Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Tawau

Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Tawau Pejabat Pergigian Kawasan Tawau dan Bahagian Promosi Kesihatan Pergigian Kawasan Tawau

Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Keamatan, ikhlas dari Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Tawau
30/05/2026

Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Keamatan, ikhlas dari Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Tawau

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua, ikhlas dari Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan TawauSe...
26/05/2026

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua, ikhlas dari Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Tawau
Semoga anda dan keluarga dilimpahi rahmat, kebahagiaan dan kegembiraan pada hari istimewa ini

23/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

📢 Makluman Gangguan Talian

Talian telefon Klinik Pergigian Tawau dan PKPK Tawau sedang mengalami gangguan talian telefon.

Kami sedang dalam proses pembaikan.

Untuk sebarang urusan segera, sila hadir ke klinik.

Kesulitan adalah amat dikesali 🙏

Tahniah di ucapkan kepada Dr. John Giam Ming Hui dan Dr. Amy Chai Ming Hui dari Klinik Pergigian Tawau kerana mendapat G...
19/05/2026

Tahniah di ucapkan kepada Dr. John Giam Ming Hui dan Dr. Amy Chai Ming Hui dari Klinik Pergigian Tawau kerana mendapat Gold Award bagi inovasi Dental Pictovisual Guide (DPG) di 7th IIIDentEx : Profesional Innovator/Inventor bertempat di Dorsett Hotel Putrajaya pada 18 May 2026.

Dental Pictovisual Guide (DPG) merupakan sebuah alat komunikasi inovatif yang dapat membantu meningkatkan kemudahan bagi pesakit untuk memahami penerangan yang diberi oleh doktor gigi berkaitan keadaan pergigian, rawatan dan arahan selepas rawatan dengan lebih jelas.

Alat komunikasi ini merupakan alat mesra rakyat dimana ia mempunyai pelbagai bahasa yang boleh diterjemahkan bagi pesakit yang sukar memahami atau berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia.

Inovasi ini sangat membantu bagi masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa terutama di Tawau, Kunak dan Semporna. Semoga produk ini dapat diperluaskan bukan sahaja di Sabah, malah di seluruh Malaysia.

19/05/2026

📢PEMAKLUMAN JANJI TEMU MYSEJAHTERA KLINIK PERGIGIAN TAWAU 🦷

🦷 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pelanggan-pelanggan Klinik Pergigian Tawau,

Pemakluman berkaitan janji temu Mysejahtera di Klinik Pergigian Tawau, anda dinasihatkan untuk patuh kepada janji temu anda dengan hadir ke slot janji temu 30 minit lebih awal bagi memudahkan urusan rawatan pergigian.

Tidak dapat hadir ke janji temu yang telah dipilih? Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielak? Anda boleh membatalkan atau menjadualkan semula slot berkenaan. Kerjasama anda amatlah kami hargai.

HARAP MAKLUM. Terima Kasih.

18/05/2026
Lawatan Naziran Pengurusan Aset dan Stor dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ke Klinik Pergigian UTC Tawau dan Klinik Pe...
06/05/2026

Lawatan Naziran Pengurusan Aset dan Stor dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ke Klinik Pergigian UTC Tawau dan Klinik Pergigian Tawau pada 6 Mei 2026

05/05/2026

Lepas makan malam hidangan daging stik yang lazat atau sate yang kenyal, rutin biasa kita adalah mencari sebatang pencungkil gigi kayu. Sambil bersembang di meja makan, tangan laju mengorek celah-celah gigi, menekan kuat ke arah gusi semata-mata nak keluarkan urat daging yang terselit. Bila nampak sikit darah keluar kat hujung lidi tu, kita rasa lega sebab sangka semua sisa dah keluar habis.

Nampak macam tabiat menjaga kebersihan mulut yang normal. Tapi di mata pakar periodontik, tindakan mengorek gigi menggunakan lidi kayu adalah satu bentuk penderaan struktur gusi yang sangat kejam.

Batang lidi kayu pencungkil gigi tidak direka bentuk mengikut kesesuaian anatomi mulut manusia. Hujungnya sangat tajam, keras, dan permukaan kayunya penuh dengan serpihan mikro yang tersembunyi.

Setiap kali anda mencungkil dan menekan lidi itu ke celah gigi, anda sebenarnya sedang mengoyakkan satu tisu pelindung yang sangat rapuh iaitu poket gusi (Gingival Sulcus). Tisu berwarna merah jambu ini berfungsi ibarat getah pelindung yang memeluk erat batang gigi anda untuk menghalang kuman dari masuk ke akar.

Bila anda cucuk secara agresif, poket gusi ini akan terkoyak. Traumatik mekanikal yang berulang ini akan mencetuskan keadaan yang dipanggil Gum Recession atau penyusutan gusi. Gusi anda akan mula lari ke atas, mendedahkan akar gigi yang sensitif dan tidak mempunyai perlindungan enamel yang tebal.

Di sinilah igauan ngeri bermula. Celah gusi yang terkoyak itu kini menjadi pintu masuk terbuka untuk sisa makanan dan jutaan bakteria anaerobik. Serpihan halus lidi kayu yang tertinggal di dalam gusi akan membusuk dan mencetuskan keradangan tahap kronik (Periodontitis).

Akibatnya, gigi anda akan mula berasa ngilu bila minum ais, nafas berbau bangkai biarpun sudah berus gigi, dan lama-kelamaan, gigi yang sihat akan menjadi goyang dan luruh sendiri kerana tulang pemegang akarnya telah reput dimakan kuman.

Pencungkil gigi kayu yang berharga beberapa sen itu akhirnya akan menyebabkan anda terpaksa berbelanja belasan ribu ringgit untuk rawatan implan gigi palsu di klinik pergigian premium.

Gantikan tabiat buruk ini sekarang. Gunakan benang flos pergigian atau berus celah gigi yang direka khas untuk meluncur lembut tanpa melukakan gusi anda.

Jangan pertaruhkan senyuman masa depan anda pada sebatang kayu lidi yang tajam.

05/05/2026

60 tahun masih boleh senyum lebar? 😁
Boleh… kalau kita jaga dari sekarang!

Kempen 6020 menyeru kita semua untuk mencapai sasaran:
👉 Umur 60 tahun dengan sekurang-kurangnya 20 batang gigi

Nampak remeh, tapi impaknya besar!
Lebih banyak gigi = lebih mudah makan, lebih yakin bercakap, lebih berkualiti hidup 💯

Jom mula hari ini:
🪥 Berus gigi 2 kali sehari dengan ubat gigi berfluorida
🦷 Kurangkan makanan manis
👩‍⚕️ Pemeriksaan gigi sekali setahun

💬 Jom sahut saranan KKM demi senyuman sihat sepanjang hayat!

Ingat, senyuman sihat bukan untuk hari ini sahaja… tapi untuk masa depan kita!

Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan, semoga bulan ini memberi keberkatan yang melimpah kepada semuaIk...
18/02/2026

Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan, semoga bulan ini memberi keberkatan yang melimpah kepada semua
Ikhlas dari Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Tawau

Address

Jalan Chong Thien Vun, Sin Onn
Tawau
91008

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089762576

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Tawau:

Share