Perpustakaan Negeri Sabah, PD Kg Pasir Putih Tawau

Perpustakaan Negeri Sabah, PD Kg Pasir Putih Tawau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Negeri Sabah, PD Kg Pasir Putih Tawau, Tawau.

Quiz 1~ 02.05.2026Tulis jawapan anda di ruang komen πŸ‘
02/05/2026

Quiz 1~ 02.05.2026
Tulis jawapan anda di ruang komen πŸ‘

πŸ“šULASAN BUKU ~25.04.2026
25/04/2026

πŸ“šULASAN BUKU ~25.04.2026

πŸ“šULASAN BUKU ~ 18.04.2026TAJUK : BILA JIWA PENUH WARNA DUKAPENULIS : OSMAN DEENPENERBIT : RUMAA BOOKSHALAMAN : 366M/SKAT...
18/04/2026

πŸ“šULASAN BUKU ~ 18.04.2026
TAJUK : BILA JIWA PENUH WARNA DUKA
PENULIS : OSMAN DEEN
PENERBIT : RUMAA BOOKS
HALAMAN : 366M/S
KATEGORI : BUKU FIKSYEN DEWASA

QUIZ 1 ~ 15.04.2026HOW MANY NUMBERS DO YOU SEE?
15/04/2026

QUIZ 1 ~ 15.04.2026
HOW MANY NUMBERS DO YOU SEE?

Buku Bacaan Kanak-KanakSesuai Untuk NilamTajuk       : Belajar Bersabar Penulis   : Naurah Nufail Penerbit : Penerbit Ci...
15/04/2026

Buku Bacaan Kanak-Kanak
Sesuai Untuk Nilam
Tajuk : Belajar Bersabar
Penulis : Naurah Nufail
Penerbit : Penerbit Citrawarna Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2021
Muka Surat: 22
ISBN: 9789672139867

ULASAN BUKU ~ 04.04.2026Tajuk       : La Rosa ApatmentPenulis    : Zura AnwarPenerbit  : Prolog MediaHalaman : 399m/sKat...
04/04/2026

ULASAN BUKU ~ 04.04.2026
Tajuk : La Rosa Apatment
Penulis : Zura Anwar
Penerbit : Prolog Media
Halaman : 399m/s
Kategori : Buku Fiksyen Dewasa

Sinopsis:
β€œIni bukan setakat nak mengapa-apakan saya, Kayla. Someone wants to murder me.”

Kayla, seorang gadis moden, spoiled dan baru putus cinta dengan kekasihnya, datang daripada Kuala Lumpur ke pinggir bandar di Sabah untuk membantu bapa saudaranya, Encik Saif, menguruskan kedai buku The Lost Chapter. Dia sengaja dihantar oleh bapanya, Dato Karim kerana mahu Kayla belajar berdikari. Kayla tinggal di La Rosa Apartment, sebuah apartment yang bakal mengubah hidupnya.

Satu kematian telah berlaku. Kayla pasti, ia adalah pembunuhan dan suspeknya merupakan salah seorang daripada penghuni La Rosa Apartment.

Semua yang tinggal di sana aneh!

Puan Inas, Encik Omar, Puan Laila, Hail, Lufti dan Encik Baha. Mereka semua aneh kecuali Jabir, jejaka kacak dan paling normal di antara mereka. Jabir mempunyai alibi yang kukuh lalu Kayla mengeluarkan lelaki itu daripada senarai suspek. Mereka membentuk kumpulan siasatan amatur.

Siapa yang membunuh Puan Akira? Dapatkah Kayla hidup berdikari di La Rosa Apartment?

02/04/2026

πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 π’π„πŒπ„ππ“π€π‘π€
ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π ππ„π‘ππ”π’π“π€πŠπ€π€π ππ„π†π„π‘πˆ 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 π’π„πŒππ„ππ€ π†πŽπŽπƒ π…π‘πˆπƒπ€π˜

Untuk menikmati perkhidmatan kami secara berterusan, sila layari laman web rasmi Perpustakaan Negeri Sabah melalui pautan https:// library.sabah.gov.my




ULASAN BUKU ~ 02.04.2026TAJUK BUKU  : DIA KIRIMAN SYURGA         PENGARANG : ASYKRIO HAYYANDITERBIT        : KASEH ARIES...
02/04/2026

ULASAN BUKU ~ 02.04.2026
TAJUK BUKU : DIA KIRIMAN SYURGA
PENGARANG : ASYKRIO HAYYAN
DITERBIT : KASEH ARIES
HALAMAN : 577M/S
KATEGORI : BUKU FIKSYEN DEWASA

SINOPSIS
Dikhianati seseorang yang dicintai separuh mati, SAIF HAQQANI menutup rapat pintu hatinya untuk mencari pengganti. Saif berpendirian bahawa dia tidak memerlukan seorang isteri untuk menjadi ibu kepada anak syurganya, ASYRIQ HAYYAN. β€œSaif tak perlukan orang baru dalam hidup Saif, dan juga Hayyan.” - Saif Hadirnya NUR WAFA KAISARAH sebagai pembantu rumah, telah membuatkan Saif sedar bahawa masih ada lagi yang ikhlas menerima sebuah kekurangan. β€œDo you love Hayyan?” - Saif β€œMestilah!” - Wafa β€œEven though, Hayyan tak normal macam kanak-kanak yang lain?” - Saif β€œHayyan tetap manusia... sama macam kita.” - Wafa β€œWafa... let’s get married.” - Saif Perkahwinan tanpa cinta, tapi bukan paksaan itu pun terjadi. Tujuan asalnya hanya kerana Hayyan semata-mata. Tapi indahnya percaturan Tuhan, perkahwinan itu semakin menampakkan bahagia. Namun kepulangan NAYLI ADELIA membuatkan semuanya huru- hara. β€œI nak jadi mommy Hayyan yang sebenar-sebenarnya.” - Nayli. Helah yang digunakan Nayli, membuatkan Saif terpaksa merendahkan ego seorang bapa. Tanpa Saif sedar, Nayli juga punya niat yang lain. β€œWafa rasa... dia masih cintakan abanglah.” - Wafa β€œI akan dapatkan you balik, walau apa pun yang terjadi!” - Nayli Apabila semuanya terbongkar, mampukah Saif memberi kemaafan dan peluang sekali lagi? Bagaimana dengan nasib Hayyan yang menjadi mangsa ketamakan seorang ibu yang terlalu merajakan sebuah kesempurnaan?

ULASAN BUKU ~ 28.03.2026TAJUK BUKU : PENGURUSAN STRESS          Kaedah Mudah Mengurus Stres Dan Konflik                 ...
28/03/2026

ULASAN BUKU ~ 28.03.2026
TAJUK BUKU : PENGURUSAN STRESS
Kaedah Mudah Mengurus Stres Dan Konflik
PENGARANG : RAMLEE ABDUL MANAF
DITERBIT : UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
HALAMAN : 98M/S
KATEGORI : BUKU BUKAN FIKSYEN DEWASA(155.9042)

SINOPSIS
Biasa dengar perkataan ini, β€œStresnya aku dengan benda ni.” atau β€œJem ni buat aku stres betul lah” ataupun β€œBos ni kan buat aku stres la, masa ni la nak minta buat benda ni.” Soalannya kenapa seseorang stres? Betulkah stres itu seperti demam, selsema atau batuk? Apa yang menyebabkan seseorang stress? Bolehkah stres dirawat dengan makan Panadol atau Cortal atau perlukah stres dirawat dengan pembedahan?

Pelbagai persoalan berkaitan stres yang boleh mengundang stres jika tidak pasti dengan jawapannya. Apakah punca kepada stres? Peringkat umur berapa tahunkah mudah untuk mendapat stres? Benarkah orang perempuan lebih mudah mendapat stres berbanding orang lelaki? Apakah kesan yang boleh berlaku jika stres tidak dibendung daripada peringkat awal? Benarkah stres menjadi antara sebab tertinggi kejadian bunuh diri di seluruh dunia? Bolehkah stres dikawal atau diubati?

Buku ini akan merungkai semua persoalan tentang stres yang perlu anda tahu kerana stres mungkin menyebabkan orang yang rapat dengan anda bertindak di luar jangkaan. Setiap bab dalam buku ini akan memperincikan teknik-teknik secara psikologi dan biologi dalam mengawal stres. Buku ini sesuai untuk menjadi rujukan dan panduan kepada guru-guru dalam menerapkan cara hidup yang bebas stres.

Jangan Stres-Stres. Jom baca buku ini untuk hilangkan stres

Buku Bacaan Kanak-Kanak Sesuai Untuk NilamTajuk: Suatu PengajaranPenulis: Nadirah MahdiPenerbit: Pep Publications Sdn. B...
19/03/2026

Buku Bacaan Kanak-Kanak Sesuai Untuk Nilam
Tajuk: Suatu Pengajaran
Penulis: Nadirah Mahdi
Penerbit: Pep Publications Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2018
Muka Surat: 22
ISBN: 9789672483250

Address

Tawau
91008

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 14:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Negeri Sabah, PD Kg Pasir Putih Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share