01/09/2026
⚠️ JEREBU: SIAPA YANG PALING BERISIKO & APALAH LANGKAH PENCEGAHANNYA?⚠️
Kualiti udara yang merosot akibat jerebu boleh memberi kesan yang lebih serius kepada golongan berisiko tinggi. Pastikan anda dan ahli keluarga sentiasa mengambil langkah berwaspada!
Golongan Yang Berisiko Tinggi:
* Kanak-kanak
* Warga emas
* Wanita hamil
* Pesakit asma atau penyakit paru-paru
* Pesakit jantung
* Individu berpenyakit kronik
Langkah Pencegahan Utama:
✅Hadkan Aktiviti Luar:Kurangkan berada di luar bangunan dan pastikan anda berada dalam persekitaran yang selamat.
✅Patuhi Ubat-Ubatan:Teruskan pengambilan ubat mengikut arahan doktor (terutamanya bagi pesakit kronik dan asma).
✅Pantau Kesihatan:Sentiasa peka dan pantau sebarang perubahan tahap kesihatan diri serta orang di sekeliling anda.
Jika mengalami gejala seperti sesak nafas atau batuk teruk, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.