19/02/2026
*LAWATAN KERJA PASUKAN BUSINESS CONTINUITY MANAGEMENT SYSTEM (BCMS)*
Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) berbesar hati menerima lawatan kerja daripada pas**an Business Continuity Management System (BCMS) Institut Kanser Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 13 Februari 2026.
Lawatan ini bukan sekadar sesi rasmi, tetapi satu ruang perkongsian ilmu yang sangat bermakna. Banyak perkara baharu yang kami pelajari, khususnya dalam aspek pengurusan risiko dan memastikan perkhidmatan kesihatan terus berjalan walaupun berdepan cabaran atau situasi bencana.
Perbincangan yang berlangsung secara terbuka dan dua hala memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, pengalaman dan idea.
Suasana yang positif dan profesional ini amat kami hargai.
Kami juga berharap lawatan ke Wad Psikiatri Forensik sedikit sebanyak memberi gambaran dan input yang berguna kepada pas**an BCMS dalam memahami keunikan serta cabaran perkhidmatan forensik psikiatri.
Terima kasih atas kesudian meluangkan masa dan berkongsi kepakaran.
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi perkhidmatan kesihatan yang lebih bersedia dan berdaya tahan.