepada sektor keusahawanan malah turut menyumbang kepada usaha menarik lebih ramai pelancong ke daerah Tawau.

"Kita mahu menarik pelancong dari daerah-daerah lain di Sabah. Selain itu, kita turut membawa artis dari Kuala Lumpur dan berdasarkan maklum balas yang diterima, terdapat pengunjung dari Sarawak dan Brunei yang hadir ke program ini.

"Ada antaranya yang kebetulan berada di Semporna dan mengambil peluang untuk datang ke Tawau selepas mengetahui penganjuran acara ini," katanya.

Mengulas potensi pasaran pelancongan serantau, Dr. Andi berkata Indonesia dan Filipina merupakan antara pasaran sasaran utama memandangkan kedudukan kedua-dua negara yang berhampiran dengan Sabah.

"Sudah pasti Indonesia dan Filipina merupakan antara sasaran kita untuk menarik pelancong ke Tawau kerana faktor jarak yang lebih dekat. Walaupun terdapat cabaran ekonomi dan krisis global ketika ini, kerajaan negeri melalui kementerian akan terus berusaha meningkatkan kehadiran pelancong ke Sabah sempena Tahun Melawat Malaysia dan persiapan menuju Tahun Melawat Sabah".

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut berharap sebahagian daripada bayaran interim berjumlah RM1.5 bilion yang diterima Sabah dapat disalurkan bagi memperkukuh sektor pelancongan negeri.

Beliau berkata pendidikan dan kesihatan sememangnya perlu diberikan keutamaan kerana kedua-dua sektor itu merupakan asas kepada pembangunan rakyat dan negara.

"Saya bersetuju pendidikan dan kesihatan perlu diutamakan kerana rakyat yang sihat dan berpendidikan adalah tunjang kepada kemajuan negara.

"Namun pada masa sama, sektor pelancongan juga merupakan penyumbang penting kepada ekonomi. Justeru, saya berharap ada peruntukan yang dapat disalurkan kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar bagi memperkukuh usaha promosi serta pembangunan infrastruktur pelancongan".

Menurut beliau, penambahbaikan kemudahan asas, pengindahan lokasi tumpuan pelancong serta promosi yang agresif di dalam dan luar negara perlu diberi perhatian bagi memastikan Sabah terus kekal sebagai destinasi pilihan pelancong.

"Selain memperbaiki infrastruktur, kita juga perlu mencantikkan taman-taman dan lokasi pelancongan sedia ada. Pada masa sama, promosi merupakan faktor paling penting dalam menarik pelancong.

"Saya berharap dana yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan lebih banyak program promosi serta meningkatkan kemudahan pelancongan di seluruh negeri," katanya lagi.

Kaamatan Disemarak Melalui Like Fest Fun Run, Platform Belia dan UsahawanTAWAU, 31 Mei - Penganjuran Like Fest Fun Run 2...
31/05/2026

Kaamatan Disemarak Melalui Like Fest Fun Run, Platform Belia dan Usahawan

TAWAU, 31 Mei - Penganjuran Like Fest Fun Run 2026 bukan sahaja berjaya menyemarakkan sambutan Pesta Kaamatan di daerah ini, malah menjadi platform penting dalam memperkasa usahawan tempatan, menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata program yang berlangsung di Kompleks Sukan Tawau itu membuktikan aktiviti komuniti mampu memberi manfaat ekonomi dan sosial kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata penganjuran program berkenaan membuka ruang kepada golongan penjaja, peniaga makanan dan usahawan kecil menjana pendapatan selain memeriahkan sambutan Kaamatan yang diraikan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

"Walaupun kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama, setiap perayaan harus diraikan bersama sebagai simbol perpaduan dan keharmonian rakyat Sabah," katanya ketika merasmikan program tersebut, hari ini.

Program itu dianjurkan sempena Life Fest 2026 yang diterajui usahawan muda tempatan, Lia Natalia, dengan pelbagai pengisian termasuk jualan usahawan, persembahan kebudayaan etnik, hiburan serta aktiviti riadah untuk masyarakat.

Nizam berkata program seumpama itu juga penting dalam membudayakan amalan hidup sihat khususnya dalam kalangan belia dan golongan veteran.

"Kesihatan yang baik membolehkan seseorang berfikir dengan lebih baik serta melaksanakan tugasan harian secara lebih teratur dan produktif," katanya.

Beliau turut memuji keberanian dan kesungguhan penganjur membawa program tersebut ke Tawau buat kali kedua serta berharap ia dapat diteruskan pada masa hadapan dengan skala yang lebih besar.

Menurut beliau, kerajaan negeri sentiasa menyokong inisiatif yang melibatkan pembangunan belia, sukan, keusahawanan dan ekonomi kreatif kerana sektor berkenaan berpotensi membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan pendapatan kepada masyarakat.

Mengulas peranan kerajaan dalam membantu penganjur dan usahawan muda, Nizam berkata pelbagai bentuk bantuan disediakan termasuk geran keusahawanan belia serta bantuan peralatan melalui kementerian dan agensi berkaitan.

"Kita menyediakan pelbagai bentuk sokongan kepada belia yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka. Peluang ini perlu dimanfaatkan bagi meningkatkan daya saing usahawan tempatan," katanya.

Perpaduan dan Kestabilan Politik Pemangkin Kemajuan SabahTAWAU, 30 Mei - Sokongan berterusan masyarakat Cina kepada kera...
30/05/2026

Perpaduan dan Kestabilan Politik Pemangkin Kemajuan Sabah

TAWAU, 30 Mei - Sokongan berterusan masyarakat Cina kepada kerajaan amat penting dalam memastikan agenda pembangunan dan kemajuan yang dibawa Kerajaan Negeri Sabah dapat dilaksanakan secara menyeluruh demi manfaat semua lapisan rakyat.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.68 Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kerjasama erat antara kerajaan dan masyarakat pelbagai kaum merupakan asas penting dalam mengekalkan kestabilan politik serta mempercepatkan pembangunan negeri.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Ramah Mesra Bersama Komuniti Warga Cina Tawau Lama (Hi-Tea) yang dihadiri pemimpin masyarakat, wakil pertubuhan serta penduduk setempat di Cowie Bay, di sini, hari ini.

Menurut Nizam, program tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat Cina yang telah memberikan sokongan dan kepercayaan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang berlangsung pada November tahun lalu.

“Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada masyarakat Cina di kawasan Tawau Lama yang telah memberikan sokongan sehingga membolehkan saya memperoleh kemenangan di kawasan ini.

“Keputusan tersebut amat bermakna kerana sebelum ini kawasan Tawau Lama sering dianggap sebagai kawasan yang sukar ditembusi, namun pada PRN lalu rakyat telah membuat pilihan yang memberi keyakinan kepada kerajaan untuk terus berkhidmat kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata sokongan yang diberikan membuktikan masyarakat setempat semakin memahami serta menghargai usaha kerajaan dalam membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Nizam turut menegaskan bahawa kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sentiasa komited memastikan setiap komuniti di negeri ini menikmati manfaat pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

“Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri sentiasa bersikap inklusif dan prihatin terhadap keperluan semua rakyat Sabah. Pelbagai inisiatif pembangunan, kebajikan dan ekonomi yang dilaksanakan adalah untuk memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus kemajuan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat Cina terus memberikan sokongan kepada kerajaan dan tidak mudah terpengaruh dengan sentimen politik yang boleh menjejaskan perpaduan serta keharmonian rakyat.

Beliau berkata rakyat perlu menilai prestasi dan rekod pencapaian kerajaan dalam membawa pembangunan berbanding terpengaruh dengan isu-isu yang dimainkan pihak tertentu yang tidak memberi manfaat kepada masa depan negeri.

Dalam pada itu, Nizam menyeru masyarakat supaya terus bekerjasama dengan kerajaan bagi memastikan agenda pembangunan dapat diteruskan serta memberi impak positif kepada generasi akan datang.

Katanya, sokongan padu rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan Negeri akan menjadi pemangkin kepada kestabilan politik dan kemakmuran Sabah pada masa hadapan.

“Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan perpaduan dan terus menyokong usaha kerajaan demi memastikan Sabah terus maju, makmur dan sejahtera untuk semua,” katanya.

Turut hadir Puan Shazlinah Lai Wun Fong, Pemaju Mukim Sri Tanjong merangkap Exco Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah.

Gangguan Talian di Tinagat Perlu Ditangani SegeraTAWAU, 28 Mei — Kerajaan Sabah terus komited memastikan isu capaian tel...
28/05/2026

Gangguan Talian di Tinagat Perlu Ditangani Segera

TAWAU, 28 Mei — Kerajaan Sabah terus komited memastikan isu capaian telekomunikasi dan internet di kawasan luar bandar mendapat perhatian sewajarnya demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan ekonomi digital negeri.

Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata pihaknya akan membawa isu gangguan talian dan internet di kawasan Batu Payung-Tinagat untuk perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selepas menerima aduan daripada penduduk setempat.

Beliau berkata perkara itu disedari selepas panggilan telefon bimbitnya terputus secara tiba-tiba ketika melalui laluan Kampung Tinagat menuju Batu Payung sempena program Majlis Korban di Sub PDM Tinagat, pagi tadi.

“Saya mengambil kesempatan untuk melihat sendiri menara telekomunikasi yang dibina di kawasan Batu Payung Tinagat ini kerana kita mahu memastikan kemudahan yang disediakan kerajaan benar-benar dapat dimanfaatkan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas program berkenaan.

Menurut beliau, hasil tinjauan di lokasi mendapati terdapat keperluan untuk penelitian lanjut terhadap keadaan menara telekomunikasi berkenaan termasuk aspek penyelenggaraan kawasan sekitar.

Katanya, penduduk turut memaklumkan bahawa masalah liputan talian dan internet masih berlaku walaupun menara telekomunikasi telah dibina beberapa tahun lalu.

“Apabila menara ini dibina, sudah tentu harapan kerajaan dan rakyat adalah supaya isu komunikasi serta internet di kawasan ini dapat diatasi dengan lebih baik,” katanya.

Nizam berkata kemudahan internet kini menjadi keperluan penting terutama bagi tujuan pendidikan, urusan harian serta pembangunan ekonomi digital dan industri berasaskan teknologi.

Beliau berkata isu berkenaan turut memberi kesan kepada penduduk di kawasan Batu Payung dan Tinagat yang dianggarkan melibatkan hampir 10,000 penduduk.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kedudukan kawasan berhampiran sempadan Indonesia menyebabkan talian telefon pengguna kadangkala bertukar secara automatik kepada rangkaian luar negara seperti Indosat dan Telkomsel.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkaitan termasuk MCMC dapat meneliti perkara tersebut dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kemudahan telekomunikasi di kawasan berkenaan dapat berfungsi dengan lebih efektif demi kemudahan rakyat.

INFO ON WHEELS (IOW) PPD TAWAU | 28 MEI 2026 PARLIMEN P.190 TAWAU | DUN N.69 SRI TANJONG Lokasi:1. Sabindo PlazaEdaran B...
28/05/2026

INFO ON WHEELS (IOW) PPD TAWAU | 28 MEI 2026
PARLIMEN P.190 TAWAU | DUN N.69 SRI TANJONG
Lokasi:
1. Sabindo Plaza

Edaran Bahan Penerbitan:
1. Budi MADANI RON95
2. Basmi Rasuah
3. 8 Tip Internet Selamat
4. Touchpoints Belanjawan Madani Keempat Tahun 2026
5. Konflik Asia Barat-Usaha Kerajaan Untuk Malaysia Terus Bertahan
6. Pemerdagangan Orang & Penyeludupan Migran
7. Siap Sedia Hadapi Banjir (Panduan Keselamatan Sebelum, Semasa dan Selepas Bencana)
8. RMK13 2026 - 2030 - Melakar Semula Pembangunan






Aidiladha Perkukuh Nilai Pengorbanan Dan Keprihatinan MasyarakatTAWAU, 27 Mei - Semangat pengorbanan dan kebersamaan ter...
27/05/2026

Aidiladha Perkukuh Nilai Pengorbanan Dan Keprihatinan Masyarakat

TAWAU, 27 Mei - Semangat pengorbanan dan kebersamaan terus disemarakkan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha apabila Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.68 Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan melaksanakan ibadah korban melibatkan sebanyak 21 ekor lembu untuk diagihkan kepada masyarakat dan badan beruniform di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas.

Beliau berkata, program korban tahun ini bukan sahaja bertujuan mengimarahkan sambutan Aidiladha, malah sebagai tanda penghargaan kepada pasukan keselamatan dan agensi penyelamat yang banyak berjasa kepada masyarakat khususnya ketika berdepan musibah serta kecemasan.

“Hari ini selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Babul Khair Kampung Kitingan, saya bersama-sama melaksanakan ibadah korban dan Alhamdulillah pada tahun ini kita menyediakan sebanyak 21 ekor lembu korban untuk diagihkan di kawasan DUN Apas serta kepada badan-badan beruniform seperti polis, angkatan tentera, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam.

“Inilah masanya kita menghargai perjuangan, pengorbanan dan sumbangan mereka kepada masyarakat khususnya ketika menghadapi musibah dan apa juga kemalangan di kawasan ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Korban di Tawau, hari ini.

Menurut beliau, Aidiladha amat sinonim dengan nilai perjuangan, kesungguhan dan ketaatan sebagaimana yang ditunjukkan dalam kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang perlu dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian.

“Kita bersama-sama menghayati pengorbanan dan perjuangan yang telah ditunjukkan dalam peristiwa Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Kesungguhan, perjuangan dan ketaatan ini mesti sentiasa kita terapkan dalam kehidupan dan kerjaya kita agar memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa agihan korban tersebut melibatkan lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam kawasan DUN Apas termasuk tiga agihan khas kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR), selain selebihnya disalurkan kepada jabatan kerajaan, anggota beruniform dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tambah beliau, program seumpama itu juga menjadi medium terbaik dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin, masyarakat dan agensi kerajaan selaras dengan semangat Aidiladha yang menitikberatkan nilai kebersamaan dan keprihatinan sesama insan.

Ibadah Korban Satukan NGO, Agensi Dan Masyarakat Di TawauTAWAU, 26 Mei — Walaupun berdepan keadaan ekonomi semasa yang k...
26/05/2026

Ibadah Korban Satukan NGO, Agensi Dan Masyarakat Di Tawau

TAWAU, 26 Mei — Walaupun berdepan keadaan ekonomi semasa yang kurang memberangsangkan, semangat untuk terus berkongsi rezeki sempena Aidiladha tetap diteruskan apabila sebanyak tujuh ekor lembu korban berjaya diagihkan kepada badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan pasukan keselamatan di daerah ini tahun ini.

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah merangkap ADUN N.70 Kukusan, Rina Jainal berkata, program penyerahan sumbangan lembu korban kali ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila tumpuan diberikan kepada NGO dan jabatan kerajaan yang turut memainkan peranan membantu masyarakat memerlukan.

“Alhamdulillah, walaupun keadaan ekonomi ketika ini tidak begitu menentu, kita masih mampu menyerahkan sebanyak tujuh ekor sapi korban pada tahun ini. Hari ini kita menyerahkan seekor sapi kepada Kem Kabota Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD).

“Mungkin tahun ini sedikit perlahan berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun kita tetap berusaha memastikan ibadah korban ini dapat dilaksanakan kerana kita tahu keperluan daging korban ini amat dinantikan oleh masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Lembu Korban di Masjid Saadah, Kem Kabota.

Program berkenaan turut diisi dengan solat Isyak, solat sunat tasbih serta majlis penyerahan lembu korban kepada warga Batalion Ke-7 RAMD.

Menurut beliau, pihaknya turut menyelaraskan pengagihan bekalan lembu korban kepada beberapa penempatan dan kawasan yang memerlukan agar manfaatnya dapat dirasai lebih ramai penerima.

Katanya, program korban bersama NGO juga akan diteruskan esok bagi membolehkan agihan daging korban disalurkan terus kepada golongan yang memerlukan di sekitar Tawau.

Mengulas mengenai kesedaran masyarakat terhadap fadilat ibadah korban, beliau berkata semakin ramai individu kini tampil melaksanakan korban di kawasan masing-masing sebagai usaha berkongsi rezeki dan membantu golongan memerlukan.

“Alhamdulillah, masyarakat kini semakin celik tentang fadilat ibadah korban dan berlumba-lumba merebut peluang melakukan amal kebajikan sempena Aidiladha. Dengan penglibatan ramai individu dan masyarakat kampung, lebih banyak rezeki dapat dikongsi bersama serta mampu menyentuh lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan dan kebajikan,” katanya lagi.

INFO ON WHEELS (IOW) PPD TAWAU | 25 MEI 2026 PARLIMEN P.190 TAWAU | DUN N.69 SRI TANJONG Lokasi:1. Pejabat Penerangan Da...
25/05/2026

INFO ON WHEELS (IOW) PPD TAWAU | 25 MEI 2026
PARLIMEN P.190 TAWAU | DUN N.69 SRI TANJONG
Lokasi:
1. Pejabat Penerangan Daerah Tawau
Edaran Bahan Penerbitan:
1. Budi MADANI RON95
2. Basmi Rasuah
3. 8 Tip Internet Selamat
4. Touchpoints Belanjawan Madani Keempat Tahun 2026
5. Katakan Tak Nak Pada Buli
6. Konflik Asia Barat-Usaha Kerajaan Untuk Malaysia Terus Bertahan
7. Pemerdagangan Orang & Penyeludupan Migran
8. Siap Sedia Hadapi Banjir (Panduan Keselamatan Sebelum, Semasa dan Selepas Bencana)
9. RMK13 2026 - 2030 - Melakar Semula Pembangunan





25/05/2026

Address

Tingkat 2, Wisma Persekutuan Tawau
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60 89-772 500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penerangan Daerah Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share