N57 UPPM Sri Tanjong

N57 UPPM Sri Tanjong N69 社区中心

07/07/2020

Cinta Mata: Sungai Tawau dinaiki air kira-kira jam 5.15 petang hari ini dan pengambilan sungai tersumbat teruk oleh serpihan yang diturunkan oleh sungai yang dilanda banjir. Ini ditambah dengan kekeruhan air mentah yang meningkat menyebabkan pengeluaran air lebih rendah. Pengeluaran air untuk hari ini akan terjejas.

TAWAU, 06HB JULAI 2020Majlis Perbandaran Tawau (MPT) pada pagi ini telah menjemput YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin, Pembant...
06/07/2020

TAWAU, 06HB JULAI 2020

Majlis Perbandaran Tawau (MPT) pada pagi ini telah menjemput YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N57 Sri Tanjong, untuk mempengerusikan "Majlis Penyerahan Bantuan ‘Menggapai Mesra’ Tabung Wabak COVID-19 Tawau (TWCT) 2020".

Seramai 80 orang penerima daripada golongan berpendapatan rendah serta golongan ibu tunggal telah menerima bantuan tersebut.

"Majlis Penyerahan Bantuan ‘Menggapai Mesra’ Tabung Wabak COVID-19 Tawau (TWCT) 2020" yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Tawau (MPT) ini telah diadakan di Dewan Sri Tawau, Jalan Sin On pada jam 9.00 pagi ini.

YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin ditemani oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat N57 Sri Tanjung, Koo Hung Eow, Pegawai Kemajuan Masyarakat N57 Sri Tanjong Woo Soon Fatt, Pemaju Mukim Chong Lee Chia dan Maharani, Ketua Masyarakat Cina Kan Kin Foh, Ketua Masyarakat Cina Chok Sui Tong, Ketua Masyarakat Cina Lok Oi Leng, Ketua Masyarakat Cina Chong Yuke Voon, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JKDB) Jalan Kuhara Chung Chok Fen, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Salina serta Pembantu Tadbir Len Huoy Ching dan Azlina daripada Unit Pemimpin Pentadbiran Pembangunan Masyarakat (UPPM) N57 Sri Tanjung.

TAWAU, 25hb Jun 2020YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri merangkap ADUN N57 Sri Tanjo...
25/06/2020

TAWAU, 25hb Jun 2020

YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri merangkap ADUN N57 Sri Tanjong menerima sumbangan beras daripada Syarikat TCT dan Kretam untuk untuk membantu golongan yang terkesan sepanjang tempoh wabak pandemik COVID19.

YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin mengucapkan rasa penghargaan dan terima kasih yang tulus beliau kepada pihak Datuk Tan Kar Leong dari Syarikat TCT dan pihak Datuk Freddy Lim dari Syarikat Kretam kerana telah menyumbangkan beras dan menyatakan bahawa bantuan bekalan makanan ini bukan sahaja menunjukkan sifat prihatin dan tanggungjawab yang dilakukan oleh kedua-dua syarikat ini, tetapi juga turut menunjukkan usaha dan kesungguhan mereka dalam menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin turut menyatakan bahawa beliau akan memastikan bahawa bantuan bekalan beras ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada golongan yang benar-benar memerlukan, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah atau miskin.

Beras yang disumbangkan oleh Syarikat TCT dan Syarikat Kretam diserahkan kepada Koo Hung Eow, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N57 Sri Tanjong dan ditemani oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat N57 Sri Tanjong Woo Soon Fatt sebagai wakil kepada pihak YB Datuk Jimmy Wong; dan operasi pengagihan akan diatur dalam masa terdekat kepada golongan memerlukan di kawasan Sri Tanjong.

本州首長署助理部長兼斯里丹絨州議員拿督黃仕平,成功號召TCT集團及Kretam公司捐獻白米,攜手扶助新冠肺炎疫情沖擊下的弱勢群體。

拿督黃仕平對TCT集團拿督Tan Kar Leong及Kretam公司拿督Freddy Lim慷慨捐獻白米的善舉,表示衷心感謝,並表示這批救濟糧食物資,不僅體現這兩家公司履行的社會企業責任和擔當,更是傳遞著全民眾志成城抗擊疫情的信心和決心。

黃仕平表示,他將會確保這批白米能夠讓真正需要的群體受惠,尤其是受到新冠肺炎疫情所影響的低收入或貧窮群體。

由TCT集團及Kretam公司所捐獻的白米,經於今早由斯里丹絨社區發展領袖許漢耀、發展官鄔順發代表拿督黃仕平接收;並且會在近期內安排分派行動,將這批白米派發給斯里丹絨區內的弱勢群體。

TAWAU, 23hb Jun 2020Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N57 Sri Tanjong, YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin menjawab permintaan ...
24/06/2020

TAWAU, 23hb Jun 2020

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N57 Sri Tanjong, YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin menjawab permintaan penjaja serta turut mengedarkan lebih daripada 3,000 keping topeng pelitup muka (mask) kepada penjaja di Pasar Tanjung.

YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin mengarahkan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N57 Sri Tanjong Koo Hung Eow semalam (23hb Jun 2020) bersama barisan kakitangan UPPM beliau iaitu Pegawai Kemajuan Masyarakat Woo Soon Fatt, Pemaju Mukim Sri Tanjung Chong Lee Chia dan Maharani, Ketua Masyarakat Cina (KMC) Sri Tanjong Kan Kin Foh, KMC Chok Sui Tong, KMC Chong Yuke Voon, serta Pembantu Tadbir Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sri Tanjung Len Huoy Ching untuk turun padang ke kawasan Pasar Tanjung Tawau dan mengedarkan lebih daripada 3,000 topeng pelitup muka (mask) kepada barisan penjaja di pasar tersebut.

YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin, yang juga merupakan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, mengatakan bahawa walaupun dalam keadaan semasa wabak pandemik COVID19 kini sudah semakin reda, namun itu tidak bermaksud bahawa perkara itu boleh dipandang remeh. Oleh itu, beliau meminta orang ramai agar tidak tidak lalai serta sentiasa peka dan waspada terhadap kesedaran tentang pencegahan wabak tersebut, terutamanya pada waktu ini dimana semua lapisan masyarakat sudah mula keluar seperti sedia kala serta urusniaga juga mula beroperasi seperti biasa, setiap orang mesti lebih berwaspada dan terus mematuhi langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak tersebut.

Meskipun begitu, YB Datuk Jimmy Wong turut menyatakan rasa senang hati beliau, kerana inisiatif penjaja di Pasar tersebut yang memintanya untuk mengagihkan topeng pelitup muka (mask) membuktikan bahawa mereka masih memiliki tahap waspada dan kesedaran yang tinggi terhadap bahaya wabak tersebut.

YB Datuk Jimmy Wong berharap agar langkah pengagihan topeng pelitup muka tersebut dapat melindungi kesihatan dan keselamatan penjaja di pasar sekaligus bagi mengawal pencegahan wabak dalam kalangan komuniti tersebut, tetapi juga untuk mengingatkan orang ramai untuk selalu berjaga-jaga agar tidak dijangkiti oleh virus wabak tersebut.

斯里丹絨州議員拿督黃仕平呼應市區大巴刹小販請求,免費派送超過3千片口罩予小販們防疫。

拿督黃仕平是於昨日(23日)指示斯里丹絨社區發展領袖許漢耀,帶領發展官鄔順發,兩位副發展官張立嘉、瑪哈拉妮,三位甲必丹簡靖俰、卓瑞堂、張育文,以及斯里丹絨社區發展領袖辦公室行政助理練慧卿,前往市區大巴刹總共分派了超過3千片一次性使用醫用口罩,給巴刹內所有的小販。

也是本州首長署助理部長的黃仕平表示,雖然當前的新冠肺炎疫情形勢有所緩和,但並不代表新冠病毒就從此消失。因此,他促請民眾不能因為疫情態勢轉好便放鬆防疫意識,尤其是在目前各行各業陸續復業的情形下,大家更加要有所警覺,繼續穩守疫情防控底線,提防疫情再度的爆發。

無論如何,拿督黃仕平感到非常的欣慰,因為巴刹小販主動向他請求派發口罩的舉止,已經證明了他們對疫情仍然保持高度警惕的態度。

黃仕平希望透過分派口罩的動作,能為巴刹小販的健康安全作出保護外,同時也能提醒民眾時刻做好防範措施,避免受到病毒的侵害。

Tawau, 19.06.2020 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N57 Sri Tanjung, YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin prihatin dengan bencan...
19/06/2020

Tawau, 19.06.2020

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N57 Sri Tanjung, YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin prihatin dengan bencana kebakaran yang terjadi baru-baru ini di Kampung Batu 2, Jalan Apas, Tawau dan bergegas ke lokasi bencana sebaik sahaja tiba di Tawau dari Kota Kinabalu petang tadi untuk memantau keadaan dan menghulurkan bantuan dan keperluan yang sewajarnya.

YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin yang juga merupakan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, menyatakan rasa simpati beliau yang mendalam terhadap mangsa-mangsa bencana yang ditimpa bencana kebakaran tersebut, terutamanya ketika kita masih lagi dalam fasa langkah-langkah pemulihan daripada ancaman wabak COVID-19.

Bagaimanapun, YB Datuk Jimmy Wong menyatakan bahawa beliau percaya pihak jabatan kerajaan yang berkenaan dan bertanggungjawab akan dapat menguruskan dan menangani kerja-kerja bantuan kepada mangsa-mangsa bencana dengan betul untuk membantu mangsa bencana dari sebarang kesulitan.

Pada masa yang sama, YB Datuk Jimmy Wong juga telah mengedarkan bantuan segera berupa makanan asas serta keperluan harian kepada mangsa-mangsa bencana di kawasan bencana, dengan harapan dapat membantu dan memenuhi keperluan mereka buat sementara waktu.

YB Datuk Jimmy Wong telah turun ke lokasi penempatan sementara mangsa-mangsa bencana kebakaran untuk menyampaikan ucapan takziah beliau kepada mangsa petang tadi serta ditemani oleh Timbalan Presiden majlis Perbandaran Tawau (MPT) Tuan Koh Kian Leong, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N57 Sri Tanjung Koo Hung Eow, Pegawai Kemajuan Masyarakat N57 Sri Tanjong Woo Soon Fatt, Pemaju Mukim N57 Sri Tanjong Lee Yung Chung, Ketua Masyarakat Cina Kan Kin Foh dan Chok Sui Tong serta Jawatankuasa Dalam Bandar (JKDB) Chok Yi Fen.

斯里丹絨州議員拿督黃仕平關切阿拔士2哩順都路火患災情,並於今午在亞庇飛抵斗湖後即刻趕往災場了解狀況,從而給予適當援助。

也是本州首長署助理部長的拿督黃仕平,就這場火患釀成的嚴重災情,對於受到影響的災黎們深感同情,尤其是當下受到新冠肺炎疫情的威脅之下,對已經被迫忍受痛失家園慘痛代價的災黎而言,在災後所須面對的沉重負擔,無疑是雪上加霜。

無論如何,黃仕平表示政府各相關部門,將會著手跟進和妥善處理災後接濟工作,以幫助災黎們走出困境。

與此同時,拿督黃仕平也在災場分派糧食及飲料給災黎們,希望能夠為他們暫解燃眉之急。

今午陪同拿督黃仕平前往災場慰問者,還有斗湖市議會副主席許進良、斯里丹絨社區發展領袖許漢耀、發展官鄔順發、副發展官李永聰、甲必丹簡靖俰以及甲必丹卓瑞堂等人。

TAWAU, 18.06.2020: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N57 Sri Tanjung, YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin menghulurkan bantuan ...
18/06/2020

TAWAU, 18.06.2020:

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N57 Sri Tanjung, YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Batu 2, Lorong Haji Sundu bagi meringankan beban mereka.

YB Datuk Jimmy Wong Sze Phin yang juga merupakan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri telah mengarahkan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N57 Sri Tanjung Koo Hung Eow, bersama dengan Pegawai Kemajuan Masyarakat N57 Sri Tanjong Woo Soon Fatt serta Pemaju Mukim N57 Sri Tanjong Lee Yung Chung, untuk mengunjungi lokasi bencana serta mengenal pasti dan memantau keperluan terhadap mangsa-mangsa bencana kebakaran.

PPM Koo Hung Eow mewakili YB Datuk Jimmy Wong ke tempat kejadian dan menyumbangkan bantuan yang diserahkan kepada Pegawai Kebajikan Tawau, yang turut disaksikan oleh Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), YBhg Datuk Haji Amrullah. Bantuan ini akan diedarkan oleh pihak Pegawai Kebajikan kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Koo Hung Eow mengatakan bahawa ADUN N57 Datuk Jimmy Wong menyumbangkan bantuan berupa bahan makanan asas, kelambu, topeng pelitup muka (mask) dan pembersih tangan pembasmi kuman kepada mangsa bencana. Sumbangan bantuan oleh pihak Datuk Jimmy Wong tersebut diharapkan agar sedikit sebanyak dapat membantu memenuhi keperluan segera mangsa-mangsa kebakaran buat sementara waktu.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Kampung Batu 2, Lorong Haji Sundu, Jalan Apas, Tawau telah mengalami kebakaran serius kira-kira jam 12:20 tengahari semalam (17.06.2020). Kebakaran itu memusnahkan sekurang-kurangnya 20 buah rumah, dan semua mangsa kebakaran ditempatkan di dewan serbaguna berhampiran masjid sebagai penempatan sementara.

斯里丹絨州議員拿督黃仕平向順都路火患災黎施予援手,捐助救濟物資暫解燃眉之急。

也是本州首長署助理部長的拿督黃仕平,是於今早指示斯里丹絨社區發展領袖許漢耀,聯袂發展官鄔順發、副發展官李永聰,一同前往災場慰問災黎和了解狀況。

許漢耀也在現場代表拿督黃仕平,將捐助的救濟物資移交予斗湖福利局官員,並由斗湖市議會主席拿督安魯拉主持見證。這批救濟物資將會由福利局悉數分配給有需要的火患災黎。

許漢耀指出,黃仕平州議員主要向災黎們捐助日常糧食、蚊帳、口罩和消毒洗手液。這也是黃仕平對災黎們獻出的一份關懷,希望能夠幫助他們暫解燃眉之急。

位於阿拔士路2哩的順都路,昨天(17日)中午約12時20分發生一場嚴重火災。這場大火至少焚毀20間民房,所有流離失所的災黎們,目前暫時被安頓在當地靠近回教堂旁的綜合禮堂。

12/06/2020



Pengumuman Pembukaan Semula Operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara mulai 15 Jun 2020.

Sumber - Kementerian Kewangan Malaysia

(斗湖10日訊)N57斯里丹絨社區發展領袖單位宣告今日起恢復運作,並促請所有欲上門辦理事務的民眾,全面配合和遵守該服務單位指定的標準作業程序。 斯里丹絨社區發展領袖許漢耀表示,該服務單位從今日開始恢復運作,民眾可以如常在每個星期一至星期五(...
10/06/2020

(斗湖10日訊)N57斯里丹絨社區發展領袖單位宣告今日起恢復運作,並促請所有欲上門辦理事務的民眾,全面配合和遵守該服務單位指定的標準作業程序。

斯里丹絨社區發展領袖許漢耀表示,該服務單位從今日開始恢復運作,民眾可以如常在每個星期一至星期五(除了假日外),每天早上8時至下午5時,前來位於張天文路1 Arena商業中心的辦公室辦理事務。

然而,為了預防新冠肺炎病毒的傳播,該服務單位將會限制兩人輪流進入辦公室內辦理事務。所有前來的民眾必須經過體溫檢測和登記身份,而且必須佩戴口罩。

許漢耀希望所有民眾可以配合和遵守該服務單位指定的標準作業程序,以減低病毒傳播的幾率,從而保障斯里丹絨社區發展領袖單位職員和民眾的健康安全。

圖文:斯里丹絨社區發展領袖許漢耀。

(TAWAU-10.06.2020) Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N57 Sri Tanjung memaklumkan bahawa pejabat akan beroperasi semula seperti biasa bermula pada hari ini (10hb Jun 2020, Rabu), dan memaklumkan kepada orang awam yang mempunyai sebarang urusan ke pejabat tersebut adalah ditegaskan untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang telah ditetapkan.

Koo Hung Eow, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N57 Sri Tanjung menyatakan bahawa unit perkhidmatan akan beroperasi semula hari ini, dan orang ramai boleh datang ke pejabat yang terletak di Jalan Chong Thien Vun (Pusat Komersil BDC, 1 Arena) yang dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum) untuk membuat sebarang urusan.

Justeru itu, untuk mengelakkan penyebaran wabak COVID19, unit tersebut akan mengehadkan kepada dua(2) orang sahaja dalam setiap masa untuk memasuki pejabat secara bergilir-gilir untuk berurusan. Orang awam yang datang berurusan harus membuat pemeriksaan suhu dan perlu mendaftarkan identiti mereka serta memakai pelitup muka (mask).

Koo Hung Eow berharap agar semua orang dapat bekerjasama dan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan untuk mengekang sebarang penularan virus COVID19 serta bagi menjamin kesihatan dan keselamatan staf dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N57 Sri Tanjong serta orang awam.

Foto: Koo Hung Eow, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N57 Sri Tanjung.

10/06/2020
02/06/2020

Address

TB2522, 1st Floor, Taman LCN, Jalan Sin On
Tawau
91000

Telephone

+60198832628

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when N57 UPPM Sri Tanjong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share