PemudaUmno Tawau

PemudaUmno Tawau Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.190 Tawau. Dikendalikan oleh Bahagian ICT & Media Penerangan Pemuda

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H/2022MAssalamualaikum wr. wbt.Pergerakan PemudaUmno Tawau dan Skuad Sabil Tawau ingin ...
29/04/2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H/2022M

Assalamualaikum wr. wbt.

Pergerakan PemudaUmno Tawau dan Skuad Sabil Tawau ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin & muslimat.

"Maaf zahir dan batin."


*Program "Jelajah Kami Prihatin Ramadan 2022" BIKS SEDCO Dengan Kerjasama Pemuda UMNO Tawau Bersama PPDJS Zon Tawau*Tawa...
21/04/2022

*Program "Jelajah Kami Prihatin Ramadan 2022" BIKS SEDCO Dengan Kerjasama Pemuda UMNO Tawau Bersama PPDJS Zon Tawau*

Tawau, 20 April - Pada hari ini telah berlangsung Program "Jelajah Kami Prihatin Ramadan 2022" Badan Islam Kump**an SEDCO (BIKS) dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.190 Tawau bersama Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah Sabah (PPDJS) Zon Tawau.

Demi menyempurnakan amanah dan mandat yang diberikan oleh YBhg. Tn. Ghazalie Hj. Ansing selaku Ketua UMNO Bahagian P.190 Tawau dalam Mesyuarat AJK Bahagian yang lepas, Pergerakan Pemuda UMNO Tawau mengambil inisiatif serampang dua mata dengan mengadakan program di dalam kawasan DUN N.69 Sri Tanjong.

Di atas keprihatinan YBhg. Tn. Ghazalie selaku Ketua Bahagian, inilah kali pertama UMNO Tawau berjaya memecahkan tradisi dengan menyantuni masyarakat setempat di Kawasan DUN Sri Tanjong yang merupakan DUN dengan bilangan pengundi teramai dalam Parlimen P.190 Tawau selain pernah menjadi kerusi Parlimen milik Barisan Nasional sebelum ini.

Program berkonsepkan CSR sempena bulan Ramadhan yang mulia ini berjaya memberi kesan yang mendalam kepada penduduk sekitar khususnya ahli kariah Masjid Nuruttaqwa yang terletak di kawasan Kampung Saddani, Batu 2 Jalan Apas.

Setelah sekian lama tersisih daripada mendapat perhatian ekoran berada dalam kawasan DUN pembangkang, akhirnya mereka turut mengecapi nikmat seperti masyarakat di kawasan DUN Balung dan juga DUN Apas.

Program berkenaan telah dihadiri oleh Tn. Mohd Zaki Harry Susanto yang mewakili YBhg. Tn. Ghazalie Hj. Ansing selaku Ketua Bahagian. Pergerakan Pemuda UMNO Tawau diketuai oleh Tn. Erwan Palette manakala PPDJS Zon Tawau diketuai oleh Tn. Johan.

Majlis yang diadakan secara ringkas tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Tn. Haizar Razif Hisyam Ajaz Nabijan selaku Pengurus Besar Kump**an SEDCO. Pada majlis berkenaan, Pihak SEDCO telah menyampaikan sumbangan wang tunai bernilai RM1,000.

Manakala anak syarikat Kump**an SEDCO iaitu Nippon Paint (Sabah) Sdn. Bhd. dan SEDCO Travel & Tours Sdn. Bhd. masing-masing menyumbangkan aneka jenis cat serta bingkisan buah Kurma Ajwa dari Tanah Suci.

Selain itu, Badan Islam Kump**an SEDCO (BIKS) menyampaikan sumbangan set kain kafan bersama kelengkapan pengurusan jenazah lelaki & wanita.

Pergerakan Pemuda UMNO Tawau turut sama menyampaikan sumbangan Mashaf Al-Quran untuk kegunaan jemaah masjid. PPDJS Zon Tawau p**a menyumbangkan set peralatan untuk mengecat masjid.

Kesemua sumbangan berkenaan telah diterima oleh Imam Masjid yang mewakili Ahli Jawatankuasa dan juga ahli kariah Masjid Nuruttaqwa. Selepas majlis penyerahan, YBhg. Tn. Haizar Razif Hisyam bersama wakil setiap organisasi yang hadir telah turun tangan untuk mengecat sendiri sebahagian daripada dinding masjid sebagai simbolik perasmian.

Pergerakan Pemuda UMNO Tawau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala bantuan yang telah diberikan untuk menjayakan program ini khususnya pihak Masjid Nuruttaqwa, Kump**an SEDCO, PPDJS Zon Tawau, RTM Tawau dan juga orang perseorangan yang telah memberikan kerjasama sama ada secara langsung ataupun tidak.

Adalah diharapkan agar sumbangan ikhlas yang telah disampaikan ini dapat memberi manfaat kepada penerimanya. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita. In Shaa Allah.


Salam Israk Mikraj 1443HMaha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram ...
01/03/2022

Salam Israk Mikraj 1443H

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan & kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

(Al Isra’ , Ayat 1)


Gōng Xǐ Fā Cái - Selamat Menyambut Tahun Baru CinaPergerakan PemudaUmno Tawau bersama Skuad Sabil Tawau ingin mengucapka...
31/01/2022

Gōng Xǐ Fā Cái - Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Pergerakan PemudaUmno Tawau bersama Skuad Sabil Tawau ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina 2022 kepada rakan-rakan berbangsa Tionghua yang meraikannya.


Selamat Menyambut Tahun Baharu 2022
31/12/2021

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2022

Selamat Menyambut Hari Natal & Tahun Baharu 2022Pergerakan PemudaUmno Tawau bersama Skuad Sabil Tawau ingin mengucapkan ...
23/12/2021

Selamat Menyambut Hari Natal & Tahun Baharu 2022

Pergerakan PemudaUmno Tawau bersama Skuad Sabil Tawau ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada mereka yang merayakannya.

Turut diucapkan selamat menyambut tahun baharu 2022 yang bakal tiba tidak lama lagi.


Salam Maulidur Rasul 1443Hاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍAllahumma salli `ala muhammadin wa`ala a...
18/10/2021

Salam Maulidur Rasul 1443H

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad

(Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.)

Assalamualaikum wr. wbt.

Pergerakan PemudaUmno Tawau bersama Skuad Sabil Tawau ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1443H.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W : "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku".

Hadis Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban.


Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahirud...
03/10/2021

Dirgahayu Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah ke-68.


Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-58Assalamualaikum wr. wbt.Pergerakan PemudaUmno Tawau dan Skuad Sabil Tawau ingin men...
15/09/2021

Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-58

Assalamualaikum wr. wbt.

Pergerakan PemudaUmno Tawau dan Skuad Sabil Tawau ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia Yang Ke-58 Tahun pada 16 September 2021.

"Malaysia Prihatin"


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-64Assalamualaikum wr. wbt.Pergerakan PemudaUmno Tawau dan Skuad Sabil Tawau ingin m...
30/08/2021

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-64

Assalamualaikum wr. wbt.

Pergerakan PemudaUmno Tawau dan Skuad Sabil Tawau ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-64 Tahun pada 31 Ogos 2021.

Marilah kita kibarkan Jalur Gemilang di lokasi masing-masing sebagai tanda soladiriti bagi menyemarakkan semangat kebersamaan kita semua memerangi pandemik Covid-19.

"Malaysia Prihatin"


26/08/2021

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PENUBUHAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG KE-72.

Semoga kita terus beristiqamah dalam perjuangan demi agama, bangsa dan tahahair yang tercinta ini.
______

KETUA-KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO

Tun Hussein Onn (1949 – 1951)
Tun Abdul Razak (1951)
Tun Sardon Jubir (1951 – 1964)
Datuk Senu Abdul Rahman (1964 – 1971)
Datuk Harun Idris (1971 – 1976)
Tan Sri Syed Jaafar Albar (1976 – 1977)
Datuk Hj. Suhaimi Kamaruddin (1977 – 1982)
Datuk Seri Anwar Ibrahim (1982 – 1987)
Datuk Seri Najib Razak (1987 – 1993)
Tan Seri Rahim Tamby Chik (1993 – 1994)
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (1996 – 1998)
Datuk Seri Hishamuddin Hussein (1999 – 2008)
Khairy Jamaluddin (2008 – 2018)
Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki (2018 – Kini)
_______

26/08/2021

Address

TB 15003, Lot 2795, Blok G4, Fasa 2A, Lorong Bandar Sri Indah 10, Bandar Sri Indah, Batu 10, Jalan Apas
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60197177151

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PemudaUmno Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PemudaUmno Tawau:

Share