27/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Tawau, 27 Mei 2026 (Rabu) - Sambutan Hari Raya Aidil Adha berlangsung dimulai dengan solat Sunat Aidil Adha dan Program Ibadah Korban serta Aqiqah . Solat Sunat Aidil Adha Dilaksanakan Pada jam 7.30 Pagi , dan Diimamkan Oleh Ustaz Mohd Shaari Bin Moh. Ramli, Dari Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA), sekaligus menyampaikan Khutbah Aidil Adha . Sejurus selepas selesai solat , Program diteruskan dengan Ibadah Qurban bertempat di perkarangan masjid bermula jam 09.00 Pagi hingga 2.00 Petang.
Sebanyak sembilan ekor lembu telah disembelih sepanjang program berlangsung melibatkan lima puluh lima bahagian korban dan lapan bahagian aqiqah. Hasil keseluruhan daging yang diperoleh adalah sebanyak 545 kilogram untuk diagihkan kepada peserta korban, penduduk setempat dan golongan sasaran.
Program turut mendapat sambutan menggalakkan dengan jumlah kehadiran seramai 190 orang terdiri daripada 6 Pegawai Kanan Polis, 140 Pegawai Rendah Polis, 30 peserta korban, 14 penduduk setempat serta jemputan khas.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat antaranya YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Ahli Parlimen P191 Kalabakan, YB Datuk Sri Panglima Haji Nizam Abu Bakar Titingan, ADUN N68 Apas serta Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA , Ydh Supt. Anselinus Bin Marcus.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk proses penyembelihan lembu korban dan aqiqah, aktiviti melapah dan memotong daging, penimbangan dan pembungkusan daging korban serta pengagihan kepada peserta dan golongan sasaran. Selain itu, program turut disertai dengan jamuan makan dan aktiviti gotong-royong bersama komuniti setempat dalam suasana penuh harmoni dan semangat kekeluargaan.
Secara keseluruhannya, Program Ibadah Korban dan Aqiqah Batalion 14 PGA Tawau telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh harmoni, semangat kerjasama dan ukhuwah Islamiah. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat masyarakat setempat serta memperkukuhkan lagi fungsi masjid sebagai pusat penyatuan ummah.