Serasi Sk Tanjung Batu Keramat, Tawau

Serasi Sk Tanjung Batu Keramat, Tawau Page rasmi Program SERASI Sk Tanjung Batu Keramat, Tawau.

SK Tanjung Batu Keramat dianugerahkan Naib Johan, Anugerah Harapan SERASI Kategori Sekolah Bandar. Terima kasih semua ya...
25/10/2021

SK Tanjung Batu Keramat dianugerahkan Naib Johan, Anugerah Harapan SERASI Kategori Sekolah Bandar. Terima kasih semua yang terlibat atas segala kerjasama yang diberikan.

Penyediaan Sudut SERASI di sekolah.
18/06/2021

Penyediaan Sudut SERASI di sekolah.

Aktiviti pembinaan taman orkid di sekitar kawasan sekolah
18/06/2021

Aktiviti pembinaan taman orkid di sekitar kawasan sekolah

Sustainable Development Goals & Lestari perlu di lakukan bagi menjaga alam sekitar kita.
18/06/2021

Sustainable Development Goals & Lestari perlu di lakukan bagi menjaga alam sekitar kita.

Apa Itu Sustainable Development Goals?Sustainable Development Goals (SDG) atau Matlamat Pembangunan Mampan adalah koleks...
18/06/2021

Apa Itu Sustainable Development Goals?
Sustainable Development Goals (SDG) atau Matlamat Pembangunan Mampan adalah koleksi 17 matlamat global yang ditetapkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2015.

SDGs adalah sebahagian daripada Resolusi 70/1 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: “Mengubah Dunia Kita: Agenda 2030 untuk Pembangunan Mapan.” Itu telah dipendekkan kepada “2030 Agenda.

Matlamatnya adalah luas dan saling bergantung, namun masing-masing mempunyai senarai sasaran yang berasingan untuk dicapai. Mencapai semua 169 sasaran akan memberi isyarat untuk mencapai semua 17 gol.

SDG meliputi isu pembangunan sosial dan ekonomi termasuk kemiskinan, kelaparan, kesihatan, pendidikan, pemanasan global, kesetaraan gender, air, sanitasi, tenaga, urbanisasi, alam sekitar dan keadilan sosial.

Perenggan 54 Resolusi Perhimpunan Agung PBB A/RES/70/1 pada 25 September 2015 mengandungi matlamat dan sasaran. Proses yang dipimpin oleh PBB melibatkan 193 negara anggota dan masyarakat sivil global.

Resolusi ini adalah perjanjian antara kerajaan yang bertindak sebagai Agenda Pembangunan Pasca 2015. SDG membina prinsip-prinsip yang dipersetujui dalam Resolusi A/RES/66/288, bertajuk “The Future We Want”.

17 matlamat SDG tersebut seperti yang disenaraikan di bawah ini:

Goal 1: No poverty

Goal 2: Zero hunger

Goal 3: Good health and well-being for people

Goal 4: Quality education

Goal 5: Gender Equality

Goal 6: Clean water and sanitation

Goal 7: Affordable and clean energy

Goal 8: Decent work and economic growth

Goal 9: Industry, Innovation, and Infrastructure

Goal 10: Reducing inequalities

Goal 11: Sustainable cities and communities

Goal 12: Responsible consumption and production

Goal 13: Climate action

Goal 14: Life below water

Goal 15: Life on land

Goal 16: Peace, justice, and strong institutions

Goal 17: Partnerships for the goals



Sumber: sustainabledevelopment.un.org

Aktiviti menyemai biji benih bunga dan memasang papan tanda bagi program SERASI didalam kawasan sekolah.
18/06/2021

Aktiviti menyemai biji benih bunga dan memasang papan tanda bagi program SERASI didalam kawasan sekolah.

03/05/2021

APAKAH ITU PROGRAM SERASI?
Program Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) yang melibatkan semua sekolah menengah dan rendah di Sabah menjadi program utama sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) di Sabah. Program ini merupakan pendekatan menyeluruh dalam pengurusan, kokurikulum, kurikulum dan penghijauan sekolah di kalangan warga sekolah bersama-sama keluarga, komuniti setempat, pihak kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan. Ia dilaksanakan menerusi pendekatan pendidikan alam sekitar untuk membentuk masyarakat yang prihatin dan menghargai alam sekitar pada sepanjang masa. SERASI juga merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan lestari.

Objektif
-Mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah
-Memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
-Untuk mengalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
-Mengiktiraf usaha sekolah dalam program pendidikan alam sekitar.

Mengapa Anugerah SERASI diberikan ?
Anugerah SERASI merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan ke atas sumbangan dan usaha gigih sekolah-sekolah di Sabah dalam memupuk dan meningkatkan tahap kesedaran di kelangan warga sekolah mengenai kepentingan memulihara dan memelihara alam sekitar menerusi pelbagai program dan aktiviti di sekolah.
Konsep SERASI
1.Amalan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di sekolah pada sepanjang masa.
2.Menyokong dan mengukuhkan program pendidikan alam sekitar merentas ko-kurikulum.
3.Pendekatan menyeluruh yang melibatkan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
4.Pendekatan bersepadu dalam pengurusan,ko- kurikulum dan penghijauan sekolah.
Kumpulan sasaran SERASI

-Sekolah Menengah dan Rendah Kerajaan serta Sekolah Bantuan Kerajaan.
-Sekolah Menengah Agama Negeri.
-Maktab Sains MARA di negeri Sabah.
-Sekolah Rendah dan Menengah Swasta (bermula pada 2006).

Sumber dari :http://www.sabah.edu.my/serasi

22 APRIL 2021 - Alhamdulillah selesai Pelancaran Sambutan Hari Bumi Peringkat SK.TANJUNG BATU KERAMAT. Terima kasih kpd ...
28/04/2021

22 APRIL 2021 - Alhamdulillah selesai Pelancaran Sambutan Hari Bumi Peringkat SK.TANJUNG BATU KERAMAT. Terima kasih kpd semua Guru/AKP/PPM serta semua murid dan ibu bapa atas sokongan dan penyertaan dlm program tersebut. KITA JAGA BUMI...BUMI JAGA KITA.

30 Mac 2021 - Alhamdulillah Jaringan dgn Jabatan Pertanian Tawau membuahkan hasil. Terima kasih yang tdk terhingga kpd J...
28/04/2021

30 Mac 2021 - Alhamdulillah Jaringan dgn Jabatan Pertanian Tawau membuahkan hasil. Terima kasih yang tdk terhingga kpd Jabatan Pertanian Tawau atas sumbangan pokok buah-buahan untuk Projek Sekolah Dalam Dusun Buah SK.TANJUNG BATU KERAMAT.

SATU CABARAN TAPI AKAN DISAHUT DEMI KELASTARIAN SEKOLAH DAN ALAM SEKITAR. TERIMA KASIH KEPADA PPD TAWAU KERANA MEMBERI C...
28/04/2021

SATU CABARAN TAPI AKAN DISAHUT DEMI KELASTARIAN SEKOLAH DAN ALAM SEKITAR. TERIMA KASIH KEPADA PPD TAWAU KERANA MEMBERI CABARAN DAN PELUANG INI.

28/04/2021

SELAMAT DATANG KE FB SERASI SK.TANJUNG BATU KERAMAT. KAMI AKAN BERKONGSI DENGAN ANDA SEMUA TENTANG PROGRAM SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI). SEMOGA KITA DAPAT MENJAGA ALAM SEKITAR KITA BERSAMA.

Address

SK TANJUNG BATU KERAMAT
Tawau
91008

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Serasi Sk Tanjung Batu Keramat, Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category