05/06/2026
πππππ ππππππ πππ πππππ πππππ ππππππ ππππππ πππππ
Tawau, 24 Mei 2026 - Seorang lelaki tempatan ditahan oleh pihak polis selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam satu operasi rondaan cegah jenayah yang dijalankan di kawasan Taman Sawit Balung.
βTangkapan dilakukan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Bandar Sri Indah selepas menerima maklumat awam berkaitan dadah. Suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan telah ditahan dan kemudian diperiksa oleh polis,β
βHasil siasatan awal dan pemeriksaan lanjut, suspek kemudian menyerahkan satu paket plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 0.66 gram kepada pihak polis,β YDH ACP Jasmin bin Hussin, Ketua Polis Daerah Tawau.
Suspek bersama barang ramasan kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.