PD Kg Mentadak Baru Tawau Sabah

PD Kg Mentadak Baru Tawau Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PD Kg Mentadak Baru Tawau Sabah, Government Organization, Kg Mentadak Baru Pulau Sebatik, Tawau.

Dalam situasi yang tidak dijangka, perpaduan sering terserlah dalam bentuk yang paling sederhana, melalui tindakan spont...
07/05/2026

Dalam situasi yang tidak dijangka, perpaduan sering terserlah dalam bentuk yang paling sederhana, melalui tindakan spontan dan keikhlasan membantu.

Kisah ini menunjukkan bagaimana seorang individu yang tidak dikenali sanggup berhenti, membantu, dan memastikan sebuah keluarga selamat, tanpa mengira perbezaan.

Berbeza bangsa, namun nilai yang dikongsi tetap sama. Saling menjaga, saling membantu.

Inilah wajah sebenar perpaduan di Malaysia, apabila kebaikan menjadi bahasa bersama.

Kredit: (Threads)

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Sobri Daud
Haslina Abdul Hamid




Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan, Jom Baca 10 Minit & Dekad Membaca Kebangsaan Zon Utara 2026 akan disempurnak...
22/04/2026

Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan, Jom Baca 10 Minit & Dekad Membaca Kebangsaan Zon Utara 2026 akan disempurnakan oleh YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara pada 23 April 2026 bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Sambutan pada kali ini juga mencerminkan realiti masyarakat Malaysia yang majmuk dengan penerapan nilai Faham, Hormat, Terima dan Meraikan menuju keharmonian nasional.

Sambutan ini menjadi platform interaksi dan tapak integrasi untuk menyemarakkan semangat perpaduan serta memperluas pengetahuan terhadap kepelbagaian adat, budaya dan tradisi masyarakat Malaysia.

Moh kiter oghang Peghak, kiter jumpe kat Stadium Indera Mulia!

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Malaysia MADANI
Jabatan Penerangan Malaysia
Tourism Perak
VIRAL PERAK
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia





14/04/2026
🌺 13.04.2026 | ISNIN 🌺KUIZ  BERTEMA BULAN APRIL 2026Tema bulan ini menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat u...
13/04/2026

🌺 13.04.2026 | ISNIN 🌺
KUIZ BERTEMA BULAN APRIL 2026

Tema bulan ini menekankan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat untuk mencapai kesejahteraan fizikal dan mental yang holistik. Amalan seperti pemakanan seimbang, senaman teratur, tidur mencukupi, dan pengurusan stres adalah kunci mencegah penyakit kronik. Kesimpulannya, menjaga kesihatan diri adalah pelaburan jangka panjang yang memastikan kehidupan lebih berkualiti dan harmoni.

Perpustakaan Negara Malaysia



NOTIS PENUTUPAN PERKHIDMATAN
28/03/2026

NOTIS PENUTUPAN PERKHIDMATAN

26/03/2026
🌹🌹🌹AKTIVITI MAYA 🌹🌹🌹TARIKH : 18 / 03 / 2026 | RABUKUIZ BERTEMA : PERAYAAN
17/03/2026

🌹🌹🌹AKTIVITI MAYA 🌹🌹🌹

TARIKH : 18 / 03 / 2026 | RABU

KUIZ BERTEMA : PERAYAAN





Permohonan kemasukan ke Tabika Perpaduan bagi sesi tahun 2027 kini dibuka bermula 15 Mac 2026 sehingga 31 Ogos 2026 dan ...
17/03/2026

Permohonan kemasukan ke Tabika Perpaduan bagi sesi tahun 2027 kini dibuka bermula 15 Mac 2026 sehingga 31 Ogos 2026 dan boleh dibuat secara atas talian.

Syarat kemasukan ke Tabika Perpaduan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai Sijil Kelahiran dan MyKad, serta berumur empat (4) hingga enam (6) tahun. Keutamaan juga diberikan kepada pemohon yang tempat kediaman atau tempat kerja ibu bapa berada dalam lingkungan 10 kilometer dari lokasi Tabika Perpaduan.

Tabika Perpaduan diperkukuhkan melalui Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021–2030, iaitu inisiatif strategik Kementerian Perpaduan Negara bagi memberi suntikan dan nafas baharu kepada program pendidikan awal kanak-kanak di bawah kementerian. Pelan ini bertujuan memperkukuh peranan Tabika Perpaduan sebagai institusi yang bukan sahaja membangunkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh, malah membentuk generasi yang mempunyai semangat cintakan negara serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.




16/03/2026

KITA BERSAMA

Walaupun kita berbeza, tapi di sinilah rumah kita. Perpaduan itu bermula dari hati.

Malaysia bukan sekadar Negara
Kerana Malaysia... adalah rumah

Kita Lebih Kuat Bila Bersama ! 🇲🇾

Faham, Hormat, Terima dan Meraikan.





Address

Kg Mentadak Baru Pulau Sebatik
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PD Kg Mentadak Baru Tawau Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share