20/02/2024
*Syarikat kicap didenda RM10,000, kali kedua gagal panggil balik produk*
_Abdul Rahemang Taiming_
[email protected]_
SYARIKAT Haribah Industries Sdn Bhd diwakili ahli lembaga pengarah (memakai pelitup muka) didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Tawau, selepas didapati melakukan kesalahan kali kedua atas pertuduhan gagal memanggil balik produk Ogos lalu
Tawau: Syarikat pengeluar kicap, sos, perasa makanan dan pembungkusan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas didapati melakukan kesalahan kali kedua atas pertuduhan gagal memanggil balik produk (Notice of Recall) Ogos lalu.
Majistret Don Stiwin Malanjum memutuskan hukuman itu selepas Syarikat Haribah Industries Sdn Bhd yang diwakili seorang ahli lembaga pengarah mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Pada 29 Disember tahun lalu itu, syarikat berkenaan diperintah membayar denda RM5,500 selepas didapati gagal mematuhi arahan memanggil balik produk di bawah Akta Makanan 1983 seperti yang termaktub di dalam Seksyen 13C(1) Akta Makanan 1983.
Pada prosiding hari ini, syarikat pembekal yang beroperasi di Bandar Sri Indah didakwa dengan pertuduhan sama mengikut Seksyen 13C(1) Akta Makanan 1983 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13C (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
_FOTO Abdul Rahemang Taiming_
https://www.facebook.com/share/p/LrzenMAos2ByR7Fu/?mibextid=oFDknk
Tawau: Syarikat pengeluar kicap, sos, perasa makanan dan pembungkusan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas didapati melakukan kesalahan kali kedua atas pertuduhan gagal memanggil balik produk (Notice of Recall) Ogos lalu.