Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Daerah Tawau

Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Daerah Tawau Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak PPKK Daerah Tawau adalah sebuah badan sosial yang diwujudkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Tawau.

Memberi fokus terhadap aktiviti kebajikan sosial termasuk kes-kes penderaan, penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak.

Selamat Menyambut Hari Pekerja
01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja

Gambar-gambar sekitar Majlis Sambutan Hari Raya PPKK Tawau 2026...Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah s.w.t  walaupun m...
21/04/2026

Gambar-gambar sekitar Majlis Sambutan Hari Raya PPKK Tawau 2026...

Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah s.w.t walaupun majlis berlangsung sederhana dan santai tapi tetap meriah dengan kehadiran tetamu-tetamu undangan kami yang begitu 'sporting'.

Terima kasih atas ruang masa dan waktu yang diberikan untuk hadir ke majlis kami. PPKK amat menghargainya:-

1. Datuk Haji Kamil DSP Kasim, Pengerusi Badan Wakaf Tawau
2. Haji Yahya OKK Zainal, Pengerusi USIA Tawau
3. Puan Sarina Haji Musa, Pegawai Kebajikan Masyarakat, PKM Tawau
4. Puan Mas Al-Qurnia Munis, PKM Tawau
5. Ahli-ahli PPKK & PKKK
6. Para sukarelawan & jemputan-jemputan kami

Mohon maaf untuk segala kekurangan layanan mahupun makanan. Kalau ada rezeki, kita berjumpa lagi di lain acara p**a...

19 April 2026
Ahad
Wisma Bumi

Santai gotong-royong persiapan sambutan Hari Raya PPKK 2026 bersama para sukarelawan di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK...
19/04/2026

Santai gotong-royong persiapan sambutan Hari Raya PPKK 2026 bersama para sukarelawan di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Daerah Tawau.

Terima kasih kerana sudi menyumbang tenaga dan masa ya...

Nanti kita berkumpul lagi untuk aktiviti-aktiviti lain p**a.

18 April 2026
Sabtu
Wisma Bumi

Alhamdullilah hari ini, kami mengadakan Mesyuarat Bil. 2/2026 bagi membincangkan operasi PPKK Tawau, seterusnya program-...
04/04/2026

Alhamdullilah hari ini, kami mengadakan Mesyuarat Bil. 2/2026 bagi membincangkan operasi PPKK Tawau, seterusnya program-program berimpak tinggi untuk kanak-kanak Tawau dan Kalabakan.

Syukur ke hadrat Allah s.w.t PAKK Tawau satu-satunya yang terpilih untuk melaksanakan Projek Rintis sebagai hub perkhidmatan kanak-kanak di Sabah.

Antara objektifnya adalah untuk memperkukuhkan fungsi PAKK sebagai pusat rujukan dan perkhidmatan kanak-kanak yang menyediakan sokongan sosial, aktiviti pembangunan serta pelindungan kepada kanak-kanak di peringkat komuniti.

Ini termasuklah, melaksanakan Projek Rintis program pembangunan kanak-kanak yang memberikan penekanan kepada aspek pendidikan dan advokasi.

Sebagai permulaan, kami akan mengadakan pertemuan dengan sukarelawan PPKK Tawau terdiri daripada kanak-kanak/remaja menerusi satu majlis santai sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam masa terdekat ini.

Mohon doanya orang-orang Tawau, semoga Projek Rintis ini mampu dilaksanakan dengan jayanya dengan izinNya jua.

04 April 2026
Sabtu
Wisma Bumi, Tawau

Selamat Menyambut Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir & Batin  ๐Ÿ™๐Ÿ™Dari Kami Pasukan Pelindung kanak-kanak Daerah Tawau
21/03/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin ๐Ÿ™๐Ÿ™
Dari Kami Pasukan Pelindung kanak-kanak Daerah Tawau

Syukur alhamdulillah majlis iftar Ahli PPKK Tawau sempena bulan suci tahun ini, lebih istimewa kerana kami turut meraika...
08/03/2026

Syukur alhamdulillah majlis iftar Ahli PPKK Tawau sempena bulan suci tahun ini, lebih istimewa kerana kami turut meraikan sukarelawan PPKK yang baharu menjadi sebahagian daripada keluarga pasukan.

Kami juga sempat menjalankan games 'rebut hadiah' untuk 'happy-happy' kasi hilang penat.

Terima kasih semuanya kerana sudi hadir menyambut jemputan kami meskipun hujan lebat di bandar sebelum waktu berbuka.

Semoga puasa dan amal ibadah kita semua diberkahi Allah s.w.t di hari baik, di bulan baik ini.

8 Mac 2026
Sabtu
Bandar Tawau

25/02/2026Mewakili Pasukan Pelindung Kanak2 Daerah Tawau dalam Program "Kasih Ku Ramadhan Bersama Asnaf"
08/03/2026

25/02/2026
Mewakili Pasukan Pelindung Kanak2 Daerah Tawau dalam Program "Kasih Ku Ramadhan Bersama Asnaf"

16/02/2026

๐๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ง๐  ๐‡๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง, ๐๐ž๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐  ๐Œ๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ž๐ฉ๐š๐ง

Setiap kanak-kanak berhak untuk hidup dalam persekitaran yang selamat, dilindungi dan disayangi. ๐๐ž๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐  ๐Š๐š๐ง๐š๐ค-๐Š๐š๐ง๐š๐ค memainkan peranan penting dalam memastikan hak, kebajikan serta keselamatan mereka sentiasa terpelihara.

Antara peranan utama termasuk:
โœ”๏ธ Melindungi dan menyelamatkan kanak-kanak daripada risiko penderaan, pengabaian atau eksploitasi
โœ”๏ธ Membantu proses pemulihan fizikal dan emosi
โœ”๏ธ Menyediakan laporan serta hadir ke mahkamah bagi memastikan keadilan ditegakkan
โœ”๏ธ Menyelia Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak
โœ”๏ธ Melaksanakan aktiviti pencegahan, advokasi dan program intervensi pembangunan

Usaha ini bukan sekadar tanggungjawab individu, tetapi komitmen bersama demi memastikan setiap anak Malaysia membesar dengan selamat, bermaruah dan penuh potensi.

Lindungi mereka hari ini, demi masa depan yang lebih baik esok.

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying ๆž—ๆ…ง่‹ฑ
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia








16/02/2026
Kami juga turun tangan.... TAHNIAH ahli-ahli PPKK Tawau dan sukarelawan PPKK Tawau kerana berjaya menyahut cabaran menja...
15/02/2026

Kami juga turun tangan....

TAHNIAH ahli-ahli PPKK Tawau dan sukarelawan PPKK Tawau kerana berjaya menyahut cabaran menjadi sebahagian daripada 40 agensi/ NGO yang menyertai Gotong - Royong Perdana Kukusan 4.0 di Tanah Perkuburan Islamiah Jalan Utara seawal jam 6 pagi tadi.

Program murni bersempena kedatangan bulan Ramadan ini, dirasmikan Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Rina Jainal yang juga ADUN N. 70 Kukusan, dan disertai lebih 500 sukarelawan.

Semoga sumbangan tenaga dari tangan-tangan ikhlas ini diredhai Allah s.w.t hendakNya.

Terima kasih sukarelawan PPKK Tawau. Kamu awesome sekali!!!

15 Februari 2026 / AHAD
Dewan Terbuka SR Islamiah Tawau

Alhamdulillah PPKK Daerah Tawau berjaya mengadakan Mesyuarat Bil. 1/2026 iaitu mesyuarat sulung bagi tahun ini, dipenger...
15/02/2026

Alhamdulillah PPKK Daerah Tawau berjaya mengadakan Mesyuarat Bil. 1/2026 iaitu mesyuarat sulung bagi tahun ini, dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Dullah, baru-baru ini.

Antara intipati utama perbincangan adalah seperti berikut:-

1. Cadangan pelaksanaan dua program penting iaitu Kempen Kesedaran Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Jenayah Seksual pada April 2026 dan Kempen Kesedaran Kesihatan Mental & Jenayah Buli di Kalangan Kanak-Kanak Sekolah pada Jun 2026.

2. Cadangan mengadakan pertandingan mewarna, membaca dan indoor games setiap bulan di premis PAKK Tawau.

3. Penyertaan/ bekerjsama aktif dengan agensi/badan-badan NGO lain untuk mengadakan aktiviti bermanfaat bagi mengisi tangki emosi dan fizikal ke arah hidup lebih positif dalam kalangan golongan sasar kami menerusi program gotong-royong dan sebagainya.

Dengan izin Allah s.w.t, semoga tahun 2026 menjadi detik paling bermakna dan lebih banyak catatan kejayaan untuk kita semua, khasnya PPKK Tawau.

6 Februari 2026/ JUMAAT
Wisma Bumi

Address

Tawau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Daerah Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Daerah Tawau:

Share