13/02/2025
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, serta para sahabat baginda.
Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menemui Malam Nisfu Sya’ban, satu malam yang penuh keberkatan dan keampunan. Malam ini merupakan detik penting dalam bulan Sya’ban, di mana amalan kita sepanjang tahun diangkat dan dipersembahkan kepada Allah SWT.
Sempena malam yang mulia ini, kita memperbanyakkan doa, istighfar, dan amal soleh. Semoga kita semua diberikan keampunan, rahmat, dan keberkatan dalam kehidupan oleh Allah SWT.
Marilah kita bersama-sama:
- Memperbanyakkan doa dan munajat kepada Allah
- Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali dengan niat yang baik
- Beristighfar dan memohon keampunan atas segala dosa
- Memperbanyakkan sedekah dan amal kebajikan
- Berdoa agar diberikan kesihatan, kesejahteraan, dan kekuatan dalam menjalani kehidupan
Doa Nisfu Sya’ban:
اللَّهُمَّ يَا ذَا الْمَنِّ وَلاَ يُمَنُّ عَلَيْهِ، يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ، يَا ذَا الطَّوْلِ وَالإِنْعَامِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، ظَهْرَ اللَّاجِئِينَ وَجَارَ الْمُسْتَجِيرِينَ وَأَمَانَ الْخَائِفِينَ،
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِي عِنْدَكَ فِي أُمِّ الْكِتَابِ شَقِيًّا أَوْ مَحْرُومًا أَوْ مَطْرُودًا أَوْ مُقَتَّرًا عَلَيَّ فِي الرِّزْقِ، فَامْحُ اللَّهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِي وَطَرْدِي وَاقْتِتَارَ رِزْقِي، وَأَثْبِتْنِي عِنْدَكَ فِي أُمِّ الْكِتَابِ سَعِيدًا مَرْزُوقًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ، فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الْحَقُّ فِي كِتَابِكَ الْمُنْزَلِ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكَ الْمُرْسَلِ،
يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa kami, kedua ibu bapa kami, ahli keluarga kami, dan seluruh umat Islam. Jadikanlah kami hamba yang istiqamah dalam beribadah, diberi kesihatan dan rezeki yang halal serta diberkati di dunia dan akhirat.
Akhir kalam, marilah kita sama-sama menghayati malam yang penuh keistimewaan ini dengan penuh keikhlasan dan keinsafan. Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita dan memberikan kita petunjuk serta hidayah menuju kejayaan di dunia dan akhirat.
Salam Nisfu Sya’ban
Muhammad Yusuf Abdul Ghani
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor Serta Barisan Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor