Politeknik Tawau Sabah

Politeknik Tawau Sabah All other FB pages and groups not linked from this page are not managed by the Politeknik Tawau Sabah

04/06/2026

πŸŽ‰βœ¨ SYABAS & TAHNIAH βœ¨πŸŽ‰

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pensyarah Politeknik Tawau Sabah:

πŸ‘¨πŸ»β€πŸ« Dr. Dicky Wiwittan bin Toto Ngadiman
πŸ‘©πŸ»β€πŸ« Puan Beatrecia Sunlin

atas kejayaan meraih πŸ₯ˆ TEMPAT KEDUA dalam pertandingan:

πŸ† PNICC’26 - Pertandingan Inovasi & Kreativiti PMJB Peringkat Kebangsaan 2026

menerusi inovasi bertajuk:

πŸ“±πŸ’‘ SMARTATTEND: SISTEM KEHADIRAN PINTAR BERASASKAN KOD QR DENGAN VALIDASI DATA DAN PEMANTAUAN MASA NYATA UNTUK INDUSTRI

Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan kecemerlangan warga pendidik dalam menghasilkan inovasi yang memberi impak kepada industri dan pendidikan TVET negara. πŸŒπŸš€

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga institusi untuk terus melakar kejayaan yang gemilang pada masa hadapan. πŸŒŸπŸ“š

πŸ‘πŸ» Tahniah dan syabas di atas pencapaian yang membanggakan✨✨





🌟 Pihak Pengurusan Meluangkan Masa Bersama Nazmi & Aliah 🌟✨ Encik Tahir bin Leemat, Pengarah Politeknik Tawau Sabah tela...
04/06/2026

🌟 Pihak Pengurusan Meluangkan Masa Bersama Nazmi & Aliah 🌟

✨ Encik Tahir bin Leemat, Pengarah Politeknik Tawau Sabah telah meluangkan masa bersama Saudara Khairul Nazmi bin Mujakir dan Saudari Aliah Batrisyia binti Razali yang akan bergerak ke Pertandingan Akhir TVET Idol 2026 di πŸ“Dataran Putrajaya, W.P Putrajaya bersempena Sambutan Hari TVET Negara 2026 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi. πŸŽ€πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ† Kedua-dua pelajar ini telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir dan berada dalam kelompok 12 finalis terbaik daripada keseluruhan 176 penyertaan melibatkan institusi-institusi TVET seluruh negara. πŸŒŸπŸ‘

πŸ’ Turut hadir bersama ialah Puan Helen binti Lau @ Abd. Kadir, Timbalan Pengarah Politeknik Tawau Sabah.

🎢 Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan dan mengharumkan nama Politeknik Tawau Sabah di pentas nasional. ❀️πŸ”₯





πŸ“’ TARIKH PENYERTAAN DILANJUTKAN!!! 🎨✨Berita baik buat semua anak Sabah yang berbakat dalam seni digital! 🌺🌍Atas sambutan...
03/06/2026

πŸ“’ TARIKH PENYERTAAN DILANJUTKAN!!! 🎨✨

Berita baik buat semua anak Sabah yang berbakat dalam seni digital! 🌺🌍

Atas sambutan yang sangat menggalakkan serta bagi memberi peluang kepada lebih ramai penyertaan, tarikh tutup penyertaan Pertandingan Poster Digital sempena Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau kini dianjakkan sehingga:

πŸ“… 15 JUN 2026

Masih ada masa untuk anda menzahirkan kreativiti dan menyampaikan mesej perpaduan melalui karya yang penuh makna πŸ’«

πŸ–ŒοΈ Tema:
_Kebudayaan Untuk Kedamaian Serantau_

πŸ“Œ Kategori pertandingan:
🎊 Terbuka
πŸŽ“ Pelajar IPT
🏫 Pelajar Sekolah Menengah

🎁 Menangi wang tunai menarik bagi setiap kategori! πŸ’°

⚠️ Penyertaan dibuka khusus untuk rakyat Sabah sahaja

πŸ“² Sertai sekarang melalui pautan:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSezqvTkKRDR_vKg6N7UfU-WiOO0n3ZU4w1Jc2--5KUDyHkFiw/viewform

✨ Jadikan karya anda suara perpaduan, simbol keharmonian dan kebanggaan budaya Sabah. Jangan tunggu saat akhir, inilah peluang untuk bakat anda bersinar di pentas antarabangsa! 🌺🎨

DIRGAHAYU TUANKUMenjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mul...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mengurniakan kesihatan, kesejahteraan serta kekuatan dalam terus memayungi rakyat dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan demi kemakmuran negara tercinta.

Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada
Warga Politeknik Tawau Sabah





Di bawah langit Borneo yang damai,gema tawa dan irama tradisi kembali menyatu 🌾✨Kaamatan dan Gawai bukan sekadar perayaa...
30/05/2026

Di bawah langit Borneo yang damai,
gema tawa dan irama tradisi kembali menyatu 🌾✨
Kaamatan dan Gawai bukan sekadar perayaan,
tetapi tentang syukur, warisan, dan kasih sesama insan ❀️

Semoga setiap langkah dipenuhi rezeki,
setiap senyuman membawa bahagia,
dan setiap doa mengikat kita dalam perpaduan 🀝🌺

β€œBiar berbeza adat dan bahasa,
namun kita tetap satu jiwa Malaysia"

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 🌾
Gayu Guru Gerai Nyamai πŸƒ






Selamat Ulang Tahun Kelahiran Encik Erwin!πŸ—“οΈ 27 Mei 2026Pengarah serta seluruh warga Politeknik Tawau Sabah merakamkan u...
27/05/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Encik Erwin!

πŸ—“οΈ 27 Mei 2026

Pengarah serta seluruh warga Politeknik Tawau Sabah merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Encik Erwin bin Rapi, Ketua Unit Pengurusan Aset.
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta kejayaan berterusan dalam kerjaya dan kehidupan.





Di sebalik takbir yang bergema, ada syukur yang menadah ke langit dan ada juga hati yang diam-diam menyimpan rindu serta...
26/05/2026

Di sebalik takbir yang bergema, ada syukur yang menadah ke langit dan ada juga hati yang diam-diam menyimpan rindu serta sedih yang tidak terucap. 🀍

Aidiladha mengajar kita bahawa pengorbanan bukan sekadar melepaskan, tetapi mendidik jiwa untuk reda, ikhlas dan percaya pada hikmah-Nya. 🌿

Kerana setiap kehilangan ada pelajaran, setiap pengorbanan ada pendidikan dan setiap air mata yang jatuh, ada syukur yang tetap tumbuh. ✨

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Politeknik Tawau Sabah khususnya dan seluruh umat islam umumnya.❀️

Semoga hati terus belajar erti sabar, jiwa terus dididik dengan ikhlas dan langkah hidup sentiasa dipenuhi syukur kepada Allah. πŸŒ™πŸ‘πŸ’š






Selamat Ulang Tahun Kelahiran Encik Nick dan Puan Beat!πŸ—“οΈ 23 Mei 2026Pengarah serta seluruh warga Politeknik Tawau Sabah...
23/05/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Encik Nick dan Puan Beat!
πŸ—“οΈ 23 Mei 2026

Pengarah serta seluruh warga Politeknik Tawau Sabah merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Encik Nickolen bin Robot, Ketua Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan serta Puan Beatrecia Sunlin, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta kejayaan berterusan dalam kerjaya dan kehidupan.





🌿✨ Nikmat sebuah usaha tidak pernah sia-sia. ✨🌿Akan tiba waktunya, segala penat yang dipikul dengan sabar bertukar menja...
22/05/2026

🌿✨ Nikmat sebuah usaha tidak pernah sia-sia. ✨🌿

Akan tiba waktunya, segala penat yang dipikul dengan sabar bertukar menjadi senyuman yang penuh syukur.

Apa yang diusahakan dengan sungguh-sungguh, akan hadir sebagai nikmat yang membahagiakan dan segala yang baik akan menemukan jalannya kepada hidupmu. 🌸

Kerana setiap usaha yang ikhlas, tidak hanya membawa hasil, tetapi juga menghadiahkan bahagia yang layak untuk dirasa. 🀍✨

🌷 Percayalah, apa yang diperjuangkan hari ini, akan menjadi kebahagiaan yang bakal dinikmati esok. πŸŒˆπŸ’«






✨ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN ✨Pihak Politeknik Tawau Sabah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kas...
22/05/2026

✨ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN ✨

Pihak Politeknik Tawau Sabah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua organisasi yang telah memberikan kepercayaan serta menawarkan peluang pekerjaan kepada para pelajar Latihan Industri (LI) Politeknik Tawau Sabah bagi Sesi 2: 2025/2026.

Kerjasama dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam membantu pelajar memperoleh pengalaman industri sebenar, meningkatkan kemahiran profesional serta membentuk graduan yang lebih kompeten dan berdaya saing.

Semoga jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang demi membuka lebih banyak peluang kepada pelajar LI PTS untuk menimba ilmu, pengalaman dan pendedahan dalam dunia pekerjaan.

Sekalung penghargaan kepada:

β€’ BORNEO RAINFOREST LODGE
β€’ MYBORNEO KINABALU HOLIDAY
β€’ LR GLOBAL TRAVEL & TOUR
β€’ PAN BORNEO HOTEL
β€’ VOYAGE HOLIDAY
β€’ NEXUS KARAMBUNAI RESORT
β€’ IFKINA TRAVEL AND TOUR
β€’ NMDA HOLIDAYS SDN BHD
β€’ B-INSPIRED ABODE & HOBBIT KUNDASANG
β€’ KHM STRAWBERRIES SDN BHD
β€’ HBENJAMIN RESIDENCE
β€’ HYATT REGENCY KINABALU
β€’ HAPPY GARDEN RESORT
β€’ AUSVILLA KUNDASANG
β€’ TAMAN REKREASI MEMBALUA
β€’ HAYU TRAVEL & TOURS

Terima kasih atas kepercayaan dan komitmen yang diberikan dalam melahirkan modal insan berkualiti. 🀝✨






Address

KM 36 Balung
Tawau
91009

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089950500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Tawau Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Politeknik Tawau Sabah:

Share