PKR Cabang Tawau 2025-2028

PKR Cabang Tawau 2025-2028 Keadilan Cabang Tawau 2025-2028
ketua Cabang : Fung Thin Yein (Fung TY)

🀝 ZIARAH KOMUNITI & PENYAMPAIAN SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN πŸ€πŸ“… 31 Mei 2026πŸ“ Kg. Serudung Baru, TawauKEADILAN Cabang Tawau...
04/06/2026

🀝 ZIARAH KOMUNITI & PENYAMPAIAN SUMBANGAN BARANG KEPERLUAN 🀝

πŸ“… 31 Mei 2026
πŸ“ Kg. Serudung Baru, Tawau

KEADILAN Cabang Tawau telah selesai mengadakan lawatan ke Kg. Serudung Baru bagi menyantuni penduduk setempat serta melihat sendiri keadaan dan keperluan masyarakat di kawasan tersebut. Dalam lawatan ini, barisan pimpinan Cabang turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas berupa beras dan gula kepada beberapa penduduk sebagai tanda keprihatinan serta usaha berterusan untuk membantu golongan yang memerlukan. 🌾πŸ₯£

Program sebegini bukan sahaja memberi peluang untuk mendekati masyarakat secara lebih dekat, malah menjadi ruang untuk mendengar pandangan, memahami cabaran setempat serta memperkukuh hubungan antara parti dan rakyat. Semoga sumbangan yang disampaikan dapat memberikan sedikit kelegaan kepada para penerima dan usaha menyantuni masyarakat seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. πŸ’ͺ

πŸ–οΈ AKTIVITI RIADAH KEADILAN CABANG TAWAU πŸ–οΈπŸ“… 30 Mei 2026 (Sabtu)πŸ“ Victoria Bay, Batu Payung, TawauKEADILAN Cabang Tawau ...
03/06/2026

πŸ–οΈ AKTIVITI RIADAH KEADILAN CABANG TAWAU πŸ–οΈ

πŸ“… 30 Mei 2026 (Sabtu)
πŸ“ Victoria Bay, Batu Payung, Tawau

KEADILAN Cabang Tawau telah selesai mengadakan Aktiviti Riadah Cabang yang berlangsung dalam suasana santai, ceria dan penuh semangat kekeluargaan. Program ini menghimpunkan pimpinan serta anggota Cabang sebagai ruang untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh hubungan sesama ahli serta mewujudkan keseimbangan antara gerak kerja organisasi dan aktiviti riadah. πŸŒŠβ˜€οΈ

Selain menjadi platform untuk berinteraksi dalam suasana yang lebih santai, aktiviti seperti ini turut membantu memupuk semangat kerjasama, kebersamaan dan kesatuan dalam kalangan anggota demi memperkukuhkan lagi gerak kerja parti pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga ukhwah yang terjalin terus diperkukuhkan demi perjuangan dan kebersamaan yang lebih utuh. πŸ’ͺ

πŸ•Œ MAJLIS HARI RAYA QURBAN KASIH MADANI πŸ•ŒπŸ“… 27 Mei 2026πŸ“ No.1 Jalan Sin Onn Tiku, Kongsi 10, TawauPKR Cabang Tawau telah s...
01/06/2026

πŸ•Œ MAJLIS HARI RAYA QURBAN KASIH MADANI πŸ•Œ

πŸ“… 27 Mei 2026
πŸ“ No.1 Jalan Sin Onn Tiku, Kongsi 10, Tawau

PKR Cabang Tawau telah selesai mengadakan Majlis Hari Raya Qurban Kasih MADANI yang berlangsung dalam suasana penuh ukhwah, kebersamaan dan semangat kekeluargaan. Majlis ini telah menghimpunkan barisan AJK Cabang serta ahli untuk sama-sama memeriahkan program, di samping mengeratkan silaturahim antara pimpinan dan akar umbi. πŸ’š

Setiap AJK turut menerima bahagian qurban masing-masing sebagai simbol penghargaan dan perkongsian rezeki dalam semangat keprihatinan serta kebersamaan. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga amalan qurban ini terus menyemai nilai kasih sayang dan perpaduan dalam komuniti. πŸ„βœ¨

🌾 AGIHAN SUMBANGAN BERAS BERSAMA PASUKAN KEADILAN TAWAU πŸŒΎπŸ“… 25 Mei 2026πŸ“ No.1 Jalan Sin Onn Tiku, Kongsi 10, TawauKetua C...
30/05/2026

🌾 AGIHAN SUMBANGAN BERAS BERSAMA PASUKAN KEADILAN TAWAU 🌾

πŸ“… 25 Mei 2026
πŸ“ No.1 Jalan Sin Onn Tiku, Kongsi 10, Tawau

Ketua Cabang KEADILAN Tawau, Tuan TY Fung bersama pasukan KEADILAN Tawau telah selesai mengadakan sesi agihan sumbangan beras kepada penerima yang layak dalam suasana penuh semangat kebersamaan dan keprihatinan. 🀝 Program ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam membantu masyarakat setempat serta mendekati rakyat melalui aktiviti turun padang bersama pasukan Cabang.

Turut sama membantu dalam proses pengagihan ialah barisan jentera yang sentiasa komited memastikan segala urusan berjalan lancar demi kemudahan para penerima. ❀️ Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat dan sedikit kelegaan kepada mereka yang memerlukan.

🀝 PERTEMUAN DAN MESYUARAT SANTAI BERSAMA PASUKAN KEADILAN TAWAU πŸ€πŸ“… 25 Mei 2026πŸ“ No.1 Jalan Sin Onn Tiku, Kongsi 10, Tawa...
28/05/2026

🀝 PERTEMUAN DAN MESYUARAT SANTAI BERSAMA PASUKAN KEADILAN TAWAU 🀝

πŸ“… 25 Mei 2026
πŸ“ No.1 Jalan Sin Onn Tiku, Kongsi 10, Tawau

Ketua Cabang KEADILAN Tawau, Tuan TY Fung telah mengadakan satu pertemuan dan mesyuarat santai bersama pasukan serta penyokong dalam suasana penuh mesra dan semangat kebersamaan. ✨

Sesi ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan, membincangkan gerak kerja semasa serta menyuntik semangat kepada jentera dan akar umbi dalam menghadapi cabaran politik serta persiapan menjelang PRU-16 akan datang. Pelbagai idea dan pandangan turut dikongsikan demi memperkukuh gerak kerja pasukan serta memastikan KEADILAN Cabang Tawau terus bergerak aktif dan dekat bersama rakyat. 🀝

✨ KUNJUNGAN RASMI & MAJLIS APRESIASI HARI PEKERJA 2026 βœ¨πŸ“ 20 Mei 2026Ketua Cabang KEADILAN Tawau, Tuan TY Fung telah ber...
22/05/2026

✨ KUNJUNGAN RASMI & MAJLIS APRESIASI HARI PEKERJA 2026 ✨

πŸ“ 20 Mei 2026

Ketua Cabang KEADILAN Tawau, Tuan TY Fung telah berkesempatan mengadakan lawatan ke Pejabat Menteri Ekonomi serta melawat Pejabat YB Menteri Sumber Manusia dalam siri kunjungan rasminya di Putrajaya.

Pada hari yang sama, beliau turut menghadiri Majlis Apresiasi Sambutan Hari Pekerja 2026 yang berlangsung di Menara PERKESO, Putrajaya sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa kebajikan pekerja serta pembangunan tenaga kerja negara. Beliau juga sempat bertemu dan bergambar bersama YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan selaku Menteri Sumber Manusia dalam suasana penuh mesra dan semangat kebersamaan.

Program dan kunjungan seperti ini menjadi ruang memperkukuh hubungan, pertukaran pandangan serta jaringan kerjasama demi pembangunan masyarakat dan kesejahteraan rakyat. 🀝


✨ KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN 2026 ✨ β€œTekad MADANI, Harapan Rakyatβ€πŸ“… 17 Mei 2026πŸ“ Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada J...
21/05/2026

✨ KONVENSYEN PAKATAN HARAPAN 2026 ✨ β€œTekad MADANI, Harapan Rakyat”

πŸ“… 17 Mei 2026
πŸ“ Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor

Ketua Cabang KEADILAN Tawau, Tuan TY Fung telah menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan 2026 yang menghimpunkan pimpinan serta perwakilan dari seluruh negara. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€

Konvensyen ini menjadi platform memperkukuh kesepaduan kepimpinan, menyelaras gerak kerja parti serta memperincikan hala tuju perjuangan dalam mendepani cabaran politik semasa dan persiapan menghadapi pilihan raya akan datang. ✊πŸ”₯

Turut berlangsung sesi town hall, perkongsian pimpinan parti komponen serta amanat khas daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Pakatan Harapan. πŸ’ͺ✨


🌾 PENGAGIHAN SUMBANGAN BERAS PKR CABANG TAWAU SESI-5 SELESAI πŸŒΎπŸ“ No.1, Jalan Sin On Tiku, Kongsi 10, TawauπŸ—“οΈ 14 Mei 2026 ...
19/05/2026

🌾 PENGAGIHAN SUMBANGAN BERAS PKR CABANG TAWAU SESI-5 SELESAI 🌾

πŸ“ No.1, Jalan Sin On Tiku, Kongsi 10, Tawau
πŸ—“οΈ 14 Mei 2026 (Khamis)

KEADILAN Cabang Tawau telah selesai mengadakan pengagihan sumbangan beras melibatkan sebanyak 500 pek kepada anggota yang layak. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan parti dalam membantu meringankan beban masyarakat serta menyantuni rakyat, khususnya golongan yang memerlukan. 🀝✨

Pengagihan telah berlangsung dalam suasana teratur dengan kerjasama barisan sukarelawan dan pimpinan Cabang yang sentiasa komited dalam memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lancar kepada penerima. πŸ’ͺ

Semoga usaha dan inisiatif seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang agar lebih ramai masyarakat yang memerlukan dapat dibantu serta terus merasai keprihatinan dan semangat kebersamaan daripada KEADILAN Cabang Tawau. ❀️

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

πŸ… TAKLIMAT GERAN BELIA & SUKAN 2026 πŸ…πŸ“ Kompleks Belia dan Sukan (P), Jalan Kg. Pasir Putih, PutatanπŸ—“οΈ 13 Mei 2026Ketua C...
18/05/2026

πŸ… TAKLIMAT GERAN BELIA & SUKAN 2026 πŸ…

πŸ“ Kompleks Belia dan Sukan (P), Jalan Kg. Pasir Putih, Putatan
πŸ—“οΈ 13 Mei 2026

Ketua Cabang KEADILAN Tawau, Tuan TY Fung bersama Setiausaha Cabang, Cik Nabilah serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi Biro Sukan Cabang Tawau, Puan Sarnah telah selesai menghadiri Taklimat Geran Belia dan Sukan yang diadakan pada 13 Mei lalu. 🀝

Taklimat ini diadakan bagi memberi pendedahan dan penjelasan berkaitan Dana Sukan Komuniti (DSK) 2026 serta proses permohonan Geran Dana Belia dan Sukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Program ini turut melibatkan pimpinan MPN, Wanita dan AMK. Melalui sesi ini, pelbagai maklumat berkaitan peluang bantuan, geran serta inisiatif pembangunan belia dan sukan telah dikongsikan bagi memperluaskan pelaksanaan program bermanfaat untuk masyarakat setempat, khususnya golongan belia. πŸ’ͺ

Terima kasih kepada YB Dr. Taufiq selaku Menteri Belia dan Sukan atas inisiatif dan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan belia dan sukan di Sabah serta seluruh negara. πŸ‡²πŸ‡Ύ

✨ PROGRAM BINA DIRI KETUA CABANG PKR: BANGUNKAN MALAYSIA MADANI βœ¨πŸ“ Akademi Kenegaraan Malaysia, Kuala LumpurπŸ—“οΈ 9 – 10 Me...
16/05/2026

✨ PROGRAM BINA DIRI KETUA CABANG PKR: BANGUNKAN MALAYSIA MADANI ✨

πŸ“ Akademi Kenegaraan Malaysia, Kuala Lumpur
πŸ—“οΈ 9 – 10 Mei 2026

Ketua Cabang KEADILAN Tawau, Tuan TY Fung telah selesai menghadiri Program Bina Diri Ketua Cabang PKR bertemakan β€œBangunkan Malaysia MADANI” yang berlangsung pada 9 hingga 10 Mei lalu di Akademi Kenegaraan Malaysia, Kuala Lumpur.

Program ini menghimpunkan Ketua-ketua Cabang PKR dari seluruh negeri sebagai wadah memperkukuh kepimpinan, memantapkan organisasi parti serta menyelaras gerak kerja dalam mendukung aspirasi Malaysia MADANI di peringkat akar umbi. πŸ€πŸ’¬

Selain menjadi platform memperkukuh kefahaman dan hala tuju perjuangan parti, program ini turut mengeratkan hubungan silaturahim antara pimpinan dari seluruh negara demi memastikan KEADILAN terus bergerak seiring dengan aspirasi rakyat dan cabaran semasa. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkukuh gerak kerja parti serta terus berkhidmat untuk masyarakat. ✊

Address

TB15, Lot No. B7, Tingkat Atas, Taman Megah 9, Jalan Apas Batu 3 1/2
Tawau
91000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKR Cabang Tawau 2025-2028 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share