Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang & Muallim

Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang & Muallim Ke arah memberi perkhidmatan yang terbaik dalam sektor pertanian di Daerah Batang Padang dan Muallim

12/05/2026

🌱 myGAP: Malaysia’s Gold Standard for Sustainable Farming

myGAP is Malaysia’s premier certification scheme for safe, high-quality and environmentally sustainable agricultural production.

Aligned with the ASEAN GAP standard, myGAP strengthens the competitiveness of Malaysian agriculture by ensuring:

âś… Food Safety
âś… Produce Quality
âś… Worker Welfare
âś… Environmental Sustainability

As of 2025, 21,710 farms covering 69,657 hectares have been certified under the Malaysian Standard (MS) 1784:2015.

By choosing myGAP-certified produce, consumers can be confident that the products are grown responsibly and meet stringent standards for safety, quality and sustainability.

🌏 Safe Food, Quality Produce and Sustainable Agriculture.

12/05/2026

🌱 myGAP: Hasil Pertanian Selamat dan Berkualiti 🌱

Skim Pensijilan myGAP diwujudkan bagi memastikan hasil pertanian yang dihasilkan mematuhi Amalan Pertanian Baik (APB) dengan penekanan kepada:

âś… Keselamatan makanan
âś… Kualiti hasil
âś… Kebajikan pekerja
âś… Kelestarian alam sekitar

myGAP turut selaras dengan piawaian ASEANGAP, sekali gus memperkukuh daya saing hasil pertanian tempatan di peringkat serantau dan antarabangsa. 🌏

📌 Jom Pilih Produk myGAP

IKLAN PENGAMBILAN PESERTA TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) SUNGKAITKPM Sungkai, Daerah Batang Padang kini mempelaw...
09/05/2026

IKLAN PENGAMBILAN PESERTA TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) SUNGKAI

TKPM Sungkai, Daerah Batang Padang kini mempelawa mana-mana individu yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan sebanyak sepuluh (10) lot bagi projek tanaman kontan (Sengkuang, Ubi Kayu dan Keledek) seperti berikut:

No. Lot / Keluasan
✅A4 – 3.4 Ha
✅A11 – 2.6 Ha
✅B6 – 4.2 Ha
✅B11 – 5.1 Ha
✅B12 – 4.9 Ha
✅B13 – 6.6 Ha
✅B18 – 3.0 Ha
✅B19 – 3.0 Ha
✅28 – 1.41 Ha
✅80 & 81B – 3.84 Ha

SYARAT PERMOHONAN
Permohonan adalah dibuka kepada semua Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat berikut:
âś…Berumur antara 21 hingga 50 tahun
âś… Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan projek pertanian
(sertakan dokumen berkaitan)
âś…Tidak muflis
âś…Keutamaan diberikan kepada pemohon yang sedang melaksanakan projek pertanian
âś…Mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh
âś… Keutamaan diberikan kepada anak Negeri Perak
âś… Terbuka kepada individu perseorangan

CARA PERMOHONAN
Borang Permohonan: https://get-qr.com/en/content/IzHsHC

Semua borang permohonan boleh diperoleh dan dokumen lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Pegawai Pertanian Daerah
Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang
Jalan Damai, 35000 Tapah, Perak

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
22 Mei 2026

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang
No. Telefon: 05-4011211

Pejabat Daerah & Tanah Batang Padang

MAKLUMAN‼️📣NOTIS HEBAHAN KENYATAAN SEBUTHARGANo. Sebutharga:-PPBPT 03/2026PPBPT 04/2026
04/05/2026

MAKLUMAN‼️

📣NOTIS HEBAHAN KENYATAAN SEBUTHARGA
No. Sebutharga:-
PPBPT 03/2026
PPBPT 04/2026

29 APRIL 2026 I RABU I MuallimKURSUS PENGISIAN REKOD LADANGKursus Pengisian Rekod Ladang telah dijalankan di Pejabat Per...
01/05/2026

29 APRIL 2026 I RABU I Muallim

KURSUS PENGISIAN REKOD LADANG

Kursus Pengisian Rekod Ladang telah dijalankan di Pejabat Pertanian Daerah Muallim yang telah dihadiri seramai 15 orang peserta.

Kursus ini bertujuan memberi pendedahan asas mengenai pengisian rekod ladang mygap, selain itu melatih peserta memahami kaedah mengisi maklumat rekod ladang mengikut data ladang pengusaha dengan betul.

Taklimat kursus telah disampaikan oleh Pn Hayati, Desk Officer Mygap dan Pn Zatul Himmah, Agen Pengembangan Tanaman.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir serta memberi kerjasama yang baik sepanjang kursus dijalankan.

01/05/2026

Jabatan Pertanian Negeri Perak dengan penuh hormat mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga jabatan dan rakyat Malaysia.

Hari Pekerja merupakan penghargaan kepada seluruh tenaga kerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara. Dalam sektor pertanian, para pekerja memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan, meningkatkan produktiviti hasil pertanian serta menyokong keselamatan makanan negara.

Semoga segala usaha dan pengorbanan ini terus diberkati serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sektor pertanian negara.

Ikhlas daripada,
Pengarah Pertanian Negeri
& Warga Jabatan Pertanian Negeri Perak



22/04/2026
Moh kome serbu Dewan Serbaguna Kg Haji Tahir, Temoh esok. Dapat anak pokok kelapa percuma, dapat juga merasai kesedapan ...
08/04/2026

Moh kome serbu Dewan Serbaguna Kg Haji Tahir, Temoh esok. Dapat anak pokok kelapa percuma, dapat juga merasai kesedapan Kopi Perak yang julung kali kita bawa ke daerah ini. Apa tunggu lagi, jumpa kami di sana ya!

30 Mac 2026 | Isnin | MuallimPemeriksaan tapak bagi permohonan baru myGAP tanaman,  enam permohonan baru tahun 2026. Pem...
31/03/2026

30 Mac 2026 | Isnin | Muallim

Pemeriksaan tapak bagi permohonan baru myGAP tanaman, enam permohonan baru tahun 2026. Pemeriksaan dilakukan oleh Auditor tapak dari Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, T**i Gantong.

1. Ahmad Jalaludin bin Shaari (Tanaman Durian)

2. Shahbudin bin Abdul Khatib( Tanaman Limau Nipis)

3. Mustafa Kamal bin Sulaiman (Tanaman Durian)

4. Ruslan bin Abd Razak (Tanaman durian)

5. Christopher A/L Ramasamy (Tanaman Cili Fertigasi)

6. Cheah Pui Yee (Tanaman Nangka, Limau Kasturi, Cempedak)

7. Chin Beng Im ( Tanaman Nangka, Limau Kasturi)

8. Nagarajan A/L Subramaniam (Tanaman Sayuran)

9. Mohd Syukri bin Mohd Salleh (Tanaman sayur fertigasi)

Apt :-
1. Muhammad Hafiz bin Husin Kamil (Mukim Slim)
2. Muhammad Amzar bin Mat Fuad (Mukim Hulu Bernam)

MAKLUMAN‼️📣NOTIS HEBAHAN KENYATAAN SEBUTHARGANo. Sebutharga:-PPBPT 01/2026PPBPT 02/2026
27/03/2026

MAKLUMAN‼️

📣NOTIS HEBAHAN KENYATAAN SEBUTHARGA
No. Sebutharga:-
PPBPT 01/2026
PPBPT 02/2026

Address

Jalan Damai
Tapah
35000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang & Muallim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang & Muallim:

Share