Masjid Jamek Banir Officially

Masjid Jamek Banir Officially Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masjid Jamek Banir Officially, Government Building, KG MASJID , MASJID JAMEK BANIR, Tapah.

๐Ÿ“ฟ Masjid Jamek Banir membuka ruang kepada semua masyarakat untuk bersama-sama mengimarahkan rumah Allah melalui sumbanga...
23/02/2026

๐Ÿ“ฟ Masjid Jamek Banir membuka ruang kepada semua masyarakat untuk bersama-sama mengimarahkan rumah Allah melalui sumbangan dan sedekah ikhlas.

Setiap ringgit yang disumbangkan akan digunakan untuk: ๐Ÿ•Œ Pengurusan dan penyelenggaraan masjid

๐Ÿ’ก Kemudahan jemaah dan aktiviti keagamaan
๐Ÿ“– Program ilmu dan kebajikan masyarakat
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila anak Adam meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya."

๐ŸŒ™ Sedekahlah walau sedikit, kerana yang kecil di sisi kita besar di sisi Allah.

18/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Marhaban ya Ramadhan. Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, pihak Masjid Jamek Banir mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh masyarakat.

Semoga kehadiran Ramadhan membawa sinar keimanan, membersihkan hati, serta mengeratkan ukhuwah sesama kita. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan masjid, memperbanyakkan amal ibadah dan memohon keampunan agar Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik dalam hidup kita.

Semoga setiap detik di bulan mulia ini dipenuhi rahmat, keberkatan dan kasih sayang Allah SWT.

Bulan Ramadhan bulan bercahaya,
Datang membawa rahmat mulia,
Marilah kita tingkatkan ibadah bersama,
Agar hidup diberkati dunia akhirat sejahtera.

Ikhlas daripada
Pengerusi, AJK dan Saf Kepimpinan
Masjid Jamek Banir

KHAMIS | 12 FEBRUARI 2026Alhamdulillah, bacaan Yassin dan tahlil rutin mingguan Masjid Jamek Banir telah selesai dilaksa...
12/02/2026

KHAMIS | 12 FEBRUARI 2026

Alhamdulillah, bacaan Yassin dan tahlil rutin mingguan Masjid Jamek Banir telah selesai dilaksanakan selepas solat Maghrib dengan lancar dan penuh khusyuk.

Majlis ini disertai oleh para jemaah setempat dengan tujuan mengimarahkan masjid serta memohon keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Semoga amalan yang dilaksanakan memberi manfaat dan memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan jemaah.

Pihak masjid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir serta menyumbang tenaga dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha dan amalan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

Ke masjid kita melangkah kaki,
Mencari reda Ilahi Rabbi,
Yassin dibaca hati disuci,
Moga hidup diberkati abadi.

Majlis bacaan Yassin dan tahlil minggu ini dipimpin oleh Imam Masjid Banir ,

Sdr .Ustaz Muhamad Danial Ismai

SELASA | 10 FEBRUARI 2026๐Ÿ“ฃHebahan Pelaksanaan Berbuka & Moreh*๐Ÿ“ฟ๐Ÿ•ŒPihak Masjid Jamek Banir dengan sukacitanya memaklumkan ...
10/02/2026

SELASA | 10 FEBRUARI 2026

๐Ÿ“ฃHebahan Pelaksanaan Berbuka & Moreh*๐Ÿ“ฟ๐Ÿ•Œ

Pihak Masjid Jamek Banir dengan sukacitanya memaklumkan bahawa pelaksanaan Majlis Berbuka Puasa dan Moreh akan diadakan di Masjid Jamek Banir sepanjang bulan Ramadhan.

Sehubungan itu, kepada sesiapa yang berhajat untuk memberi sumbangan dan tajaan, amat kami alu-alukan.

Semoga dengan kebaikan para penyumbang, Allah kurniakan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda di akhirat kelak.

semua muslimin dan muslimat dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini. Semoga dengan kehadiran anda dapat mengeratkan silaturahim serta menambah keberkatan dalam beribadah di bulan mulia ini.

Pegawai untuk dihubungi:
* En Rizal - 016 987 2174
* En Mazlan ( Abg Long) - 011 2778 3417

Atau hadir terus ke masjid untuk mengisi borang yang di sediakan.

Saf Kepimpinan AJK Masjid Jamek Banir

(Adminn.)

RUTIN MINGGUAN5 FEBRUARI 2026Bacaan Yassin dan diselit dengan bacaan tahlil.Majlis bacaan malam ini dipimpin oleh Imam M...
05/02/2026

RUTIN MINGGUAN

5 FEBRUARI 2026

Bacaan Yassin dan diselit dengan bacaan tahlil.

Majlis bacaan malam ini dipimpin oleh Imam Masjid Jamek Banir , Sdr Ust. Zul Aiman .

Terima kasih pada para muslimin dan muslimat yang hadir.

Assalammualaikum Solatlah sebab walau kita sering tersasar, Allah tak pernah berhenti beri peluang.Setiap hari kita buat...
04/02/2026

Assalammualaikum

Solatlah sebab walau kita sering tersasar, Allah tak pernah berhenti beri peluang.

Setiap hari kita buat salah. Kadang sengaja, kadang kerana lalai. Tapi Allah tak terus menutup pintu. Selagi nyawa belum sampai ke halkum, peluang untuk kembali masih terbuka. Solat bukan untuk orang yang sempurna solat adalah jalan orang yang mahu dibaiki. Bila kita berdiri menghadap Allah, itu tanda kita masih berharap, dan Allah tak pernah sia-siakan harapan hamba-Nya.

Kalau hari ini masih diberi kesempatan untuk solat, itu tandanya Allah masih menunggu kita kembali. Jangan tunggu hati jadi sempurna datanglah dengan hati yang hancur, Allah Maha Membaiki.

03/02/2026

AL-FATIHAH | SALAM TAKZIAH

Pihak Masjid Jamek Banir merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham En. Ramli B.Hasyim ( Buyung )Bilal Masjid Jamek Banir, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 Januari 2026.
Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh pihak masjid dan seluruh jemaah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.

Daripada:
Saf Kepimpinan AJK Masjid Jamek Banir
dan Seluruh ahli kariah .

03/02/2026

Address

KG MASJID , MASJID JAMEK BANIR
Tapah
35400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Banir Officially posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share