Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti - PLPK HRD Corp

Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti - PLPK HRD Corp Selamat Datang ke Page Rasmi Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK), HRD Corp

Memperkasakan aktiviti pembangunan sosioekonomi serta latihan peningkatan kemahiran untuk komuniti

30/12/2025
Menutup tirai tahun 2025, PLPK HRD Corp Perak telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan komuniti hasil k...
24/12/2025

Menutup tirai tahun 2025, PLPK HRD Corp Perak telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan komuniti hasil kerjasama erat antara rakan strategik.

Secara keseluruhan, pelaksanaan program sepanjang tahun 2025 mencerminkan keupayaan PLPK HRD Corp Perak dalam melaksanakan usaha-usaha pembangunan komuniti secara berstruktur, fokus dan berimpak. Usaha ini adalah selaras dengan aspirasi HRD Corp dalam memperkasa pembangunan modal insan dan masyarakat setempat secara mampan.







HRD Corp - Human Resource Development Corporation
Kementerian Sumber Manusia
Stratcomm Perak

PLPK HRD Corp Perak kekal komited dengan pelaksanaan latihan peningkatan kemahiran, sesi libat urus komuniti, khidmat bi...
23/12/2025

PLPK HRD Corp Perak kekal komited dengan pelaksanaan latihan peningkatan kemahiran, sesi libat urus komuniti, khidmat bimbingan serta kolaborasi strategik merentas agensi sepanjang tempoh Julai hingga September 2025.

Fokus pelaksanaan dalam tempoh ini adalah kepada peningkatan kualiti penyampaian program, pengukuhan kebolehpasaran komuniti sasaran serta peluasan jaringan kerjasama strategik. Inisiatif yang dilaksanakan menyokong usaha pembangunan kapasiti komuniti secara inklusif dan mampan.







HRD Corp - Human Resource Development Corporation
Kementerian Sumber Manusia
Stratcomm Perak

Pada suku tahun kedua 2025, PLPK HRD Corp Perak terus memainkan peranan dalam memperkasakan komuniti melalui pelaksanaan...
22/12/2025

Pada suku tahun kedua 2025, PLPK HRD Corp Perak terus memainkan peranan dalam memperkasakan komuniti melalui pelaksanaan program pembangunan komuniti, latihan kemahiran serta khidmat bimbingan.

Penglibatan komuniti dan kerjasama strategik terus diperkukuh bagi menyokong agenda meningkatkan kemahiran komuniti setempat. Fokus pelaksanaan adalah untuk memastikan kesinambungan program serta penyampaian perkhidmatan yang berimpak tinggi dan berkesan kepada golongan sasaran.







HRD Corp - Human Resource Development Corporation
Kementerian Sumber Manusia
Stratcomm Perak

PLPK HRD Corp Perak telah melaksanakan pelbagai program pembangunan komuniti, latihan peningkatan dan kemahiran semula, ...
21/12/2025

PLPK HRD Corp Perak telah melaksanakan pelbagai program pembangunan komuniti, latihan peningkatan dan kemahiran semula, serta khidmat nasihat sepanjang Januari hingga Mac 2025.

Pelaksanaan inisiatif ini dilaksanakan secara berperingkat dengan penglibatan rakan pelaksana strategik yang merangkumi agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan komuniti. Fokus utama adalah untuk mewujudkan asas pelaksanaan program yang lebih tersusun dan responsif terhadap keperluan komuniti setempat, selaras dengan mandat HRD Corp dalam membangunkan modal insan.







HRD Corp - Human Resource Development Corporation
Kementerian Sumber Manusia
Stratcomm Perak

Program di bawah Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp Perak terus membuka peluang kepada komuniti temp...
13/11/2025

Program di bawah Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp Perak terus membuka peluang kepada komuniti tempatan untuk meneroka dunia teknologi Artificial Intelligence (AI).

Nur Aโ€™in Suraya Aznol Rizal, seorang guru Sejarah dari SMK Bidor, Perak, telah menyertai โ€œProgram Pemerkasaan Inovatif Pengajaran Sejarah Terarah Teknologi (PINTAR)โ€. Program ini menjadikan mata pelajaran Sejarah lebih menarik dan interaktif, bukan sekadar berasaskan buku teks, malah boleh diaplikasikan melalui AI video untuk pengalaman pembelajaran yang lebih dinamik.

Kami di PLPK HRD Corp Perak sentiasa bersedia untuk terus memperkasa komuniti tempatan!

Ikuti media sosial untuk ketahui lebih lanjut tentang program-program khas untuk komuniti tempatan.

HRD Corp - Human Resource Development Corporation






(PINTAR)

Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp, Perak telah dijemput untuk membuka reruai pameran sempena Progra...
11/11/2025

Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp, Perak telah dijemput untuk membuka reruai pameran sempena Program PUO Open Day anjuran Politeknik Ungku Omar.

๐Ÿ“… Tarikh: 30 Oktober 2025 (Khamis)
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Lokasi: Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak

Penyertaan ini bertujuan memperkenalkan peranan serta fungsi HRD Corp dan PLPK HRD Corp, Perak kepada para pelajar, tenaga pengajar, dan pengunjung yang hadir, di samping memberi pendedahan mengenai peluang latihan serta program kursus yang ditawarkan oleh PLPK HRD Corp, Perak.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Politeknik Ungku Omar atas jemputan untuk memeriahkan PUO Open Day.

HRD Corp - Human Resource Development Corporation





Program latihan di bawah Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp Perak terus membuka peluang kepada komun...
04/11/2025

Program latihan di bawah Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp Perak terus membuka peluang kepada komuniti tempatan untuk melangkah ke dunia TVET dan membina kerjaya yang stabil.

Hardy Sham Hesamudin, graduan PLPK HRD Corp Perak, kini berjaya menempatkan diri sebagai Juruteknik di Gamuda Industrial Building System Sdn. Bhd. Beliau berterima kasih kepada PLPK HRD Corp atas keyakinan dan sokongan yang diberikan sepanjang perjalanan beliau.

Kami di PLPK HRD Corp Perak komited untuk terus memperkasa komuniti melalui latihan kemahiran dan penempatan pekerjaan! Ikuti kami di media sosial untuk mengetahui lebih banyak kisah kejayaan dan peluang latihan akan datang.

HRD Corp - Human Resource Development Corporation

Program-program anjuran Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp Perak sangat bermakna buat komuniti yang ...
04/11/2025

Program-program anjuran Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp Perak sangat bermakna buat komuniti yang memerlukan.

Norfatinah Olleh, seorang wanita daripada komuniti orang asli yang menyertai program Kursus Asas Jahitan selama sebulan telah menggunakan kemahiran tersebut untuk membuka kedai jahit beliau sendiri.

Kami di PLPK HRD Corp Perak sentiasa bersedia untuk terus memperkasa komuniti tempatan! Ikuti media sosial untuk ketahui lebih lanjut tentang program-program khas untuk komuniti tempatan.

HRD Corp - Human Resource Development Corporation



Temuduga Terbuka MYFutureJobs anjuran PERKESO Tapah dengan kerjasama Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD C...
29/10/2025

Temuduga Terbuka MYFutureJobs anjuran PERKESO Tapah dengan kerjasama Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp, Perak serta J.K. Wire Harness Sdn. Bhd.

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 7 Oktober 2025 (Selasa)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 1.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: PLPK HRD Corp, Perak
๐Ÿ‘ฅ Jumlah Pencari Kerja: 19 Orang

Program temuduga ini bertujuan membuka peluang pekerjaan secara langsung kepada para pencari kerja bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor pengeluaran komponen pendawaian kenderaan serta menyokong operasi kilang yang sedang berkembang pesat melalui pengisian kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh J.K. Wire Harness Sdn. Bhd. Antara jawatan yang ditawarkan termasuk Executive โ€“ Production Control, Production Supervisor dan Technician.

Pihak PLPK HRD Corp, Perak mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang hadir ke sesi temuduga kali ini.

HRD Corp - Human Resource Development Corporation

Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Batang Padang, Perak Tahun 2025/2026๐Ÿ—“๏ธTarikh: 18 Jun...
10/10/2025

Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Batang Padang, Perak Tahun 2025/2026

๐Ÿ—“๏ธTarikh: 18 Jun 2025 (Rabu)
โฐMasa: 2.30 petang - 5.30 petang
๐Ÿ“Tempat: Bilik Gerakan Pejabat Daerah & Tanah Batang Padang, Perak

PLPK HRD Corp, Perak telah dilantik dan menerima sijil watikah perlantikan sebagai Ahli Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Batang Padang 2025/2026. Persidangan ini merupakan platform kepada golongan belia untuk menyuarakan pandangan serta idea kepada pihak Kerajaan di mana MPBN juga bertindak sebagai badan perundingan dalam aspek pembangunan belia.

Turut hadir sama dalam persidangan ini ialah Encik Ahmad Redhauddin, Pegawai Daerah Batang Padang Merangkap Pengerusi MPBN Daerah Batang Padang; YB Dr. Muhamad Yusri Bin Bakir, ADUN Ayer Kuning; YB Choong Shin Heng, ADUN Chenderiang; Tuan Haji Safri, Pegawai Khas Ahli Parlimen Tapah dan Encik Megat Hafizal, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batang Padang.

HRD Corp - Human Resource Development Corporation
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak









Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp, Perak dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Se...
09/10/2025

Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp, Perak dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Perak Tengah telah menganjurkan Karnival TVET 2025 Daerah Perak Tengah.

๐Ÿ“… Tarikh: 25 September 2025 (Khamis)
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 1.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Institut Kemahiran Belia
Negara (IKBN) Seri Iskandar, Perak
๐Ÿ‘ฅ Jumlah Peserta: 234 Pelajar

Antara aktiviti menarik yang dijalankan termasuk pameran pembelajaran oleh pelajar IKBN serta Forum Success Story Alumni TVET, yang menampilkan perkongsian pengalaman dan inspirasi daripada alumni IKBN, GIATMARA dan Kolej Vokasional.

Karnival ini berperanan sebagai platform sehenti untuk lepasan SPM 2024 meneroka peluang pendidikan tinggi, memahami laluan TVET, dan mengenal pasti pilihan kerjaya yang selaras dengan keperluan industri. Inisiatif ini juga menyokong usaha kerajaan dalam mempromosikan TVET sebagai pilihan kerjaya yang mampan dan berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas kerjasama dalam menjayakan karnival ini.

HRD Corp - Human Resource Development Corporation








Address

No 2 & 3, Jalan Akasia 2/1, Pusat Perniagaan Akasia 2
Tapah
35000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti - PLPK HRD Corp posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti - PLPK HRD Corp:

Share