Penjara Tawau Official

Penjara Tawau Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penjara Tawau Official, Government Organization, Tawau.

Recap:Kursus Light Strike Force (LSF)Oleh : Unit Latihan (ULIN) Penjara Tawau kerjasama Unit Kawalan & Pencegahan (UKP)
06/05/2026

Recap:
Kursus Light Strike Force (LSF)
Oleh : Unit Latihan (ULIN) Penjara Tawau kerjasama Unit Kawalan & Pencegahan (UKP)

📌 KURSUS INTEGRITI & RASUAH PERINGKAT INSTITUSI PENJARA TAWAU, SABAH🗓️ Tarikh: 4 Mei 2026🏢 Anjuran: Unit Latihan Penjara...
05/05/2026

📌 KURSUS INTEGRITI & RASUAH PERINGKAT INSTITUSI PENJARA TAWAU, SABAH

🗓️ Tarikh: 4 Mei 2026
🏢 Anjuran: Unit Latihan Penjara Tawau
🎤 Penceramah: Puan Sosilahwati Binti Sino
Jawatan: Pegawai Siasatan Gred P6, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Cawangan Tawau

Kursus ini telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota Institusi Penjara Tawau mengenai kepentingan integriti dalam perkhidmatan awam, di samping memahami risiko serta implikasi perbuatan rasuah terhadap individu, organisasi dan negara.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan pelbagai aspek berkaitan integriti serta peranan penting setiap individu dalam membanteras budaya rasuah. Program ini secara keseluruhannya berjaya meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta untuk terus mengamalkan nilai integriti serta menjauhi sebarang bentuk rasuah dalam pelaksanaan tugas harian.

🤝 Bersama kita memperkukuh integriti, menolak rasuah.

Kursus Pengurusan Emosi & Stress - ULIN Penjara Tawau + Unit Psikologi Penjara Tawau29 April 2026 | RabuBertempat di Tam...
29/04/2026

Kursus Pengurusan Emosi & Stress - ULIN Penjara Tawau + Unit Psikologi Penjara Tawau

29 April 2026 | Rabu

Bertempat di Taman Bukit Tawau (TABLE), Sabah berlangsungnya program Kursus Pengurusan Emosi & Stress Peringkat Institusi Penjara Tawau. Program ini, memberi pendedahan tentang kepentingan kesihatan mental, komunikasi yang positif, serta membina semangat kerjasama antara peserta.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti hiking yang bertujuan untuk memberi ketenangan minda, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengurangkan tekanan melalui suasana alam semula jadi. Selain itu, aktiviti kerja dalam kumpulan turut dilaksanakan bagi memupuk semangat kerjasama, meningkatkan kemahiran komunikasi, serta mengeratkan hubungan antara peserta.

Dialog Bulanan April 202629 April 2026 | RabuBertempat di Dewan Wawasan, Taman Ehsan berlangsungnya majlis Dialog Bulana...
29/04/2026

Dialog Bulanan April 2026

29 April 2026 | Rabu

Bertempat di Dewan Wawasan, Taman Ehsan berlangsungnya majlis Dialog Bulanan bagi bulan April 2026 yang dipengerusikan oleh PKK Hasrul Anwar bin Hasim diiringi oleh TPP Walter Blasius, Ketua Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Penjara Tawau.

Dialog kalini membuat undian bagi perlantikan perwakilan MBJ dan perwakilan bagi POARF Jabatan Penjara Malaysia. Majlis diakhiri dengan sesi dialog dan cabutan bertuah

LAWATAN DELEGASI LEMBAGA PAROL 1 KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) KE INSTITUSI PENJARA TAWAU23 April 2026 | Khamis Lawatan...
23/04/2026

LAWATAN DELEGASI LEMBAGA PAROL 1 KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) KE INSTITUSI PENJARA TAWAU

23 April 2026 | Khamis
Lawatan ini telah diketuai oleh YA Tuan Ramzi bin Osman, dan ketibaan mereka telah disambut serta diiringi oleh YDH PKK Hasrul Anwar bin Hasim, Pengarah Penjara Tawau.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau secara lebih dekat pengurusan fasiliti serta program pemulihan Banduan fasa I,II dan III.

Pejabat Pengarah Penjara Sabah & WP. Labuan

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & SIJIL SERTA PEMAKAIAN PANGKAT KADET KOREKSIONAL SMK PASIR PUTIH TAWAU.20 APRIL 2026 | ISNINS...
20/04/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & SIJIL SERTA PEMAKAIAN PANGKAT KADET KOREKSIONAL SMK PASIR PUTIH TAWAU.

20 APRIL 2026 | ISNIN

SMK Pasir Putih, Tawau telah berjaya menganjurkan Majlis Penyerahan Hadiah Kemenangan & Sijil serta Pemakaian Pangkat Kadet Koreksional sempena perhimpunan pagi bertempat di Dewan SMK Pasir Putih, Tawau bermula jam 6.30 pagi hingga 8.00 pagi.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Anton bin Supu, Penolong Kanan Pentadbiran, dengan kehadiran Tuan Hj. Sarifudin Bin Dullah PK Kokurikulum, Puan Kalthum binti Rahmad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, semua guru & murid sesi pagi sekolah tersebut. Selain itu juga, seramai 03 orang Pegawai daripada Institusi Penjara Tawau dijemput hadir bersama-sama majlis berkenaan.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan “Sabah Tanah Airku” seterusnya penyampaian hadiah kepada ahli Kadet Koreksional SMK Pasir Putih yang berjaya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan pada program Perkhemahan Kadet Koreksional Peringkat Negeri Sabah & WP. Labuan yang berlangsung pada 09 - 12 April 2026 yang lepas.

Majlis diserikan lagi dengan upacara pemakaian pangkat beberapa ahli kadet yang telah terpilih atas komitmen, disiplin serta kepimpinan cemerlang dalam pasukan Kadet Koreksional sekolah iaitu 02 Sarjan Kadet dan 08 Koperal Kadet yang disempurnakan oleh TPP Walter Blasius bagi mewakilkan Pengarah Penjara Tawau.

Pihak Institusi Penjara Tawau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Pengetua SMK Pasir Putih Tuan Abd Aziz Rinching di atas kepimpinan berwibawa serta komitmen berterusan dalam memperkasakan pembangunan sahsiah murid dan aktiviti kokurikulum sekolah.

Majlis berlangsung dengan lancar mengikut tentatif yang ditetapkan dan dihadiri oleh barisan pentadbir sekolah, guru-guru, ahli Kadet Koreksional serta para pelajar. Penghargaan turut dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Kadet Koreksional yang berjaya menjadi Juara Keseluruhan dan yang telah menerima pemakaian pangkat. Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab serta menjadi contoh teladan kepada warga SMK Pasir Putih, Tawau.

Mesyuarat Agung Kelab Pegawai Rendah Institusi Penjara Tawau & Jamuan Hari Raya Aidilfitri 202615 April 2026 | RabuBerte...
15/04/2026

Mesyuarat Agung Kelab Pegawai Rendah Institusi Penjara Tawau & Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2026

15 April 2026 | Rabu

Bertempat di Hotel Emas Tawau berlangsungnya Mesyuarat Agung Kelab Pegawai Rendah Institusi Penjara Tawau & Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2026 yang dirasmikan oleh PP Philip Pangkat, Timbalan Pengarah Penjara Tawau.

Majlis ini bertujuan bagi perlantikan Ahli Jawatankuasa yang baharu dan menyuarakan pandangan, cadangan serta penambahbaikan berkaitan kebajikan dan kepentingan ahli serta membincangkan perancangan aktiviti dan hala tuju kelab untuk tahun berikutnya.

Majlis diteruskan dengan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai platform mengeratkan ukhuwah serta memupuk suasana harmoni dalam institusi. Penutupan majlis dengan sesi cabutan bertuah

15/04/2026
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH Diucapkan kepada YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Komisioner Jeneral Penjara...
14/04/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Diucapkan kepada YBhg. KJP Dato’ Sri Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Komisioner Jeneral Penjara dan YBhg. Datin Sri Hajah Rosnani Binti Mohamed, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia Atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Dimulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) Yang Membawa Gelaran “Dato’ Sri” Sempena Ulang Tahun Keputeraan Paduka Baginda Sultan Pahang Tahun 2026

Sesungguhnya pengurniaan ini merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan yang amat bermakna kepada Jabatan Penjara

Semoga pengurniaan ini terus menjadi inspirasi untuk berbakti dengan lebih cemerlang pada masa hadapan.

repost
kredit :


Adalah dimaklumkan bahawa talian 089714507 tidak dapat digunakan buat sementara waktu akibat masalah teknikal. Mohon tua...
13/04/2026

Adalah dimaklumkan bahawa talian 089714507 tidak dapat digunakan buat sementara waktu akibat masalah teknikal. Mohon tuan/puan menghubungi talian 089715535 atau 089715862 bagi sebarang urusan tempahan perjumpaan melalui Unit Perjumpaan atau sistem IVISIT atau Datang Terus ke Unit Perjumpaan Penjara Tawau

Masa:08:00 pagi-04:00 petang(Isnin-Khamis & Ahad)
08:00 pagi - 12:00 tengah hari (Sabtu)
Cuti (Jumaat) & Cuti Umum

PERKHEMAHAN PASUKAN KADET KOREKSIONAL PERINGKAT NEGERI SABAH & W.P. LABUAN TAHUN 2026| 09-12 April 2026 | Ahad |Bertempa...
13/04/2026

PERKHEMAHAN PASUKAN KADET KOREKSIONAL PERINGKAT NEGERI SABAH & W.P. LABUAN TAHUN 2026

| 09-12 April 2026 | Ahad |

Bertempat di Institusi Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau, Sabah, telah berlangsung Perkhemahan Pasukan Kadet Koreksional Peringkat Negeri Sabah dan W.P. Labuan Tahun 2026.

Majlis penutupan program tersebut telah disempurnakan oleh YDH TKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan diserikan lagi dengan kehadiran ketua-ketua institusi di Sabah & WP.Labuan sebagai tanda sokongan terhadap program yang berprestij ini.

Kontinjen daripada daerah Tawau sekali lagi melakar kejayaan cemerlang dan merangkul Gelaran Juara Keseluruhan bagi program ini. Berikut adalah kejayaan² yang telah diraih dalam setiap acara yang dipertandingkan:

SMK Pasir Putih Tawau
✅ Juara Pertandingan Explorasi Berhalangan
✅ Naib Johan Kawad Kaki Berpasukan
✅Naib Johan Pertandingan Zodiak
✅ Tempat Ke-3 Pertandingan Sentap
✅ Tempat Ke-3 Ketua Platun Terbaik
🏆 Johan Keseluruhan
(Kontinjen SMK Pasir Putih)

SMK Abaka Tawau
✅ Naib Johan Pertandingan Explorasi Berhalangan
✅ Tempat Ke-3 Pertandingan Kawad Kaki
✅ Tempat Ke-3 Pertandingan Tarian (Rampayan)
🏆 Tempat Ke-5 Keseluruhan
(SMK Abaka Tawau)

Tahniah diucapkan kepada Pegawai ULIN & Barisan Jurulatih Penjara Tawau, seluruh ahli kadet, barisan guru penasihat, di atas komitmen dan hasil membanggakan ini.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 🌙 Peringkat Institusi Penjara Tawau 10 April 2026 | JumaatTelah diadakan sambutan Hari Raya ...
10/04/2026

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 🌙 Peringkat Institusi Penjara Tawau

10 April 2026 | Jumaat
Telah diadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama pegawai dan anggota. Majlis berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah.

Pelbagai hidangan Hari Raya disediakan dan semua yang hadir turut sama menikmati jamuan dalam suasana penuh mesra. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja.

Address

Tawau
91008

Telephone

+6089715862

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penjara Tawau Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share