Fishing Club Community Tawau Sabah

Fishing Club Community Tawau Sabah Majulah s**an memancing untuk negara..

10/02/2017

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم...

*AKHLAQ MULIA*

*خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ*

"Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)"
[Surah al-A'raf 199]

Ayat ini menghimpun tentang akhlak budi pekerti yg baik terhadap manusia dlm dakwah kpd kebaikan dan melarang perbuatan mungkar. Antara perkara yg perlu diambil berat ialah:

1. Toleransi, iaitu berlapang dada dan menyuruh mad'u (sasaran) agar berakhlak mulia (kita juga berakhlaq sama) serta melakukan amalan2 yg mereka sanggupi dan mereka anggap mudah sesuai dengan keadaan dan kemampuan masing2 dan tidak membebani mereka dgn amalan2 yg mereka tak sanggup lakukan dan tidak sesuai dgn kemampuan mereka.

2. Menyeru kepada yg makruf, iaitu berupa semua ucapan dan perbuatan yg baik serta akhlak yg mulia terhadap kerabat dekat ataupun jauh atau orang lain (yg tidak memiliki hubungan kerabat). Sebarkanlah kebaikan kpd manusia baik dgn mengajarkan ilmu yg bermanfaat, menganjurkan kebaikan, menyambung silaturahim, mendamaikan perselisihan, nasihat yg bermanfaat, pendapat yg benar, tolong menolong dlm kebaikan dan takwa, menegur kejahatan dan membimbing utk mendapatkan maslahat baik perkara agama ataupun akhirat.

3. Berpaling dari orang bodoh dan yg memperbodohkan org lain (melarang mengetahui kebenaran dgn dalil), tidak membalas suatu kebodohan dgn kebodohan yg serupa.

Perlu diingatkan bagi sesiapa disakiti baik dgn ucapan mahupun dgn perbuatan, janganlah membalasnya dgn kejahatan yg sama. Balaslah dgn keadilan dan kebaikan akhlaq mulia.

Akhlak yg baik mampu melembut dan mengubah jiwa manusia

_*ya Allah, karuniakan kpd jiwaku utk berlapang dada dan s**a memaafkan*_

Wallahu a'lam

UAG

Assalamualaikum. Selamat pagi. Hasil alhi-ahli FCCTS yang turun semalam dan kemarin.
05/02/2017

Assalamualaikum. Selamat pagi. Hasil alhi-ahli FCCTS yang turun semalam dan kemarin.

Antara aktiviti ahli FCCTS sempena cuti CNY 30 jan 2017 membaik pulih keadaan pangkalan. Terima kasih kepada ahli2 yang ...
30/01/2017

Antara aktiviti ahli FCCTS sempena cuti CNY 30 jan 2017 membaik pulih keadaan pangkalan. Terima kasih kepada ahli2 yang memberi sumbangan wang ringgit, idea & tenaga. Martabatkan hobi memancing kita 👍👍👍

Hasil pancing semalam 26/01/2017 dari ahli FCCTS..syukur alhamdulillah rezeki sentiasa ada..welldone guys  👍👍👍
27/01/2017

Hasil pancing semalam 26/01/2017 dari ahli FCCTS..syukur alhamdulillah rezeki sentiasa ada..welldone guys 👍👍👍

26/01/2017

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم...

*JANGAN PUTUS ASA DLM PERJUANGAN*

*وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمْ الأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ*

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman”. (Surah Ali-Imran 139)

*Untuk mengatasi rasa lemah dan dukacita bagi pendakwah dan pejuang-pejuang agama Allah, maka hendaklah dibina dan disuburkan ruh dengan kekuatan iman dan amal yang berterusan. Hidupkan jiwa dengan al-Quran, solat malam, solat berjemaah, majlis ilmu, zikrullah dan persaudaraan Islam*.

Ruh ibarat nadi, menjadi vaksin atau kapsul untuk menggerakkan semangat perjuangan yang berterusan. Persediaan ruhiyyah ini adalah suatu kewajipan utama dalam perjuangan. Kekuatan ruh adalah sinonim dengan kekuatan j***m sebagaimana kata hukamak:

رُهْبَانُ في اللَيْلِ وَ فُرْسَاُن بِالنَّهَارِ

“Rahib di malam hari dan kuda yang tangkas di siang hari”

Kekuatan ruh bererti yakin bahawa masa depan adalah milik Islam. Justeru itu kita yang bergelar muslim yang mukmin tidak sewajarnya merasa lemah dalam ujian kehidupan. Wajib membina kekuatan tawakkal dan tunduk kepada Allah serta beriltizam dengan amal Islam dalam apa jua situasi.

Antara perkara penting ialah kita mesti memiliki 3 prinsip:

1. Iman dan tawakkal- yakin menang dan serah kepada Allah.
2. Tegas dan cekal- tidak berganjak dan cintakan syahid.
3. Dakwah dan istiqamah.

*إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمْ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ*

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu”. (Surah Fussilat 30)

Berkata Imam Malik rahimahullah:

لا يَصْلُحُ أخِرُ هذِهِ الأُمَّةِ إلاّ بِمَا صَلُحَ بِهِ َأوَّلُهَا

“Tidak gemilang umat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan umat terdahulu menjadi gemilang”

♡Kekuatan roh yang dimiliki oleh generasi terdahulu telah mencatat kemenangan dan sejarah yang gemilang. Selayaknya kita turut mencontohi mereka♡

*Istiqamah Hingga Kemenangan*

_*ya Allah tolonglah aku utk istiqamah di atas jalan yg benar*_

UAG

Hasil tangkapan ahli² otai FCCTS semalam 23.01.2017..rezeki gandingan lama. 👍👍👍
24/01/2017

Hasil tangkapan ahli² otai FCCTS semalam 23.01.2017..rezeki gandingan lama. 👍👍👍

Hasil tangkapan ahli² FCCTS di air tua bulan Januari..semoga sukses lagi bro
23/01/2017

Hasil tangkapan ahli² FCCTS di air tua bulan Januari..semoga sukses lagi bro

Keadaan pengkalan yang baru banyk lagi kurangnya..
23/01/2017

Keadaan pengkalan yang baru banyk lagi kurangnya..

23/01/2017

Salam

Ahli fccts bertukang membuat pangkalan untuk persiapan pertandingan
18/01/2017

Ahli fccts bertukang membuat pangkalan untuk persiapan pertandingan

Address

Tawau
91000

Telephone

0165520134

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fishing Club Community Tawau Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share