LKM Tawau & Madai

LKM Tawau & Madai Lembaga Koko Malaysia Tawau & Madai, Kunak

12.06.2026 | PPPK TawauSatu Mesyuarat Pelaksanaan Kursus Peluasan dan Peningkatan Hasil 2026 telah diadakan di Bilik Mes...
13/06/2026

12.06.2026 | PPPK Tawau

Satu Mesyuarat Pelaksanaan Kursus Peluasan dan Peningkatan Hasil 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Amelonado 1, PPPK Tawau. Mesyuarat ini telah membincangkan beberapa perkara penting dalam pelaksanaan program iaitu antaranya penyelarasan strategi, pembahagian tugasan, dan pemantapan modul demi memastikan objektif kursus tercapai sepenuhnya.

Semoga dedikasi dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua ahli yang hadir hari ini membuahkan hasil yang lumayan. Diharapkan juga pelaksanaan kursus ini akan berjalan dengan cemerlang dan berjaya menyebarkan manfaat yang luas khususnya kepada petani koko di Pantai Timur Sabah.



12.06.2026 | PPPK TawauMajlis Bacaan Yasin bertempat di Surau, Pusat Latihan PPPK Tawau yang dihadiri secara bersama ole...
13/06/2026

12.06.2026 | PPPK Tawau

Majlis Bacaan Yasin bertempat di Surau, Pusat Latihan PPPK Tawau yang dihadiri secara bersama oleh pegawai, kakitangan, serta seluruh pelajar industri PPPK Tawau bagi mengimarahkan suasana surau dengan pengisian rohani yang bermanfaat.

Program keagamaan seumpama ini diadakan bukan sahaja sebagai wadah untuk mendekatkan diri kepada Pencipta, malah menjadi platform terbaik dalam memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan lagi tali silaturahim antara warga kerja dan para pelajar.

Pihak pusat berharap agar momentum kebaikan daripada majlis ini dapat melahirkan warga kerja yang berdedikasi. Semoga PPPK Tawau terus dilindungi daripada sebarang kesulitan, sentiasa dipayungi keberkatan, dan terus memacu kecemerlangan sebagai sebuah pusat latihan yang terbaik.



11/06/2026
29/05/2026
22.05.2026 | PPPK TawauSatu majlis perpisahan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Amelonado 1, PPPK Tawau sebagai tanda pe...
24/05/2026

22.05.2026 | PPPK Tawau

Satu majlis perpisahan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Amelonado 1, PPPK Tawau sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada para pelajar latihan industri dari Politeknik Sandakan yang telah menamatkan sesi latihan industri sepanjang 5 bulan di pusat ini.

Pihak pusat amat menghargai segala komitmen dan sumbangan yang telah diberikan oleh para pelajar sepanjang berada di organisasi ini. Kehadiran mereka bukan sahaja membantu dalam urusan kerja harian, malah turut memberikan suasana yang positif dan ceria di tempat kerja. Terima kasih atas dedikasi dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang menjalani latihan industri.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya pada masa akan datang. Pihak pusat turut mendoakan agar semua pelajar terus berjaya dalam pengajian dan kerjaya serta sentiasa mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi. Selamat maju jaya dan semoga hubungan yang terjalin ini akan terus berkekalan.



“Menyemai Ilmu, Memetik Inovasi di PPPK Tawau”18.05.2026 | PPPK TawauSatu program Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Penyel...
19/05/2026

“Menyemai Ilmu, Memetik Inovasi di PPPK Tawau”

18.05.2026 | PPPK Tawau

Satu program Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko Tawau telah berjaya dilaksanakan. Program ini melibatkan penyertaan aktif daripada para pelajar serta beberapa orang pengiring serta seorang pensyarah, Prof. Madya Dr. Azwan Awang dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sandakan. Lawatan ini bertindak sebagai platform penting dalam mendedahkan warga akademik kepada realiti sektor penyelidikan komoditi.

Sepanjang lawatan sambil belajar ini, para peserta telah didedahkan dengan modul pembelajaran komprehensif berkenaan dengan aktiviti koko di pusat ini. Ia merangkumi Taklimat Pusat, pengenalan kepada aspek teknikal seperti pengurusan nurseri, kawalan serangga perosak serta penyakit koko, dan pengurusan pasca tuai termasuk pengendalian biji koko kering. Para pelajar serta pengiring UMS juga berpeluang melakukan lawatan ke Muzium Flora dan Fauna, Mini Pameran Koko serta pembelajaran demo pembuatan coklat di Dapur Coklat bagi melihat proses nilai tambah produk.

Melalui lawatan ini, adalah diharapkan agar para pelajar mendapat inspirasi dan kefahaman yang lebih mendalam mengenai potensi besar industri koko di Malaysia. Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman praktikal ini turut mampu melahirkan modal insan yang kreatif serta inovatif dalam memajukan sektor pertanian dan komoditi khususnya tanaman koko negara pada masa hadapan.



14/05/2026

🌱Sesiapa ingin menanam koko dan meningkatkan hasil koko?

📝Jom mohon insentif di bawah Program Peluasan Tanaman Koko dan Peningkatan Koko, yang sedang dilaksanakan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM).

📞Sila hubungi pejabat LKM terdekat:
📍PPPK Bagan Datuk, tel 05-6488176
📍PPPK Jengka, tel 09-4852953
📍PPPK Kota Samarahan, tel 082-465912
📍PPPK Tawau, tel 089-915604
📍Ibu Pejabat, Kota Kinabalu, tel 088-206400




Address

Lembaga Koko Malaysia, Batu 10, Jalan Apas
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089915604

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LKM Tawau & Madai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share