Kolej Komuniti Tawau Sabah

Kolej Komuniti Tawau Sabah FB KKTS BUKAN MEDIUM RASMI OPERASI KKTS TAPI HANYA MEDIUM ALTERNATIF. URUSAN RASMI, SILA LAWATI WEB RASMI -Visit us: http://kktawau.mypolycc.edu.my
(1)

MAKLUMAN PENTING: TATACARA BAYARAN YURAN BAHARU PELAJAR SENIOR KOLEJ KOMUNITI TAWAU.Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,...
10/06/2026

MAKLUMAN PENTING: TATACARA BAYARAN YURAN BAHARU PELAJAR SENIOR KOLEJ KOMUNITI TAWAU.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar senior Kolej Komuniti Tawau. Dimaklumkan bahawa pihak pengurusan telah mengemas kini tatacara pembayaran yuran pengajian bagi memudahkan serta mempercepatkan urusan pendaftaran dan kewangan pelajar bermula semester ini.

Sila teliti dan patuhi tatacara pendaftaran dan pembayaran dengan mengimbas Kod QR yang disediakan.

Terima kasih. Sampai bertemu di KKTS okay!

๐Ÿซโœจ MINAT COKLAT? JOM BELAJAR BUAT COKLAT HOMEMADE MACAM PRO! โœจ๐ŸซIngin menghasilkan coklat homemade yang cantik, premium d...
10/06/2026

๐Ÿซโœจ MINAT COKLAT? JOM BELAJAR BUAT COKLAT HOMEMADE MACAM PRO! โœจ๐Ÿซ

Ingin menghasilkan coklat homemade yang cantik, premium dan berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan? Jangan lepaskan peluang menyertai:

๐ŸŽ“ PROGRAM PENGUKUHAN BAKAT KOMUNITI 2026
๐Ÿซ HANDS ON HOMEMADE CHOCOLATE

๐Ÿ“Œ Apa yang menarik?

โœ… Belajar secara praktikal (hands-on) daripada asas hingga menghasilkan coklat premium
โœ… Tambah ilmu keusahawanan untuk memulakan perniagaan sendiri
โœ… Kenali penggunaan AI Generatif bagi membantu pemasaran dan pembangunan perniagaan
โœ… Peluang meningkatkan kemahiran serta menjana pendapatan

๐ŸŽ Apa yang disediakan?

โœ”๏ธ Modul kursus lengkap
โœ”๏ธ Bahan & peralatan kursus
โœ”๏ธ Makan dan minum sepanjang kursus
โœ”๏ธ Sijil penyertaan

๐Ÿ“š Apa yang akan dipelajari?

๐Ÿซ Asas Pembuatan Coklat
๐Ÿซ Coklat Premium & Teknik Dekorasi
๐Ÿ“ˆ Keusahawanan (Business Model Canvas)
๐Ÿค– Kursus Asas AI Generatif

๐Ÿ‘ฅ Syarat Penyertaan
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
โญ๏ธ Keutamaan kepada Komuniti Rentan (Belia & B40)
๐Ÿ“ Wajib dan komited menghadiri kursus selama 4 hari

โš ๏ธ TERHAD KEPADA 20 PESERTA SAHAJA!

๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang sebelum tempat penuh!

https://forms.gle/Ma6ZsEqwfv6H448g9

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

๐Ÿ“ฑ UPSH KKTS
http://www.wasap.my/60105258301/PPBK2026homemadechoc
http://www.wasap.my/60136412041/PPBK2026homemadechoc

๐Ÿ’ก Belajar kemahiran baharu, hasilkan coklat yang memikat, dan buka peluang menjana pendapatan bersama kami!

Ucapan Terima Kasih & Selamat Bertugas di Tempat Baharu kepada Pn. Jeany Ambrose, Pensyarah Sijil Kulinari Kolej Komunit...
10/06/2026

Ucapan Terima Kasih & Selamat Bertugas di Tempat Baharu kepada Pn. Jeany Ambrose, Pensyarah Sijil Kulinari Kolej Komuniti Tawau, Sabah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pn.Jeany Ambrose yang akan meneruskan perkhidmatan di tempat baharu atas segala jasa, bakti, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Kolej Komuniti Tawau.

Semoga segala pengalaman dan ilmu yang telah dikongsi menjadi manfaat berterusan serta meninggalkan kenangan yang bermakna buat seluruh warga kolej. Selamat bertugas di tempat baharu. Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan dan mencapai lebih banyak kejayaan dalam kerjaya serta kehidupan.

"๐’ฅ๐’ถ๐“ˆ๐’ถ ๐’น๐’พ๐“€๐‘’๐“ƒ๐’ถ๐“ƒ๐‘”, ๐’ท๐“Š๐’น๐’พ ๐’น๐’พ๐“ˆ๐’ถ๐“ƒ๐’ฟ๐“Š๐“ƒ๐‘”. ๐’ฎ๐‘’๐“๐’ถ๐“‚๐’ถ๐“‰ ๐“‚๐’ถ๐’ฟ๐“Š ๐’ฟ๐’ถ๐“Ž๐’ถ ๐’น๐’ถ๐“ƒ ๐“ˆ๐‘’๐“‚๐‘œ๐‘”๐’ถ ๐“‰๐‘’๐“‡๐“Š๐“ˆ ๐“ˆ๐“Š๐“€๐“ˆ๐‘’๐“ˆ ๐’น๐’พ ๐’น๐‘’๐“ˆ๐“‰๐’พ๐“ƒ๐’ถ๐“ˆ๐’พ ๐’ท๐’ถ๐’ฝ๐’ถ๐“‡๐“Š."

Ikhlas daripada, Pengarah & Seluruh Warga Kolej Komuniti Tawau.

Seluruh warga Kolej Komuniti Tawau, Sabah mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya kepada para peserta yang mewa...
08/06/2026

Seluruh warga Kolej Komuniti Tawau, Sabah mengucapkan selamat maju jaya dan semoga berjaya kepada para peserta yang mewakili kolej dalam 19th Malaysia FIRA RoboWorld Cup 2026. Kejohanan ini merupakan platform berprestij yang menghimpunkan bakat-bakat terbaik dalam bidang robotik dan inovasi teknologi di Malaysia.

KKTS diwakili oleh saudara Jaya bin Hasan dan saudara Mohammad Fazrul bin Englebert, pelajar-pelajar dari program Sijil Teknologi Elektrik KKTS. Jurulatih pasukan adalah En. Syahlan bin Abdul Halim, Pensyarah Program SKE KKTS dan pengurus pasukan adalah Ts. Sabrina binti Jumadi yang merupakan Ketua Program SKE KKTS.

Semoga segala usaha, dedikasi dan persiapan yang telah dilakukan membuahkan hasil yang cemerlang. Tunjukkan semangat kesukanan, kreativiti, kemahiran teknikal serta jati diri warga Kolej Komuniti Tawau sepanjang pertandingan berlangsung.

Teruskan melakar kecemerlangan, mengharumkan nama kolej dan membuktikan keupayaan TVET di persada nasional.

๐Ÿ† SUKAN PERPADUAN KOLEJ KOMUNITI TAWAU BERSAMA KOMUNITI 2026 ๐Ÿ†๐Ÿ“… Tarikh: 6 Jun 2026๐Ÿ“ Tempat: Gelanggang Serbaguna, Kolej ...
07/06/2026

๐Ÿ† SUKAN PERPADUAN KOLEJ KOMUNITI TAWAU BERSAMA KOMUNITI 2026 ๐Ÿ†

๐Ÿ“… Tarikh: 6 Jun 2026
๐Ÿ“ Tempat: Gelanggang Serbaguna, Kolej Komuniti Tawau

Kolej Komuniti Tawau dengan kerjasama BENTA WAWASAN, Kelab Memanah dan Kelab Futsal Kolej Komuniti Tawau telah berjaya menganjurkan Sukan Perpaduan Kolej Komuniti Tawau Bersama Komuniti 2026 yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana penuh harmoni, semangat kesukanan dan perpaduan.

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kolej dan komuniti setempat, memupuk gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan, serta memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antara agensi, kelab dan komuniti di daerah Tawau. Selain itu, program ini menjadi platform bagi menyemai nilai perpaduan, kerjasama berpasukan dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.

๐Ÿ… Acara yang dipertandingkan
โ€ข Pickleball Regu Lelaki
โ€ข Pickleball Regu Campuran
โ€ข Petanque Double Open

๐Ÿ“Š Penyertaan
โ€ข Pickleball Regu Campuran โ€“ 12 pasukan
โ€ข Pickleball Regu Lelaki โ€“ 14 pasukan
โ€ข Petanque Double Open โ€“ 12 pasukan

๐Ÿค Agensi dan Komuniti Jemputan
โ€ข BENTA WAWASAN
โ€ข Batalion Boules Club (BBC) PGA Tawau
โ€ข Kelab Rakan Muda Tawau
โ€ข UPPM Apas
โ€ข Kolej Komuniti Lahad Datu
โ€ข Warga Kolej Komuniti Tawau

Majlis pembukaan program telah disempurnakan oleh Ts. Md. Syadiqin bin Awg Adi @ Jumaat, Pengarah Kolej Komuniti Tawau.

Turut hadir memeriahkan program serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah YB Syed Ahmad Syed Abas, ADUN N.67 Balung.

๐Ÿ† Keputusan Petanque Double Open
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga: BENTA WAWASAN
๐Ÿฅˆ Naib Johan: BBC PGA Tawau
๐Ÿฅ‡ Johan: BBC PGA Tawau

๐Ÿ† Keputusan Pickleball Regu Lelaki
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga: BENTA WAWASAN 3
๐Ÿฅˆ Naib Johan: Kelab Rakan Muda Tawau
๐Ÿฅ‡ Johan: BENTA WAWASAN 1

๐Ÿ† Keputusan Pickleball Regu Campuran
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga: Kolej Komuniti Tawau
๐Ÿฅˆ Naib Johan: UPPM Apas
๐Ÿฅ‡ Johan: BENTA WAWASAN

๐ŸŽ‰ Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menunjukkan komitmen, disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.

๐Ÿ™ Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada BENTA WAWASAN selaku penyumbang utama program ini. Ucapan terima kasih juga kepada BBC PGA Tawau atas bantuan dan kepakaran sebagai jawatankuasa teknikal pertandingan Petanque.

Tidak dilupakan, penghargaan khas kepada seluruh jawatankuasa pelaksana, sukarelawan, pegawai pertandingan, penaja serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memperkukuh perpaduan komuniti, melahirkan masyarakat yang aktif dan sihat serta mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan dan masyarakat setempat.







06/06/2026

๐ŸŽ‰ KEPUTUSAN KEMASUKAN SESI I: 2026/2027 TELAH DIBUKA! ๐ŸŽ‰

Semakan Keputusan Kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti melalui eBorang MyPOLYCC kini boleh dibuat bagi:

โœ… Lepasan Sijil Politeknik
โœ… Lepasan Sijil Kolej Komuniti
โœ… Lepasan Institut Pertanian / IKM / PERDA
โœ… Lepasan SKM Tahap 3
โœ… Lepasan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

๐Ÿ“… Tarikh Semakan: 5 Jun 2026
โฐ Mulai: 5.00 Petang

Tahniah kepada calon yang berjaya! ๐ŸŽ“
๐Ÿ“„ Cetakan surat tawaran boleh dibuat mulai 5 Jun 2026 hingga 13 Jun 2026.

Bagi calon yang belum berjaya, peluang masih terbuka.
๐Ÿ“ Permohonan rayuan boleh dikemukakan mulai 5 Jun 2026 melalui portal:

๐ŸŒ ambilan.mypolycc.edu.my

Langkah pertama ke arah masa depan TVET anda bermula di sini. Semak keputusan anda sekarang!

4 JUN 2026KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KKTS KE JABATAN PENJARA TAWAU KE ARAH JALINAN KOLABORASI STRATEGIKSatu pertemuan ber...
06/06/2026

4 JUN 2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KKTS KE JABATAN PENJARA TAWAU KE ARAH JALINAN KOLABORASI STRATEGIK

Satu pertemuan bermakna telah diadakan melalui kunjungan hormat daripada delegasi Kolej Komuniti Tawau ke Jabatan Penjara Tawau hari ini. Pertemuan ini bertujuan sebagai hasrat menjalinkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, khususnya dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), perkongsian kepakaran dan fasiliti, latihan/pensijilan/profesional, penyelidikan, pembangunan, inovasi dan keusahawanan.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Pengarah Kolej Komuniti Tawau, Ts. Md Syadiqin bin Awg Adi @ Jumaat dan disambut baik oleh Pengarah Penjara Tawau, En. Hasrul Anwar bin Hasim. Delegasi terdiri daripada Timbalan Pengarah (Pengurusan) KKTS, En. Fadli bin Bacho, Ketua Unit PSH , Pn. Samsidar binti Siling, Ketua Unit PPIA, En. Abdul Halim bin Ruseh, Pensyarah PSH, En. Jamaluddin bin Lantara dan Pengawai Kolaborasi, Ts. Azhar bin Ambo.

Turut Hadir bersama dalam pertemuan ini Timb. Pengarah Penjara Tawau, En. Philip Pangkat, Ketua Inspektor Penjara Tawau, En. Yusman bin Latui.

Semoga hasrat ke arah kolaborasi ini tercapai dan memberi impak yang tinggi kepada kedua belah pihak.

04/06/2026
.::๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—”๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ::.๐ŸŒพ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฒ๐˜‡๐—ฒ๐—ธ๐—ถ, ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐ŸŒพ๐˜›๐˜ด. ๐˜”๐˜ฅ ๐˜š๐˜บ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฒ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ธ๐˜จ ๐˜ˆ๐˜ฅ๐˜ช @ ๐˜‘๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข...
30/05/2026

.::๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—”๐—”๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ::.
๐ŸŒพ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฒ๐˜‡๐—ฒ๐—ธ๐—ถ, ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐ŸŒพ

๐˜›๐˜ด. ๐˜”๐˜ฅ ๐˜š๐˜บ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฒ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ธ๐˜จ ๐˜ˆ๐˜ฅ๐˜ช @ ๐˜‘๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ข๐˜ต, ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜’๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ซ ๐˜’๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜ช ๐˜›๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ธ๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ซ๐˜ข ๐˜’๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ซ ๐˜’๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜ช ๐˜›๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ค๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ค๐˜ข๐˜ฑ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ต ๐˜—๐˜ฆ๐˜ด๐˜ต๐˜ข ๐˜’๐˜ข๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ-๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜•๐˜ฆ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜‹๐˜ช ๐˜‰๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜‰๐˜ข๐˜บ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต ๐˜๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜Ž๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ-๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜‰๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ.

๐˜š๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ช๐˜จ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ด๐˜ช๐˜ฎ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ด๐˜ฑ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ด๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฌ ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜›๐˜๐˜Œ๐˜›. ๐˜›๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ซ๐˜ข๐˜บ๐˜ข, ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด ๐˜ถ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜บ๐˜ข!

๐™†๐™ค๐™ฉ๐™ค๐™—๐™ž๐™–๐™ฃ ๐™๐™–๐™™๐™–๐™ช ๐™๐™–๐™œ๐™–๐™ฏ๐™ค ๐˜ฟ๐™ค ๐™†๐™–๐™–๐™ข๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ & ๐™‚๐™–๐™ฎ๐™ช ๐™‚๐™ช๐™ง๐™ช ๐™‚๐™š๐™ง๐™–๐™ž ๐™‰๐™ฎ๐™–๐™ข๐™–๐™ž.

Address

Perdana Square Commercial Center, Batu 4, Jalan Apas
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089913400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Tawau Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kolej Komuniti Tawau Sabah:

Share