KrediT Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Depot Imigresen Tawau

KrediT Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Depot Imigresen Tawau Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KrediT Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Depot Imigresen Tawau, Government Organization, DEPOT IMIGRESEN TAWAU, Tawau.

KONVOI JELAJAH RAMADHAN DEPOT IMIGRESEN TAWAU 2025
26/03/2025

KONVOI JELAJAH RAMADHAN DEPOT IMIGRESEN TAWAU 2025

26/03/2025

KONVOI JELAJAH RAMADAN DEPOT IMIGRESEN TAWAU 2025

TAWAU, 15 Mac 2025 - Depot Imigresen Tawau (DIT) mencipta kelainan bagi menyemarakkan semangat Ramadan dengan mengadakan konvoi bermotosikal dalam menjayakan Program Jelajah Ramadan DIT 2025 baru-baru ini.

Konvoi disertai seramai 20 pegawai dan kakitangan itu diiringi sebuah van, bergerak dari DIT ke lokasi pertama di Tanjung Batu Laut Tawau dan menyerahkan barangan keperluan makanan serta juadah berbuka kepada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Irsyadul Musthofa.

Pasukan konvoi seterusnya berkunjung ke Kampung Jawa menziarahi seorang pegawai DIT, PI Awang Mahali yang mengalami masalah kesihatan dan menyampaikan sedikit sumbangan kewangan bagi meringankan beban perbelanjaan menjelang aidilfitri.

Jelajah diakhiri dengan mengagihkan barangan keperluan harian dan duit raya kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Ar Raudhah, Batu 4 Jalan Apas, Tawau.

Semua sumbangan adalah daripada Kelab Kebajikan dan Rekreasi Depot Imigresen Tawau dan telah disampaikan oleh Komandan DIT, PPI Ash Rizal Abdul Rahman yang mengetuai jelajah.

Perkongsian rezeki ini diharap dapat memberi sedikit kegembiraan kepada semua penerima bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

PROGRAM PENYEDIAAN BUBUR LAMBUK DEPOT IMIGRESEN TAWAU 2025
26/03/2025

PROGRAM PENYEDIAAN BUBUR LAMBUK DEPOT IMIGRESEN TAWAU 2025

SESI FOTOGRAFI HARI RAYA AIDILFITRI DEPOT IMIGRESEN TAWAU 2025
25/03/2025

SESI FOTOGRAFI HARI RAYA AIDILFITRI DEPOT IMIGRESEN TAWAU 2025

24/03/2025

DEPOT IMIGRESEN TAWAU SEMARAKKAN PERTANDINGAN VIDEO HARI RAYA JIM SABAH 2025

TAWAU, 12 Mac 2025 - Bagi menyemarakkan sambutan Aidilfitri 1446H, Depot Imigresen Tawau (DIT) tidak ketinggalan menyertai Pertandingan Video Hari Raya 2025 anjuran Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah yang diadakan dalam talian baru-baru ini.

Sesi rakaman video dan fotografi yang bertemakan futuristik disertai oleh semua pegawai DIT dari setiap unit iaitu, Unit pentabiran & kewangan, Unit Rekod & Pemindahan, Unit Rawatan & Kesihatan, Unit Kawalan & Keselamatan dan Unit Pengurusan Krisis.

Photobooth yang dilengkapi dekorasi hari raya bertempat di Bilik Mesyuarat DIT, dibiayai sepenuhnya oleh Kelab Kebajikan & Rekreasi Depot Imigresen Tawau yang dipengerusikan TPPI Mazlan Makmur.

Komandan DIT, PPI Ash Rizal Abdul Rahman yang turut serta dalam sesi rakaman ini menyifatkan pertandingan sebegini bukan sahaja memupuk daya kreativiti setiap pegawai, malah merapatkan lagi hubungan silaturahim.

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG KINABALU DEPOT IMIGRESEN TAWAU 2025TAWAU, 20 Februari 2025 - Sepasukan 14 pegawai imigresen dar...
20/02/2025

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG KINABALU DEPOT IMIGRESEN TAWAU 2025

TAWAU, 20 Februari 2025 - Sepasukan 14 pegawai imigresen dari Depot Imigresen Tawau (DIT) dan Pelabuhan Tawau melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini.

Pendakian yang bermula 17 Februari 2025 dan berakhir 18 Februari 2025 itu adalah anjuran sulung Biro Sukan Kelab Kebajikan dan Rekreasi DIT, disertai sembilan pegawai lelaki dan lima pegawai wanita, dan diketuai PI (TBK) Muhammad Zahrin bin Arnan dari unit Pasukan Kawalan Khas (PKK).

Keadaan hujan, laluan licin, cuaca sejuk dan berkabus semasa pendakian antara cabaran yang ditempuhi oleh para peserta namun tidak menghalang mereka untuk terus menakluk Low's Peak.

Selain berpeluang menyaksikan dan menghayati keunikan biodiversiti serta landskap gunung tertinggi di Asia Tenggara itu, ekspedisi ini turut menjadi pencapaian peribadi setiap peserta sekali gus mencabar keberanian dan kecergasan diri masing-masing.

Ekspedisi ini juga adalah simbolik kepada kerja hakiki seorang pegawai imigresen yang sentiasa berdepan cabaran semasa bertugas dengan menitikberatkan ciri-ciri keselamatan, kerjasama dan semangat berpasukan.

Komandan DIT, PPI Ash Rizal Abdul Rahman dan Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi DIT, TPPI Mazlan Makmur menyifatkan ekspedisi pendakian ini sebagai suatu pencapaian yang membanggakan selain menyokong penuh program berkenaan dan berharap akan lebih ramai lagi pegawai menyertainya pada penganjuran siri akan datang.

KEJOHANAN BOLA TAMPAR PIALA KOMANDAN DEPOT IMIGRESEN TAWAU 2024Tarikh    : 26 Oktober 2024 / SabtuMasa     :  7.00 pagi ...
26/10/2024

KEJOHANAN BOLA TAMPAR PIALA KOMANDAN DEPOT IMIGRESEN TAWAU 2024

Tarikh : 26 Oktober 2024 / Sabtu
Masa : 7.00 pagi - 01.00 petang
Tempat : Kompleks Sukan Tawau, Sabah

TAWAU, 26 Oktober 2024 - Cuaca panas antara cabaran bagi 60 orang pegawai dan staf Depot Imigresen Tawau (DIT) dalam menjayakan Kejohanan Bola Tampar Depot Imigresen Tawau 2024 yang berlangsung di sini, hari ini.

TPPI Mohammad Najit Zakariah selaku ketua Biro Sukan, Kelab Kebajikan dan Rekreasi DIT menjelaskan, antara objektif penganjuran acara ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dan kerjasama di kalangan pegawai selain memupuk semangat kesukanan serta gaya hidup sihat.

Pada masa sama, Pengerusi kelab TPPI Mazlan Makmur sentiasa menyokong penganjuran acara sukan dan program yang bermanfaat serta menggalakkan setiap biro mengadakan apa sahaja jenis aktiviti dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Komandan DIT, PPI Ash Rizal Abdul Rahman dalam ucapan perasmiannya berkata, beliau sangat berpuas hati dengan penglibatan, komitmen semua pegawai dan urus setia kelab yang sentiasa aktif dalam menjayakan penganjuran kejohanan kali ini.

Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.

Biro Sukan
Kelab Kebajikan dan Rekreasi
Depot Imigresen Tawau

PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP DEPOT IMIGRESEN TAWAU 2024Tarikh    : 11 Oktober 2024 / JumaatMasa     :  2.00 petang - ...
13/10/2024

PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP DEPOT IMIGRESEN TAWAU 2024

Tarikh : 11 Oktober 2024 / Jumaat
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Dewan Badminton, Siblings, Sin Onn Tawau

TAWAU, 11 Oktober 2024 - Warga Depot Imigresen Tawau (DIT) turut tidak ketinggalan menyertai Program Kesihatan dan Kecergasan Warga Imigresen Sabah sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2024 yang diadakan serentak seluruh negara.

Satu perlawanan badminton telah berlangsung di sini yang dianjurkan oleh Biro Sukan, Kelab Kebajikan dan Rekreasi DIT diketuai TPPI Mohammad Najit Zakariah. Pertandingan terbuka kepada lima kategori iaitu perseorangan lelaki dan perempuan, beregu lelaki dan perempuan serta beregu campuran.

Seramai 45 orang pegawai dan staf menyertai pertandingan ini yang mewakili setiap unit di DIT. Aktiviti sebegini bukan sahaja menggalakkan pembudayaan serta kegemilangan sukan, malah sebagai pengembangan bakat pegawai-pegawai seiring kerangka Malaysia MADANI Visi Sukan Negara (VSN 2030).

Perasmian serta penyampaian hadiah disempurnakan oleh Komandan DIT, PPI Ash Rizal Abdul Rahman. Pemenang setiap kategori masing-masing membawa pulang hamper sumbangan Kelab Kebajikan dan Rekreasi DIT.

Biro Sukan
Kelab Kebajikan dan Rekreasi
Depot Imigresen Tawau

MAJLIS LAMBAIAN KASIHTarikh    : 11 September 2024Masa     : 0900 PagiTempat : Depot Imigresen Tawau TAWAU - Satu Majlis...
12/09/2024

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

Tarikh : 11 September 2024
Masa : 0900 Pagi
Tempat : Depot Imigresen Tawau

TAWAU - Satu Majlis Lambaian Kasih sempena meraikan pertukaran Timbalan Komandan, Depot Imigresen Tawau (DIT), TPPK Budaiya binti Saming telah diadakan baru-baru ini.

Puan Budaiya telah berkhidmat di DIT semasa pentadbiran Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada tahun 2021 sebelum berpindah tugas ke Pejabat Imigresen Sandakan dan kembali ke DIT semula pada November 2023.

Beliau akan bertukar ke Pejabat Imigresen Tawau, di Wisma Persekutuan di sini, berkuatkuasa dalam masa terdekat.

Pada majlis sama, turut diraikan PI Aslan bin Asman yang akan bertukar ke Pejabat Imigresen Semporna.

Majlis disempurnakan komandan baharu Depot Imigresen Tawau, PPI Ash Rizal bin Abdul Rahman yang menyampaikan cenderamata kenangan kepada kedua-dua pegawai terlibat dengan harapan semoga lebih maju di tempat baharu.

Address

DEPOT IMIGRESEN TAWAU
Tawau
91008

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KrediT Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Depot Imigresen Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share