25/03/2023
5 TIPS HANTAR ANAK KE SEKOLAH
Alhamdulillah. Sesi persekolahan yang baharu akan bermula tak lama lagi.
Ibu ayah boleh cuba beberapa tips ini bagi yang pertama kali berhadapan anak-anak ke sekolah.
โผ๏ธTips 1. Siapa yang paling rapat dengan si anak? Jika ibu, jangan biarkan ibu yang menghantar ke sekolah. Sebaliknya si ayah yang perlu menghantar ke sekolah pada hari hari terawal persekolahan. Ini bagi mengelakkan anak berat hati dan rasa sedih untuk meninggalkan orang yang paling mereka rapat.
โผ๏ธTips 2. Sewaktu di dalam perjalanan ke sekolah, elakkan memberi nasihat kepada anak dengan menyebut "jangan nangis....jangan nangis" . Fikiran mereka tidak akan merekodkan perkataan " jangan" tetapi apa yang akan diingati ialah "nangis". Seeloknya gunakan perkataan yang lebih positif seperti " nanti mesti ramai kawan-kawan abang dekat sekolah, mesti cikgu dan kawan kawan s**a dengan abang ".
โผ๏ธTips 3. Apabila sampai ke sekolah dan anak-anak sudah mula masuk ke barisan atau kelas, cepat-cepat beredar dan cuba hilangkan diri dari pandangan mata anak-anak tanpa perlu melambai atau mengucap โbye-byeโ. Apabila si ibu/ bapa melambai dn mengucap โbye-byeโ, ia akan menimbulkan perasaan โditinggalkanโ di dalam hati si anak dan akan membuatkan mereka berasa sedih. Si ibu/bapa hanya perlu perhatikan anak-anak dari jauh buat seketika (tanpa dilihat anak) sebelum benar-benar meninggalkan anak di sekolah.
โผ๏ธTips 4. Jika nampak si anak seperti mahu menangis, jangan pujuk, biarkan sahaja dan terus beredar. Pada kebiasaannya, jika si anak benar-benar menangis, mereka akan menangis sekitar 2-3 minit sahaja, paling lama pun mereka akan menangis adalah dalam 10 minit. Selepas itu mereka akan mula belajar menerima kenyataan. Tambahan lagi, guru-guru lebih mudah untuk menangani anak-anak yang menangis tanpa kehadiran ibu bapa. Kehadiran ibu-bapa yang melihat anak menangis hanya akan menyebabkan pihak guru semakin s**ar untuk menangani situasi tersebut.
โผ๏ธTips 5. Si anak akan terus menangis jika ibu/bapa cuba memujuk dan terus berada di sisinya. Si ibu & bapa juga perlu belajar dan terima kenyataan untuk โmelepaskanโ dan memberikan peluang dan ruang kepada anak-anak untuk belajar berdikari dan menempuh situasi yang mungkin sedikit s**ar dalam hidup mereka. Ia sama seperti ketika mengajar mereka berjalan sewaktu bayi dahulu, adakah si ibu/bapa akan mendokong sahaja anaknya sepanjang masa kerana โkasihanโ dan tidak mahu anaknya terjatuh ketika belajar berjalan?
Semoga bermanfaat ๐