Kolej Komuniti Tasek Gelugor

Kolej Komuniti Tasek Gelugor Halaman rasmi Facebook Kolej Komuniti Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Visi : Menjadi Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Misi :
1.

Menyediakan Akses Yang Meluas Kepada Program TVET Berkualiti & Diiktiraf;
2. Memperkasakan Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat;
3. Melahirkan Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan & Seimbang;
4. Memanfaatkan Sepenuhnya Perkongsian Pintar Dengan Pihak Berkepentingan. Kolej Komuniti Tasek Gelugor (KKTG) merupakan sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KKT

G ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). KKTG menawarkan kursus sepenuh masa iaitu;
1. Sijil Bakeri & Konfeksionari.
2. Sijil Teknologi Penyejukkan & Penyamanan Udara. Kolej ini juga akan memperhebatkan dan mempelbagaikan lagi tawaran Kursus Jangka Pendek bagi menarik minat lebih ramai masyarakat setempat mengambil bahagian dalam pembelajaran sepanjang hayat. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak seharusnya melepaskan peluang untuk meningkatkan dan menambahkan pengetahuan bagi memperbaiki taraf kehidupan dan menjana peningkatan taraf ekonomi masing-masing.

DIY Painting Cake: Kreativiti di Atas Kek7 Jun, SUNGAI PETANI - Pelajar semester tiga Program Sijil Pastri dari Kolej Ko...
10/06/2026

DIY Painting Cake: Kreativiti di Atas Kek

7 Jun, SUNGAI PETANI - Pelajar semester tiga Program Sijil Pastri dari Kolej Komuniti Tasek Gelugor berpeluang menyertai aktiviti DIY Painting Cake yang diadakan di Kek Sejati Indah.

Melalui aktiviti ini, para pelajar mendapat pengalaman menghias dan melukis di atas permukaan kek mengikut kreativiti sendiri dengan menggunakan krim berwarna, berus lukisan, dan spatula yang disediakan. Ini memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka kreativiti, menghasilkan rekaan yang unik, serta menambah pengalaman dalam seni hiasan kek.

Selain mengasah kemahiran kreatif, pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri dan mendapat pendedahan mengenai teknik hiasan kek dalam suasana pembelajaran yang santai dan menyeronokkan. Setiap hasil kerja mencerminkan kreativiti, imaginasi, dan sentuhan peribadi para pelajar.

UNGGUL BERSAMA KKTG
“Meneraju TVET, Mengungguli Masa Hadapan”

Kenyataan Iklan Sebutharga Peralatan Sistem Rangkaian Kampus (Wifi) Dalam Menyokong Pemantauan Infrastruktur ICT Kolej K...
04/06/2026

Kenyataan Iklan Sebutharga Peralatan Sistem Rangkaian Kampus (Wifi) Dalam Menyokong Pemantauan Infrastruktur ICT Kolej Komuniti Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebutharga dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang memiliki kod bidang seperti berikut:

1. 210105 - ICT — Peralatan dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan dan Komponen, dan
2.140301 — Peralatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kabel, Wayar Elektrik dan Aksesori

bagi menyertai tawaran sebutharga seperti di bawah:

• Tarikh lawatan: 9 Jun 2026 (Selasa)
• Masa: 9.30 pagi
• Tempat: Bilik Kuliah, Kolej Komuniti Tasek Gelugor (Kampus), Lot 4812, Mukim 12, Jalan Tasek Gelugor, 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang
• Tarikh tutup: 16 Jun 2026
• Harga Indikatif Jabatan: RM 119,420
• Lokaliti: Pulau Pinang, Kedah dan Perlis

Sila bawa bersama:
1. Cap syarikat
2. Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dan
3. Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (M*F)

untuk dikemukakan kepada pihak kolej bagi tujuan pendaftaran (dokumen tidak akan dikembalikan).

Kehadiran mengikut ketetapan masa yang telah dinyatakan amat dihargai dan sebarang kelewatan tidak akan dilayan.

Sekian, terima kasih.

04/06/2026
Berminat nak belajar di Kolej Komuniti Tasek Gelugor?Kemukakan rayuan segera!Langkah Kemuka Rayuan:1. Layari https://amb...
03/06/2026

Berminat nak belajar di Kolej Komuniti Tasek Gelugor?
Kemukakan rayuan segera!

Langkah Kemuka Rayuan:
1. Layari https://ambilan.mypolycc.edu.my/semakantawaran/polycc/index.asp
2. Masukkan nombor kad pengenalan
3. Tekan butan SEMAK
4. Tekan RAYUAN / RAYUAN SEMULA
5. Buat 2 pilihan rayuan
6. Tekan butang HANTAR

Semak permohonan anda setiap hari bermula 5.00petang di https://ambilan.mypolycc.edu.my/semakantawaran/polycc/index.asp

Maklumat lanjut boleh dicapai melalui Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu selepas calon menerima tawaran.

Ikuti Telegram Channel Kolej Komuniti Tasek Gelugor untuk maklumat pantas dan terkini:
https://t.me/infoKKTG
atau layari media sosial rasmi KKTG di Facebook, Instagram dan TikTok

Untuk mengetahui tentang Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi TVET lain, layari bit.ly/polycckk

Anda mempunyai pertanyaan? WhatsApp kami di 045731453
Waktu operasi WhatsApp KKTG: Isnin - Jumaat, 9.00pagi - 6.00petang

Berminat nak belajar di Kolej Komuniti Tasek Gelugor?Kemukakan rayuan segera!Langkah Kemuka Rayuan:1. Layari https://amb...
03/06/2026

Berminat nak belajar di Kolej Komuniti Tasek Gelugor?
Kemukakan rayuan segera!

Langkah Kemuka Rayuan:
1. Layari https://ambilan.mypolycc.edu.my/semakantawaran/polycc/index.asp
2. Masukkan nombor kad pengenalan
3. Tekan butan SEMAK
4. Tekan RAYUAN / RAYUAN SEMULA
5. Buat 2 pilihan rayuan
6. Tekan butang HANTAR

Semak permohonan anda setiap hari bermula 5.00petang di https://ambilan.mypolycc.edu.my/semakantawaran/polycc/index.asp

Maklumat lanjut boleh dicapai melalui Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu selepas calon menerima tawaran.

Ikuti Telegram Channel Kolej Komuniti Tasek Gelugor untuk maklumat pantas dan terkini:
https://t.me/infoKKTG
atau layari media sosial rasmi KKTG di Facebook, Instagram dan TikTok

Untuk mengetahui tentang Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi TVET lain, layari bit.ly/polycckk

Anda mempunyai pertanyaan? WhatsApp kami di 045731453
Waktu operasi WhatsApp KKTG: Isnin - Jumaat, 9.00pagi - 6.00petang

NOTIS: Gangguan Talian TelefonTalian telefon KKTG sedang mengalami gangguan. Untuk membuat panggilan, sila hubungi kami ...
03/06/2026

NOTIS: Gangguan Talian Telefon

Talian telefon KKTG sedang mengalami gangguan. Untuk membuat panggilan, sila hubungi kami di talian ke-2 iaitu di 04-573 1391

Talian WhatsApp rasmi KKTG tidak menerima panggilan telefon. Talian WhatsApp tersebut hanya menerima hantaran mesej. Untuk menghantar mesej, sila WhatsApp ke nombor 04-5731453

Lapor Diri Staf Baharu Ke Kolej Komuniti Tasek Gelugor 2026Selamat datang diucapkan kepada Ts. Haji Aswandi Bin Yaakob, ...
03/06/2026

Lapor Diri Staf Baharu Ke Kolej Komuniti Tasek Gelugor 2026

Selamat datang diucapkan kepada Ts. Haji Aswandi Bin Yaakob, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH12. Selamat menjalankan tugas di Unit Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara KKTG dengan penuh rasa tanggungjawab, komitmen dan dedikasi.

Seluruh warga Kolej Komuniti Tasek Gelugor mengalu-alukan kehadiran Ts. Aswandi yang telah melapor diri pada 11 Februari 2026 yang lalu.

UNGGUL BERSAMA KKTG

Tahukah anda? 💡Badan pensijilan Sijil Kolej Komuniti (SKK) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah tidak sama. Struktu...
31/05/2026

Tahukah anda? 💡
Badan pensijilan Sijil Kolej Komuniti (SKK) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah tidak sama. Struktur pengajian juga tidak sama.

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah diberikan tawaran ke Kolej Komuniti Tasek Gelugor!

Jangan lepaskan peluang melanjutkan pengajian di institusi TVET unggul di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

JOM TEKAN TERIMA TAWARAN!

SEMAKAN KEPUTUSAN UPUOnline KE POLITEKNIK/KOLEJ KOMUNITI:
https://upu.mohe.gov.my/far5/hebahanspm/index.php

PENGESAHAN SETUJU TERIMA TAWARAN, CETAKAN SURAT TAWARAN:
https://ambilan.mypolycc.edu.my/semakantawaran/polycc/index.asp

UNGGUL BERSAMA KKTG
“Meneraju TVET, Mengungguli Masa Hadapan”

Address

Lot 4812, Jalan Tasek Gelugor, Mukim 12
Tasek Gelugor
13300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045731453

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Tasek Gelugor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share