Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau

Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau Laman Rasmi Facebook Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekian, terima kasih.

Facebook ini ini adalah FB rasmi Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau bertujuan menyalurkan maklumat dan info terkini berkaitan penganjuran program/aktiviti Bahagian Pembangunan Belia, Pembangunan Sukan dan Pembangunan Rakan Muda samaada yang telah dilaksanakan atau bakal berlangsung. Ianya juga merupakan platform digital/media sosial untuk berhubung terus dengan para belia dan mas

yarakat khususnya di Daerah Tawau, Semporna, Kalabakan, Kunak dan Lahad Datu. Warga kerja Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau mengalu-alukan kehadiran masyarakat dan para belia ke FB rasmi Pejabat ini.

11/06/2026
Program Inspire iTalent Peringkat Bahagian Tawau 2026 kembali lagi..Program ini bertujuan untuk mengenal pasti bakat suk...
11/06/2026

Program Inspire iTalent Peringkat Bahagian Tawau 2026 kembali lagi..

Program ini bertujuan untuk mengenal pasti bakat sukan dikalangan orang kurang upaya (OKU).

Program akan dilaksanakan pada;

πŸ—“οΈ : 2 Julai 2026 (Khamis)
πŸ“ : Dewan Sukan Tertutup Kompleks Sukan Tawau
Umur : 9-35 tahun

Penyertaan terhad kepada 30 orang sahaja. Untuk penyertaan, sila imbas kod qr yang tertera di poster atau melalui pautan;
https://forms.gle/ck52j4vjPDF1epQD6

Ayuh sertai kami..








Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

PRA PENDAFTARAN KLAS RENANG FASA 1 TAHUN 2026 NEGERI SABAH KINI DIBUKA, TEMPAT ADALAH TERHAD! πŸ”₯⚑️Kemahiran Latihan Asas ...
08/06/2026

PRA PENDAFTARAN KLAS RENANG FASA 1 TAHUN 2026 NEGERI SABAH KINI DIBUKA, TEMPAT ADALAH TERHAD! πŸ”₯⚑️

Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat memberikan pendedahan asas berenang (learn to swim) 🏊
Menemui anda di lokasi berikut :
 Kota Kinabalu
 Penampang
 Sandakan
 Tenom
 Tawau
Bagi edisi 2026, program ini terbuka kepada:
οƒΌ Kanak-kanak daripada keluarga B40 berumur 6 hingga 12 tahun
οƒΌ Orang OKU (berumur tidak kurang daripada 6 tahun dan tidak lebih daripada 15 tahun)
οƒΌ Warga emas (sihat dan boleh melakukan aktiviti fizikal yang berumur di antara 60 – 75 tahun )
Sila imbas kod QR atau klik pautan pendaftaran untuk mendaftar atau mendapatkan senarai lokasi dan maklumat lanjut πŸ“‹
https://sites.google.com/kbs.gov.my/klasrenangfasa12026/home
Tempat adalah TERHAD tau! (pautan pra pendaftaran akan ditutup setelah slot dipenuhi) 🏁
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 18 JUN 2026

πŸ—“οΈ : Bulan Jun-Julai 2026
🎟️ : Penyertaan PERCUMA
πŸ”— : Pendaftaran secara dalam talian melalui pautan di bawah

Membina keyakinan dan kemahiran, JBSN bersama πŸ’ͺ🏻



P/s Tertakluk kepada syarat dan kelayakan penyertaan yang mana peserta yang berjaya akan dihubungi oleh urus setia bagi penyelarasan lanjut πŸ™ŒπŸ»

Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Tawau Tahun 2026 telah selesai dilaksanakan pada 23 & 24 Mei yang lalu. T...
25/05/2026

Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Tawau Tahun 2026 telah selesai dilaksanakan pada 23 & 24 Mei yang lalu. Tahun ini melibatkan 3 acara sukan iaitu Bola Tampar (Lelaki), Bola Jaring (Wanita) dan Futsal (Lelaki). Program berlangsung bertempat di Kompleks Sukan Tawau, Dewan Sukan KD Sri Tawau dan Tawau Futsal Centre.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Ali bin Abdul Sari, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau, mewakili Pegawai Belia Dan Sukan (P) Bahagian Tawau.

Dengan ini Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua rakan strategik dan rakan kerjasama iaitu KD Sri Tawau, Kompleks Sukan Tawau, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Tawau, Persatuan Bola Tampar Daerah Tawau (TAVA), Kelab Futsal Kolej Komuniti Tawau( KFKKT), Elite Netball Club, GABETA, Kelab Rakan Muda Tawau dan Kelab Sukan Bermotor Marvy serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pelaksanaan program ini. Semoga kerjasama yang erat ini dapat diteruskan lagi dalam program yang akan datang.

  ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆπ‚π„π—π‚π„π‹π‹π„ππ“ ππŽπŽπ“π‚π€πŒπ πŸπŸŽπŸπŸ” πŒπ€π’πˆπ‡ πƒπˆππ”πŠπ€!Masih terdapat kekosongan tempat untuk menyertai ICE...
20/05/2026



ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π 𝐏𝐄𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πˆπ‚π„π—π‚π„π‹π‹π„ππ“ ππŽπŽπ“π‚π€πŒπ πŸπŸŽπŸπŸ” πŒπ€π’πˆπ‡ πƒπˆππ”πŠπ€!

Masih terdapat kekosongan tempat untuk menyertai ICEXCELLENT Bootcamp 2026.

πŸ“ Negeri yang masih diperlukan:
Pulau Pinang Perlis, Perak, Melaka, Kelantan, Pahang, Terengganu dan W.P. Labuan

πŸ—“οΈ Tarikh Pelaksanaan:
Siri 1: 19 – 21 Jun 2026
πŸ“Œ Semenanjung Malaysia (Pelaksanaan secara fizikal)
Siri 2: 14 Julai 2026
πŸ“Œ Sabah, Sarawak & W.P. Labuan (Pelaksanaan secara dalam talian)

βœ… Daftar segera sebelum 21 Mei 2026!
Layari myprofil.iyres.gov.my atau imbas kod QR pada poster untuk membuat permohonan.

πŸ“ž Sebarang pertanyaan, hubungi Sekretariat:
03-8871 3152 / 012-3624086

Ayuh belia Malaysia, rebut peluang menjadi sebahagian daripada komuniti penyelidik muda negara!

Gabungan Persatuan Belia Bahagian Tawau KELAB RAKAN MUDA TAWAU

Hebahan untuk penyertaan Pertandingan Bola Tampar (Lelaki) Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Tawau 2026 (pe...
14/05/2026

Hebahan untuk penyertaan Pertandingan Bola Tampar (Lelaki) Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Tawau 2026 (penyertaan dari daerah Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Kalabakan).

Kepada mana-mana pasukan yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah imbas kod QR di bawah.

Ayuhhh, jom sertai dan sama-sama kita memeriahkan program tersebut.

13 Mei 2026 (Rabu). Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Tawau 2026 telah diadakan di Kolej Voka...
14/05/2026

13 Mei 2026 (Rabu). Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Tawau 2026 telah diadakan di Kolej Vokasional Tawau pada hari ini 13 Mei 2026. Program ini dianjurkan sempena sambutan Hari Belia Negara bagi menghimpunkan golongan belia melalui pelbagai aktiviti kesukarelawan dan gaya hidup sihat. Antara lain aktiviti yang diadakan ialah seperti berikut :
Pertandingan E-Sport
Pameran Kelab Rakan Muda Tawau
Ceramah Anugerah Remaja Perdana
Bacaan Ikrar Belia Malaysia

Program ini dirasmikan oleh YBhg. Tuan Zagina @ Sulaiman Bin Achmad B.S.K, Pengarah Kolej Vokasional Tawau. Program ini turut dilaksanakan dengan kerjasama Kolej Vokasional Tawau, Pejabat Kementerian pembangunan Belia , Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri Sabah Bahagian Tawau dan Persatuan Gabungan Belia Bahagian Tawau dan Kelab Rakan Muda Tawau. Diucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama YBhg Tuan Pengarah Kolej Vokasional Tawau.

Hebahan untuk penyertaan Pertandingan Bola Jaring Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Tawau 2026 (penyertaan ...
12/05/2026

Hebahan untuk penyertaan Pertandingan Bola Jaring Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Tawau 2026 (penyertaan dari daerah Tawau, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Kalabakan).

Kepada mana-mana pasukan yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut, bolehlah imbas kod QR di bawah.

Ayuhhh, sama-sama kita memeriahkan program tersebut.

Apa itu doping?
22/04/2026

Apa itu doping?


Apa itu doping?

Doping bukan sekadar mengambil bahan terlarang.
Ia merangkumi sebarang tindakan yang melanggar peraturan anti-doping.

Dalam sukan, satu pelanggaran sahaja sudah cukup untuk dianggap doping.

Fahami kenapa doping dilarang, apa yang termasuk dalam senarai terlarang, dan bagaimana kita semua berperanan dalam melindungi sukan bersih.

Sukan bersih bermula dengan pilihan kita.

09/12/2025

Terima kasih kepada PARA SUKARELAWAN terutama di Bahagian Tawau yang sentiasa memberi khidmat kepada masyarakat.

Sukarelawan tidak dibayar bukan kerana tidak berharga tapi mereka tidak ternilai harganya..

Teruskan berkhidmat dan menabur bakti serta jasa kepada masyarakat. Anda kebanggaan dan wira kami..

Address

Tingkat 4, Wisma Persekutuan Tawau
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089776680

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau:

Share