Rejimen 516 Askar Wataniah

Rejimen 516 Askar Wataniah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rejimen 516 Askar Wataniah, Military Base, Rejimen 516(AW), Kem Kukusan, Tawau.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ญ๐š๐ก๐š๐ง ๐Œ๐ž๐๐š๐ง ๐“๐ข๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐Š๐ž - ๐Ÿ๐Ÿ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐‘๐ž๐ฃ๐ข๐ฆ๐ž๐ง ๐Ÿ“๐Ÿ๐Ÿ” ๐€๐ฌ๐ค๐š๐ซ ๐–๐š๐ญ๐š๐ง๐ข๐š๐ก
03/04/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ญ๐š๐ก๐š๐ง ๐Œ๐ž๐๐š๐ง ๐“๐ข๐ฆ๐ฎ๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐Š๐ž - ๐Ÿ๐Ÿ ๐๐š๐ซ๐ข๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐‘๐ž๐ฃ๐ข๐ฆ๐ž๐ง ๐Ÿ“๐Ÿ๐Ÿ” ๐€๐ฌ๐ค๐š๐ซ ๐–๐š๐ญ๐š๐ง๐ข๐š๐ก

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐“๐„๐‘๐”๐“๐€๐Œ๐€ (๐“๐˜๐“) ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ-๐๐„๐‘๐“๐”๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡Selamat Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-75 diucapkan k...
30/03/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐ ๐˜๐€๐๐† ๐“๐„๐‘๐”๐“๐€๐Œ๐€ (๐“๐˜๐“) ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ-๐๐„๐‘๐“๐”๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-75 diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Bin Haji Aman Musa Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 30 Mac 2026.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐‡๐€๐“๐€๐Œ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐Ÿ“๐Ÿ๐Ÿ” ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐–๐€๐“๐€๐๐ˆ๐€๐‡ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐ˆ๐‡๐˜ฤ€โ€™ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡Tawau, 13 Mac 2026 โ€“ Majlis Khata...
14/03/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐‡๐€๐“๐€๐Œ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐Ÿ“๐Ÿ๐Ÿ” ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐–๐€๐“๐€๐๐ˆ๐€๐‡ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐ˆ๐‡๐˜ฤ€โ€™ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

Tawau, 13 Mac 2026 โ€“ Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Rejimen 516 Askar Wataniah sempena sambutan Ihyฤโ€™ Ramadan 1447H telah diadakan pada 13 Mac 2026 bertempat di Surau Nururrohman, Rejimen 516 Askar Wataniah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Komander, Lt Kol Hairun Anor bin Halib dan turut dihadiri oleh 6 Pegawai serta 50 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Seramai 9 anggota LLP dan 9 ahli BAKAT termasuk Pengerusi BAKAT Pasukan, Puan Keyru Asniza binti Karuddin telah mengambil bahagian dalam majlis ini. Penganjuran program ini bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan, menggalakkan penghayatan Al-Quran serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga pasukan.

Dalam ucapannya, Timbalan Komander merakamkan ucapan tahniah kepada para peserta yang berjaya khatam Al-Quran pada hari tersebut. Beliau turut berharap agar amalan tadarus Al-Quran dapat diteruskan bukan sahaja pada bulan Ramadan, malah dilaksanakan secara berterusan sama ada secara berkumpulan mahupun secara individu.

Sebagai penutup majlis, para peserta telah menerima hadiah daripada Timbalan Komander sebagai tanda penghargaan atas penyertaan mereka.

Disediakan Oleh: LtM Fazilah binti Salman





14/03/2026
๐”๐๐€๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐๐„๐‘๐€๐‰๐”๐‘๐ˆ๐“ ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐’๐”๐Š๐€๐‘๐„๐‹๐€ (๐€๐๐Œ๐’) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Tawau, 7 Feb 26 โ€“ Seramai 23 Perajurit Muda Sukare...
11/02/2026

๐”๐๐€๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐๐„๐‘๐€๐‰๐”๐‘๐ˆ๐“ ๐Œ๐”๐ƒ๐€ ๐’๐”๐Š๐€๐‘๐„๐‹๐€ (๐€๐๐Œ๐’) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Tawau, 7 Feb 26 โ€“ Seramai 23 Perajurit Muda Sukarela telah berjaya menamatkan Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 1/2026 yang telah dilaksanakan selama 30 hari bermula 10 Januari hingga 8 Februari 2026.

Upacara Perbarisan Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Memerintah Batalion 1, Mejar Mohd Amin bin Adam yang mewakili Timbalan Komander Rejimen 516 AW. Majlis tersebut menandakan kejayaan para peserta setelah menjalani latihan intensif yang merangkumi aspek ketenteraan, disiplin, akademik dan kemahiran medan.

Sepanjang kursus berlangsung, penilaian berterusan telah dilaksanakan bagi menentukan penerima anugerah kepada penuntut yang menunjukkan prestasi cemerlang. Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh PJM Asdar bin Tabe. Anugerah Akademik Terbaik dianugerahkan kepada PJM Noor Emelly Erniza binti Mohammad Yassin, manakala PJM Abok bin Wilfred telah menerima Anugerah Kawad Terbaik. Bagi kategori Penembak Terbaik, anugerah tersebut telah diraih oleh Pbt PJM Mohamad Izharrin Abdullah.

Dalam ucapan penutup, wakil Timbalan Komander merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua anggota atas komitmen, disiplin serta semangat juang yang dipamerkan sepanjang latihan. Beliau turut berharap agar segala ilmu, kemahiran dan nilai ketenteraan yang diperoleh dapat diaplikasikan dengan penuh dedikasi dalam penugasan demi memperkukuh kesiapsiagaan pasukan.

Disediakan Oleh: LtM Fazilah binti Salman





๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐€๐“๐€๐‘๐€๐ ๐‰๐”๐‘๐”๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”TAWAU, 9 Januari 2026 โ€“ Seramai 8 Pegawai dan 43 anggota Lain-Lain ...
17/01/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐€๐“๐€๐‘๐€๐ ๐‰๐”๐‘๐”๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

TAWAU, 9 Januari 2026 โ€“ Seramai 8 Pegawai dan 43 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) tetap serta sukarela telah menyertai Kursus Penataran Jurulatih selama tujuh hari, bermula 3 hingga 9 Januari 2026 di Rejimen 516 Askar Wataniah, Kem Kukusan, Tawau.

Kursus ini bertujuan untuk mencapai keseragaman dan kecemerlangan jurulatih dari segi pengetahuan, kemahiran, dan sikap, bagi memastikan latihan dan kursus sepanjang tahun 2026 dapat dijalankan dengan efektif dan berkesan.

Leftenan Kolonel Hairun Anor, Timbalan Komander Rejiman 516 Askar Wataniah merakamkan tahniah dan penghargaan kepada semua jurulatih atas komitmen dan kerjasama yang cemerlang sepanjang kursus. Beliau menekankan agar ilmu yang disampaikan oleh para jurulatih perlu difahami dengan jelas, disampaikan dengan yakin, dan diterapkan secara berkesan.

Program ini diharapkan dapat memastikan anggota sukarela memiliki ilmu dan kemahiran ketenteraan yang berkualiti, sekali gus membolehkan mereka melaksanakan latihan dengan lebih baik.

Majlis penutup kursus turut diserikan dengan sesi pemakaian pangkat bagi Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) tetap serta sukarela.

Disediakan Oleh: LtM Fazilah binti Salman





๐ŸŽŠ๐’ฎ๐ธ๐ฟ๐’œ๐‘€๐’œ๐’ฏ ๐’ฏ๐’œ๐ป๐’ฐ๐’ฉ ๐ต๐’œ๐‘…๐’ฐ ๐Ÿค๐Ÿข๐Ÿค๐Ÿจ ๐ŸŽŠLt Kol Hairun Anor bin Halib, Timbalan Komander Rejimen 516 Askar Wataniah dan seluruh warga R...
31/12/2025

๐ŸŽŠ๐’ฎ๐ธ๐ฟ๐’œ๐‘€๐’œ๐’ฏ ๐’ฏ๐’œ๐ป๐’ฐ๐’ฉ ๐ต๐’œ๐‘…๐’ฐ ๐Ÿค๐Ÿข๐Ÿค๐Ÿจ ๐ŸŽŠ

Lt Kol Hairun Anor bin Halib, Timbalan Komander Rejimen 516 Askar Wataniah dan seluruh warga Rejimen 516 Askar Wataniah mengucapkan Selamat Tahun baru 2026.

Semoga di tahun yang baru ini kita semua diberikan kesehatan, kelancaran dalam setiap urusan, serta keberhasilan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐Ÿ“๐Ÿ๐Ÿ” ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐–๐€๐“๐€๐๐ˆ๐€๐‡ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”TAWAU, 20 Disember 2025 โ€“ Rejimen 516 Askar Wataniah (AW) te...
25/12/2025

๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐Ÿ“๐Ÿ๐Ÿ” ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐–๐€๐“๐€๐๐ˆ๐€๐‡ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

TAWAU, 20 Disember 2025 โ€“ Rejimen 516 Askar Wataniah (AW) telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Keluarga Rej 516 AW Tahun 2025 bertemakan Orang Kampung dengan penuh meriah bertempat di Padang Bola Sepak Rej 516 AW, Kem Kukusan. Program ini melibatkan penyertaan pegawai serta anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) tetap dan sukarela bersama ahli keluarga masing-masing, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dan kekitaan dalam kalangan warga Rejimen.

Sambutan dimulakan dengan gimik perasmian oleh Brig Jen Datuk Dr. Lim Teck Kiong, Komander Rej 516 AW, sebelum diteruskan dengan pelbagai aktiviti sukaneka yang menarik dan mencabar berunsurkan tradisional. Antara acara yang dipertandingkan ialah tarik tali, kaki panjang dan timbang bulu ayam bagi kategori lelaki; isi air dalam botol dan batik bersatu bagi kategori wanita; permainan jalan batang gantung serta semakin jauh semakin sayang bagi kategori berpasangan; serta aktiviti makan biskut, membawa bola pingpong dan pancing dalam botol bagi kategori kanak-kanak. Program turut diserikan dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik.

Objektif utama penganjuran Sambutan Hari Keluarga ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Rej 516 AW. Penyertaan aktif pegawai, anggota serta ahli keluarga dalam setiap aktiviti telah berjaya menyemarakkan semangat kerjasama, saling membantu dan memperkukuh perpaduan dalam pasukan. Turut hadir memeriahkan sambutan ialah Brig Jen Datuk Jagjit Singh Indar Singh, Panglima 13 Briged; Tan Sri Datuk Liew Yun Fah, mantan Komander Rejimen 516 Askar Wataniah; serta ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan Askar Wataniah (JAKPAW).

Sambutan Hari Keluarga Rej 516 AW Tahun 2025 diakhiri dengan penyampaian hadiah sukaneka kepada para pemenang bagi semua kategori pertandingan yang dipertandingkan, diikuti dengan pemberian sumbangan Hari Natal kepada anggota yang menyambutnya, sebelum majlis ditutup dengan ucapan penutup oleh Brig Jen Datuk Dr. Lim Teck Kiong, Komander Rej 516 AW, dan seterusnya sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenangan.

Disediakan Oleh: LtM Fazilah binti Salman





๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐€๐๐ƒ๐„๐‘ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐Ÿ“๐Ÿ๐Ÿ” ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐–๐€๐“๐€๐๐ˆ๐€๐‡ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“Tawau, 3 November 2025 - Mesyuarat Komander Rejimen 516 Askar W...
06/11/2025

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐€๐๐ƒ๐„๐‘ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐Ÿ“๐Ÿ๐Ÿ” ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐–๐€๐“๐€๐๐ˆ๐€๐‡ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Tawau, 3 November 2025 - Mesyuarat Komander Rejimen 516 Askar Wataniah telah berjaya dilaksanakan di Bilik Gerakan Rej 516 AW, Tawau. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Komander Rej 516 AW dan dihadiri oleh Timbalan Komander, ahli JAKPAW, pegawai tetap serta pegawai sukarela pasukan.

Pelaksanaan mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan pengurusan dan pembangunan anggota sukarela Rej 516 AW, meliputi aspek latihan, logistik, kebajikan, pentadbiran serta perancangan belanjawan tahunan pasukan.

Mesyuarat yang dijalankan secara perbincangan dua hala dan pertukaran idea ini memberi peluang kepada semua pegawai untuk berkongsi pandangan serta cadangan dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan dan keberkesanan pasukan.

Dalam mesyuarat tersebut, Komander Rejimen 516 AW turut menekankan kepentingan keaktifan ahli JAKPAW dalam menyokong dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pasukan. Beliau turut menegaskan bahawa rancangan promosi dan pengambilan anggota baharu Askar Wataniah perlu dipertingkatkan agar kekuatan serta kesinambungan pasukan terus terpelihara.

Selain itu, perhatian turut diberikan kepada aspek kebajikan anggota sukarela, khususnya dari segi penambahbaikan fasiliti kawasan latihan bagi memastikan keselesaan serta kecekapan latihan dapat dipertingkatkan.

Hasil perbincangan yang produktif ini telah menghasilkan beberapa resolusi penting yang akan dijadikan panduan dalam usaha penambahbaikan pengurusan anggota sukarela Rejimen 516 AW pada masa akan datang.

Disediakan Oleh: LtM Fazilah binti Salman





๐Ÿช” ๐’ฎ๐ธ๐ฟ๐’œ๐‘€๐’œ๐’ฏ ๐ป๐’œ๐‘…๐ผ ๐’Ÿ๐ธ๐ธ๐’ซ๐’œ๐’ฑ๐’œ๐ฟ๐ผ ๐Ÿช”Lt Kol Hairun Anor bin Halib, Timbalan Komander Rejimen 516 Askar Wataniah dan seluruh warga R...
20/10/2025

๐Ÿช” ๐’ฎ๐ธ๐ฟ๐’œ๐‘€๐’œ๐’ฏ ๐ป๐’œ๐‘…๐ผ ๐’Ÿ๐ธ๐ธ๐’ซ๐’œ๐’ฑ๐’œ๐ฟ๐ผ ๐Ÿช”

Lt Kol Hairun Anor bin Halib, Timbalan Komander Rejimen 516 Askar Wataniah dan seluruh warga Rejimen 516 Askar Wataniah mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua yang meraikan.

Address

Rejimen 516(AW), Kem Kukusan
Tawau
91000

Telephone

+601111275488

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rejimen 516 Askar Wataniah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rejimen 516 Askar Wataniah:

Share

Category