Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang, Government Organization, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang, Jalan Damai, Tapah.

Objektif Kami:
1) Menyampaikan info-info terkini mengenai perkhidmatan pergigian di klinik dalam Daerah Batang Padang.

2) Memudahkan komuniti di Batang Padang untuk mengakses info berkaitan kesihatan pergigian melalui media sosial

3) Perkongsian aktiviti semasa yang dijalankan oleh klinik dalam Daerah Batang Padang

4) Sebagai medium komunikasi dua hala antara petugas kesihatan pergigian dan masyarakat.

๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pe...
01/06/2026

๐——๐—œ๐—ฅ๐—š๐—”๐—›๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ง๐—จ๐—”๐—ก๐—ž๐—จ
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada
Pegawai Pergigian Daerah serta seluruh warga Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) Batang Padang.

Daulat Tuanku.



๐Ÿชท ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘พ๐‘ฌ๐‘บ๐‘จ๐‘ฒ ๐ŸชทPejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) Batang Padang mengucapkan Selamat Menyambut Ha...
30/05/2026

๐Ÿชท ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘พ๐‘ฌ๐‘บ๐‘จ๐‘ฒ ๐Ÿชท

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) Batang Padang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha yang meraikannya.

Semoga sambutan Hari Wesak pada tahun ini membawa kedamaian, kebijaksanaan, kasih sayang dan kesejahteraan kepada semua. Marilah kita bersama-sama menghayati nilai-nilai murni seperti toleransi, hormat-menghormati dan keharmonian demi memperkukuhkan perpaduan dalam masyarakat majmuk Malaysia.

โœจ Semoga sinar Hari Wesak membawa ketenangan dan kebahagiaan kepada semua.

Ikhlas daripada:
PKPD Batang Padang



๐ŸŒพ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘บ๐‘ป๐‘จ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต & ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ฎ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ฐ ๐ŸŒพPejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) Batang Padang mengucapkan Sel...
30/05/2026

๐ŸŒพ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘บ๐‘ป๐‘จ ๐‘ฒ๐‘จ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต & ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ฎ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ฐ ๐ŸŒพ

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah (PKPD) Batang Padang mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh masyarakat Sabah dan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada masyarakat Sarawak yang meraikannya โœจ

Semoga musim menuai ini membawa kegembiraan, kemakmuran, kesyukuran dan kesejahteraan kepada semua. Marilah kita terus menghargai kepelbagaian budaya serta memperkukuhkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia ๐Ÿ’ฏ

โœจ Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
โœจ Gayu Guru Gerai Nyamai

Ikhlas daripada:
PKPD Batang Padang



๐ŸŒ™โœจ ๐‘บ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด ๐‘จ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ณ๐‘จ๐‘ซ๐‘ฏ๐‘จ 1447๐‘ฏ โœจ๐ŸŒ™Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.Semoga Aidiladha kali ini mem...
26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ ๐‘บ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด ๐‘จ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ณ๐‘จ๐‘ซ๐‘ฏ๐‘จ 1447๐‘ฏ โœจ๐ŸŒ™

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
Hayatilah erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam setiap langkah kehidupan.

Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta diberkati Allah SWT. ๐Ÿค

๐Ÿ„๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha ๐ŸŒ™๐Ÿ„

Ikhlas daripada
Warga Kerja
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang



โœจ๐Ÿฆท ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—”๐—ฅ๐—ข๐—จ๐—ก๐—— & ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐— ๐—จ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐——๐—”๐—› ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—ข๐—™๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—Ÿ โœจ๐Ÿ“ Hospital Slim River, Perak๐Ÿ“… 26 Me...
26/05/2026

โœจ๐Ÿฆท ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—ช๐—”๐—Ÿ๐—ž ๐—”๐—ฅ๐—ข๐—จ๐—ก๐—— & ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐— ๐—จ๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐——๐—”๐—› ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—ง ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—œ๐—Ÿ๐—ข๐—™๐—”๐—ฆ๐—œ๐—”๐—Ÿ โœจ

๐Ÿ“ Hospital Slim River, Perak
๐Ÿ“… 26 Mei 2026

Dr Mohamad Noor bin Sairi, Pegawai Pergigian Daerah Batang Padang telah berkesempatan mengadakan sesi pertemuan dan perbincangan bersama Dr Namkabir Singh a/l Papindar Singh yang baru sahaja melapor diri serta dilantik sebagai Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Slim River.

๐Ÿฉบโœจ Pada kesempatan yang sama, sesi walk around jabatan turut dijalankan bagi melihat sendiri operasi, fasiliti serta keperluan semasa jabatan.



๐Ÿฆทโœจ ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฏ๐‘ถ๐‘น๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘จ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ท๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฒ๐‘ฌ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป ๐‘ถ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘บ๐‘จ๐‘น ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘ผ๐‘จ๐‘ณ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ด โœจ๐Ÿฆท๐Ÿ“ Slim River, Perak๐Ÿ“… 2...
26/05/2026

๐Ÿฆทโœจ ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฑ๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฏ๐‘ถ๐‘น๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ฐ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘ซ๐‘จ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ท๐‘จ๐‘ซ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฒ๐‘ฌ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป ๐‘ถ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘บ๐‘จ๐‘น ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘ผ๐‘จ๐‘ณ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ด โœจ๐Ÿฆท

๐Ÿ“ Slim River, Perak
๐Ÿ“… 26 Mei 2026

Dr Mohamad Noor bin Sairi telah berpeluang mengadakan kunjung hormat dan sesi perbincangan bersama Orang Besar Jajahan Muallim, YDH. Toh Paduka Setia Datoโ€™ Ir. Dr. Safry Kamal bin Haji Ahmad serta isteri.

๐Ÿค Pertemuan ini merupakan satu platform penting dalam memperkukuhkan hubungan strategik dan jaringan kerjasama antara Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang bersama pihak pentadbiran daerah demi memperkasakan agenda kesihatan pergigian masyarakat.

๐Ÿฆท Antara fokus utama perbincangan adalah berkaitan pemerkasaan aktiviti kesukarelaan Ikon Gigi sebagai medium penyampaian mesej kesihatan pergigian kepada komuniti secara lebih dekat, kreatif dan berkesan.

๐ŸŒŸ Selain itu, turut diberi penekanan terhadap kepentingan aktiviti pencegahan serta usaha memperluaskan kesedaran masyarakat mengenai amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik bagi mencegah masalah pergigian sejak awal.

๐Ÿ’ฌ Perbincangan turut menyentuh potensi kolaborasi bersama pelbagai agensi dan komuniti setempat dalam menjayakan program promosi kesihatan pergigian secara lebih menyeluruh dan mampan.

๐Ÿซถ Lawatan ini turut ditemani oleh Ikon Gigi (iGG) Batang Padang, Puan Shahaiza, yang sentiasa komited dalam menjayakan aktiviti kesukarelaan dan promosi kesihatan pergigian di peringkat komuniti.

๐Ÿ™ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YDH. Toh Paduka Setia Datoโ€™ Ir. Dr. Safry Kamal bin Haji Ahmad dan isteri atas kesudian menerima kunjungan hormat ini serta sokongan berterusan terhadap usaha memperkasa kesihatan awam dan pergigian di daerah ini.

โœจ Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi manfaat dan kesejahteraan masyarakat.



โœจ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฎ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘ผ๐‘ณ๐‘ผ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘จ๐’€๐‘ฐ โœจ๐Ÿ‘ถ๐Ÿฆท Penjagaan mulut bayi sangat penting dan perlu dimulakan sejak awal, walaupun sebelum gigi per...
26/05/2026

โœจ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฑ๐‘จ๐‘ฎ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘ผ๐‘ณ๐‘ผ๐‘ป ๐‘ฉ๐‘จ๐’€๐‘ฐ โœจ

๐Ÿ‘ถ๐Ÿฆท Penjagaan mulut bayi sangat penting dan perlu dimulakan sejak awal, walaupun sebelum gigi pertama tumbuh. Amalan penjagaan mulut yang baik membantu mencegah kerosakan gigi serta memastikan tumbesaran gigi yang sihat untuk si kecil.

Ibu bapa digalakkan membersihkan gusi bayi, memberus gigi menggunakan ubat gigi berfluorida mengikut umur, mengurangkan makanan dan minuman manis serta membawa anak menjalani pemeriksaan gigi secara berkala.

Mulakan penjagaan awal demi senyuman sihat dan ceria anak-anak ๐Ÿ’™โœจ

Pereka infografik :
Dr Moonieshah Sri A/P Ravindren
Klinik Pergigian Tanjung Malim



25/05/2026

๐Ÿšญ๐Ÿฆท ๐Š๐€๐ˆ๐“๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐Œ๐„๐‘๐Ž๐Š๐Ž๐Š & ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐†๐ˆ๐†๐ˆ๐€๐ ๐Ÿฆท๐Ÿšญ

Tahukah anda, amalan merokok bukan sahaja memberi kesan kepada paru-paru, malah turut menjejaskan kesihatan mulut dan gigi? ๐Ÿ˜ท

Antara kesan merokok terhadap kesihatan pergigian:
๐ŸŸค Gigi berubah warna
๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ Nafas berbau
๐Ÿฉธ Kerosakan gigi dan gusi
โณ Luka lambat sembuh
โš ๏ธ Risiko kanser mulut meningkat
๐Ÿšจ Lesi pra-kanser dalam mulut

โœจ Senyuman sihat bermula tanpa rokok! โœจ

Jika anda ingin berhenti merokok, dapatkan bantuan di Klinik Berhenti Merokok yang menyediakan:
โœ… Saringan & penilaian
โœ… Kaunseling berhenti merokok
โœ… Pelan berhenti merokok
โœ… Terapi penggantian nikotin (NRT)
โœ… Susulan dan sokongan berterusan

๐Ÿ’ก Langkah penjagaan kesihatan mulut:
๐Ÿชฅ Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
๐Ÿ“… Pemeriksaan gigi setiap 6 bulan
๐Ÿšญ Berhenti merokok demi kesihatan diri dan keluarga

๐Ÿ“ข Jom lindungi kesihatan mulut anda hari ini.
Senyuman lebih sihat, hidup lebih bermakna! ๐Ÿ˜

๐ˆ๐ง๐Ÿ๐จ๐ ๐ซ๐š๐Ÿ๐ข๐ค ๐๐ข๐ฌ๐ž๐๐ข๐š๐ค๐š๐ง ๐จ๐ฅ๐ž๐ก;
Dr. Nur Danish binti Mohamed
Pegawai Pergigian KP Taiping


โœจ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘บ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฉ ๐‘พ๐‘จ๐‘น๐‘ฎ๐‘จ ๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘บ ๐‘ฒ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ฒ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ถ๐‘นโœจ๐Ÿ—“๏ธ 23/5/2026โฐ 8.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari๐Ÿ“ Kg Dato...
25/05/2026

โœจ๐‘ท๐‘น๐‘ถ๐‘ฎ๐‘น๐‘จ๐‘ด ๐‘บ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฉ ๐‘พ๐‘จ๐‘น๐‘ฎ๐‘จ ๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘บ ๐‘ฒ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฐ๐‘ฒ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘ฉ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ถ๐‘นโœจ

๐Ÿ—“๏ธ 23/5/2026
โฐ 8.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Kg Dato Kamaruddin

๐Ÿฅผ Anjuran:
Klinik Kesihatan Bidor

Program ini dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan warga emas serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui pelbagai aktiviti pemeriksaan dan pendidikan kesihatan. Selain itu, program ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara petugas kesihatan dan komuniti setempat dalam suasana yang santai dan mesra.

๐Ÿฆท Klinik Pergigian Bidor turut serta menjalankan:
โ€ข Ceramah & kuiz kesihatan pergigian
โ€ข Pameran pergigian
โ€ข Pemeriksaan pergigian

๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ Kakitangan Terlibat:
โ€ข 2 Pegawai Pergigian (PP)
โ€ข 1 Jururawat Pergigian (JP)
โ€ข 2 Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP)
โ€ข 1 Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK)

๐Ÿ’‰ Turut diadakan:
โ€ข Saringan kesihatan
โ€ข Aktiviti sukaneka seperti mengukur kelapa dan permainan tradisional batu seremban ๐Ÿฅฅ

โœจ Program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk Kg Dato Kamaruddin.
โœจ Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam usaha memupuk kesedaran kesihatan dan mengeratkan hubungan bersama komuniti setempat โค๏ธ


๐Ÿฆทโœจ ๐‘ด๐‘ฐ๐‘ป๐‘ถ๐‘บ ๐’—๐’” ๐‘ญ๐‘จ๐‘ฒ๐‘ป๐‘จ ๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘ฎ๐‘ฐ ๐‘บ๐‘ผ๐‘บ๐‘ผ โœจ๐Ÿฆทโ€œGigi susu akan tanggal juga, tak perlu dirawatโ€ฆโ€ โŒRamai masih percaya mitos ini, sedangka...
25/05/2026

๐Ÿฆทโœจ ๐‘ด๐‘ฐ๐‘ป๐‘ถ๐‘บ ๐’—๐’” ๐‘ญ๐‘จ๐‘ฒ๐‘ป๐‘จ ๐‘ฎ๐‘ฐ๐‘ฎ๐‘ฐ ๐‘บ๐‘ผ๐‘บ๐‘ผ โœจ๐Ÿฆท

โ€œGigi susu akan tanggal juga, tak perlu dirawatโ€ฆโ€ โŒ
Ramai masih percaya mitos ini, sedangkan gigi susu sangat penting untuk pertumbuhan dan kesihatan anak! ๐Ÿ‘ง๐Ÿ‘ฆ

โœ… Gigi susu membantu anak makan, bercakap dan memastikan gigi kekal tumbuh dengan baik.
โœ… Gigi berlubang boleh menyebabkan sakit, jangkitan dan mengganggu pembelajaran anak.
โœ… Penjagaan awal membentuk senyuman sihat hingga dewasa.

๐Ÿ“Œ Jom amalkan penjagaan gigi setiap hari:
๐Ÿชฅ Berus gigi 2 kali sehari dengan ubat gigi berfluorida
๐Ÿญ Kurangkan makanan manis dan melekit
๐Ÿฆท Pemeriksaan gigi setiap 6 bulan
๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ง Didik anak menjaga kebersihan mulut sejak kecil

Sayangi gigi susu untuk senyuman sihat di masa depan! ๐Ÿ’™

Pereka infografik :
Dr Syazwana Binti Abd Rashid
Klinik Pergigian Slim River




Address

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang, Jalan Damai
Tapah
35000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Batang Padang:

Share