19/05/2026
LAPORAN PROGRAM
PROGRAM INISIATIF MASJID SIHAT, PERANGI GULA
Tarikh: 17 Mei 2026 (Ahad)
Masa: Bermula seawal Subuh sehingga 1.00 tengah hari
Tempat: Arena Square, Masjid Jamek Sungkai
1. PENGENALAN
Program Inisiatif Masjid Sihat, Perangi Gula telah dianjurkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Daerah Batang Padang, Pejabat Agama Islam Daerah Tapah dan Masjid Jamek Sungkai. Program ini dilaksanakan sebagai usaha menyokong titah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan agar institusi masjid berperanan sebagai pusat penyebaran ilmu serta pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Program ini turut memberi penekanan terhadap kesedaran penjagaan kesihatan khususnya dalam usaha mengurangkan pengambilan gula dan membudayakan amalan hidup sihat dalam komuniti setempat.
2. OBJEKTIF PROGRAM
Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dan pengurangan pengambilan gula.
Mengimarahkan institusi masjid melalui pengisian kerohanian dan aktiviti kemasyarakatan.
Menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.
Memperkukuhkan hubungan antara agensi kerajaan, pihak masjid dan komuniti setempat.
3. TENTATIF PROGRAM
Seawal Subuh
Solat Subuh berjemaah
Kuliah Subuh bertajuk “Indahnya Makanan Sunnah”
Jam 7.30 pagi
Program Senamrobik
Aktiviti Fun Walk
Peserta yang menyertai Fun Walk turut menerima goodies sarapan selepas tamat program.
4. PERASMIAN PROGRAM
Program telah dirasmikan oleh YDH Dato’ Haji Mat Rasid Bin Ayob, Orang Besar Jajahan Batang.
Turut hadir memeriahkan program ialah:
YBrs. Tuan Haji Rozaini Bin Haji Ibrahim
Pegawai Tadbir Agama Daerah Tapah
Us. Mohd Shukor Abdillah Bin Razali
Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Tapah
Pengerusi-pengerusi masjid Daerah Batang Padang
Pimpinan masyarakat
Penduduk setempat
5. PERJALANAN PROGRAM
Program bermula seawal waktu Subuh dengan solat berjemaah yang mendapat sambutan baik daripada ahli kariah dan masyarakat sekitar. Seterusnya, para peserta mengikuti kuliah Subuh bertajuk “Indahnya Makanan Sunnah” yang memberi penekanan kepada pemakanan sihat menurut perspektif Islam.
Pada sebelah pagi, program diteruskan dengan aktiviti senamrobik dan Fun Walk yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan dewasa, belia dan kanak-kanak. Aktiviti ini berjaya mewujudkan suasana yang meriah serta memupuk semangat hidup sihat dalam komuniti.
Program berlangsung dengan lancar hasil kerjasama erat antara pihak penganjur, jawatankuasa masjid serta para peserta yang hadir.
6. PENUTUP
Secara keseluruhannya, Program Inisiatif Masjid Sihat, Perangi Gula berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan di samping mengimarahkan institusi masjid melalui aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan masyarakat yang sihat, berilmu dan bersatu padu.