Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan HBUK

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan HBUK page Rasmi Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Bahagia Ulu Kinta

๐Ÿค ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—ข๐—ข๐—ฅ๐——๐—œ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—ฉ๐—”๐—ง๐—˜ ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฌ๐—–๐—›๐—œ๐—”๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—– ๐—ก๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐—›๐—ข๐— ๐—˜Pada hari ini 16 Julai 2026 (Khamis) telah berl...
16/07/2026

๐Ÿค ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—ข๐—ข๐—ฅ๐——๐—œ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฆ๐—”๐—›๐—” ๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—ฉ๐—”๐—ง๐—˜ ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฌ๐—–๐—›๐—œ๐—”๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—– ๐—ก๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐—›๐—ข๐— ๐—˜

Pada hari ini 16 Julai 2026 (Khamis) telah berlangsung Mesyuarat Koordinasi Bersama Pengusaha Private Psychiatric Nursing Home bermula jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Klinik Pakar, Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK).

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr. Ian Lloyd, Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, dan turut dihadiri oleh Dr. Qabil (Timbalan Pengarah Perubatan), Dr. Shawal (Timbalan Pengarah Sokongan Klinikal), Tuan Haji Aziz Mohd Nor (Ketua Penyelia PPP), Matron Rohaida (Ketua Penyelia Jururawat), Pakar serta wakil-wakil pengusaha Private Psychiatric Nursing Home.

Pelbagai isu, penemuan, pandangan dan cadangan telah dibincangkan secara dua hala bagi memperkukuh kerjasama serta menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan, khususnya dalam aspek penjagaan pesakit (Patient Care).

Inisiatif ini merupakan satu langkah yang amat baik oleh pihak Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta dalam mewujudkan jalinan kerjasama yang lebih erat dengan semua pihak berkepentingan. Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan mental yang lebih berkualiti, selamat dan berfokuskan kesejahteraan pesakit.





๐Ÿ“ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ž๐—ฃ๐—›Pada 12 Jun 2026 (Jumaat), Tn. Haji Aziz Mohd Nor telah mengadakan sesi pemant...
15/06/2026

๐Ÿ“ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ž๐—ฃ๐—›

Pada 12 Jun 2026 (Jumaat), Tn. Haji Aziz Mohd Nor telah mengadakan sesi pemantauan di Wad Kemasukan Lelaki (WKL) bagi meninjau pelaksanaan proses kerja serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan kepada pesakit.

Pemantauan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan budaya kerja cemerlang, pematuhan kepada prosedur yang ditetapkan serta usaha penambahbaikan berterusan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan keselamatan pesakit.

Semoga setiap warga kerja terus mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi, mengamalkan kerja berpasukan yang mantap dan memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan organisasi.




๐Ÿš’  ๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐จ๐ฆ๐›๐š ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ซ๐ž๐ฅ๐š ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š ๐”๐ฅ๐ฎ ๐Š๐ข๐ง๐ญ๐š (๐‡๐๐”๐Š) ๐Ÿš’Mesyuarat Pasukan Bomba Sukarela Hospital Bahagia...
11/06/2026

๐Ÿš’ ๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐จ๐ฆ๐›๐š ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ซ๐ž๐ฅ๐š ๐‡๐จ๐ฌ๐ฉ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š ๐”๐ฅ๐ฎ ๐Š๐ข๐ง๐ญ๐š (๐‡๐๐”๐Š) ๐Ÿš’

Mesyuarat Pasukan Bomba Sukarela Hospital Bahagia Ulu Kinta telah diadakan 11 Jun 2026 pada jam 2.30 petang di Dewan Mesyuarat Forensik Akut dan dipengerusikan oleh Tn. Haji Abdul Aziz Mohd Nor, Pengerusi Pasukan & Ketua Penyelia PPP HBUK.

Tujuan mesyuarat adalah untuk memperkenalkan anggota baharu PBS yang terdiri daripada doktor, Penolong Pegawai Perubatan, jururawat, Pegawai Fisioterapi serta ketua-ketua unit. Sesi pengenalan pasukan telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi PBS HBUK, PPP En. Sugumar Sugu.

Pertambahan anggota baharu mencerminkan semangat dan komitmen pasukan yang semakin kukuh dalam memperkasakan aspek keselamatan kebakaran di hospital. Tahniah dan syabas kepada seluruh anggota Pasukan Bomba Sukarela HBUK atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan.

๐Ÿ”ฅ "Bersedia, Cekap dan Berintegriti Demi Keselamatan Warga Hospital." ๐Ÿ”ฅ


๐Ÿ“Œ TAKLIMAT DAN PENERANGAN BERKENAAN HSIP UNTUK PERKHIDMATAN FEMS๐Ÿ“ Dewan Bahagia, Hospital Bahagia Ulu Kinta๐Ÿ—“๏ธ 7 Mei 2026...
07/05/2026

๐Ÿ“Œ TAKLIMAT DAN PENERANGAN BERKENAAN HSIP UNTUK PERKHIDMATAN FEMS
๐Ÿ“ Dewan Bahagia, Hospital Bahagia Ulu Kinta
๐Ÿ—“๏ธ 7 Mei 2026 (Khamis)

Satu sesi taklimat dan penerangan berkaitan HSIP bagi Perkhidmatan FEMS telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran anggota hospital daripada pelbagai jawatan termasuk Penolong Pegawai Perubatan (PPP), Jururawat (JT) serta Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK).

Program ini bertujuan memberi pendedahan, penerangan serta kefahaman yang lebih jelas berkaitan pelaksanaan dan pengurusan HSIP dalam perkhidmatan hospital.



๐Ÿ“… 5 Mei 2026 | 2.30 PetangSatu langkah ke hadapan dalam usaha penambahbaikan fasiliti!Lawatan tapak projek penukaran bum...
05/05/2026

๐Ÿ“… 5 Mei 2026 | 2.30 Petang

Satu langkah ke hadapan dalam usaha penambahbaikan fasiliti!

Lawatan tapak projek penukaran bumbung dan kerja-kerja wiring wad hospital telah diadakan oleh Dr. Mustafa Syawal, Timbalan Pengarah Sokongan Klinikal HBUK bersama Tn. Hj. Abdul Aziz Mohd Nor, Ketua Penyelia Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan HBUK.

Projek ini kini berada di fasa persiapan akhir, dengan komitmen padu daripada pihak jurutera hospital dan JKR dalam memastikan setiap aspek dilaksanakan dengan teliti dan berkualiti tinggi.

โœจ Diharapkan pembangunan baharu ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan dan keselesaan, malah menyuntik semangat baharu kepada seluruh warga HBUK dalam memberikan perkhidmatan terbaik.





Latihan Pasukan Bomba Sukarela HBUK merupakan salah satu inisiatif penting di bawah Emergency Response Team (ERT), Unit ...
04/05/2026

Latihan Pasukan Bomba Sukarela HBUK merupakan salah satu inisiatif penting di bawah Emergency Response Team (ERT), Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan HBUK. Latihan ini dilaksanakan secara konsisten sebanyak 6 kali setahun, iaitu setiap 2 bulan, sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan keselamatan warga hospital.

Pasukan ini dianggotai seramai 40 orang daripada pelbagai jawatan di HBUK, membuktikan semangat kerjasama dan komitmen tinggi merentas bidang. Kehadiran En. Sugumar Sugu, PPP U9 yang baru sahaja menyertai Unit Penyeliaan HBUK telah membawa semangat baharu apabila beliau dengan penuh dedikasi tampil memikul tanggungjawab sebagai timbalan pengerusi pasukan.

Beliau meluahkan rasa bangga dan terharu melihat kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh anggota PPP dan PPK dalam menjayakan pasukan Bomba Sukarela ini. Semangat berpasukan, disiplin dan keprihatinan terhadap keselamatan jelas terpancar dalam setiap latihan yang dijalankan.

Syabas dan tahniah kepada semua anggota yang terus komited! Bersama kita memperkukuh budaya keselamatan demi kesejahteraan semua. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ’ช

๐Ÿ“ข CME Jumaat | 29 April 2026Slot CME khas telah disampaikan oleh PPP Sayfullah (WKL) yang mengetengahkan penerangan berk...
04/05/2026

๐Ÿ“ข CME Jumaat | 29 April 2026

Slot CME khas telah disampaikan oleh PPP Sayfullah (WKL) yang mengetengahkan penerangan berkaitan penambahbaikan penggunaan Inpatient Clinical Observation Chart (COC).

Perkongsian ini turut menampilkan pelbagai inisiatif dan idea penambahbaikan hasil usaha Unit Penyeliaan, yang bertujuan meningkatkan kualiti pemantauan klinikal serta keselamatan pesakit.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat baik dengan kehadiran semua lapisan anggota HBUK, mencerminkan komitmen tinggi dalam memperkukuh amalan klinikal yang lebih efektif dan sistematik.

๐Ÿ‘ Syabas dan tahniah diucapkan kepada penceramah atas penyampaian yang jelas, padat dan penuh manfaat. Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat diaplikasikan dengan sebaiknya dalam perkhidmatan harian.


โœจ PROGRAM CME UNIT PENYELIAAN HBUK - APRIL 2026 โœจ๐Ÿ“ข Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan HBUK telah menganjurkan CM...
04/05/2026

โœจ PROGRAM CME UNIT PENYELIAAN HBUK - APRIL 2026 โœจ

๐Ÿ“ข Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan HBUK telah menganjurkan CME bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran warga PPP & PPK HBUK.

๐Ÿ—“ 22 April 2026 (Rabu)
๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ Penceramah 1: En. Sukeri bin Mohd Idris (PPP U6 TBK)
๐Ÿ“Œ Tajuk: Penyakit Bipolar Mood Disorder

๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ Penceramah 2: Pn. Aishah bt Mohd Arifin (Pegawai Farmasi)
๐Ÿ“Œ Tajuk: Pengendalian Ubat Psikotropik di Wad & Perkhidmatan TDM

๐Ÿ—“ 23 April 2026 (Khamis)
๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ Penceramah 1: En. Ahmad Khairi bin Abdullah (PPP MW 12-14)
๐Ÿ“Œ Tajuk: Diabetes Mellitus

๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ Penceramah 2: En. Mohd Kheirsyam bin Ramli (PPP MW 15-17)
๐Ÿ“Œ Tajuk: Penyakit Jantung Koronari

๐Ÿ‘ Terima kasih kepada semua penceramah atas perkongsian ilmu yang bermanfaat serta kepada semua peserta yang hadir. Semoga ilmu yang diperoleh dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada pesakit.


๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐Œ๐€๐ˆ, ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐‡๐‘๐”Alhamdulillah, telah berlangsung sesi lawatan rasmi oleh Unit Penyeliaan Penolong...
27/04/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐Œ๐€๐ˆ, ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ ๐๐€๐‡๐‘๐”

Alhamdulillah, telah berlangsung sesi lawatan rasmi oleh Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Bahagia Ulu Kinta ke Hospital Permai, Johor Bahru bagi tujuan perkongsian ilmu dan pengauditan berkaitan ๐—”๐—ธ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฆ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฑ ๐Ÿฎ๐Ÿฑ: ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น ๐—”๐˜€๐˜€๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฎ๐—ป๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฐ๐—ฒ๐˜€ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

๐Ÿ—“ Tarikh: 22 - 24 April 2026

Lawatan ini telah diketuai oleh Tuan Haji Aziz Mohd Nor (Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan HBUK) bersama penyelia- penyelia PPP HBUK :

โ€ข En. Rafizal Bin Adham (PPP U9)
โ€ข En. Mahadzir Bin Yusof (PPP U7)
โ€ข En. Mat Isa Bin Shaari (PPP U7)
โ€ข En. Fikri Bin Mohamad Hasan (PPP U7)
โ€ข En. Shahrul Helmi Bin Arifin (PPP U6 TBK)

Lawatan ini bertujuan untuk mendalami serta mempelajari pelaksanaan standard akreditasi dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan di fasiliti kesihatan. Selain itu, ia juga menjadi platform perkongsian pengalaman, amalan terbaik serta pengukuhan kerjasama antara hospital.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Hospital Permai atas sambutan mesra, kerjasama dan kesudian menerima kunjungan kami.

๐Ÿค Semoga hubungan baik ini terus terjalin dan memberi manfaat dalam usaha memperkasa perkhidmatan kesihatan negara.






๐Ÿ’ผ ๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฃ๐—ฃ ๐—›๐—•๐—จ๐—ž ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ž๐—ฒ ๐—”๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐— ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฝ!Mesyuarat Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan ...
21/04/2026

๐Ÿ’ผ ๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฃ๐—ฃ ๐—›๐—•๐—จ๐—ž ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ž๐—ฒ ๐—”๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐— ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฝ!

Mesyuarat Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan HBUK bagi bulan April 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 21 April 2026 bertempat di Dewan Bahagia HBUK.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr. Mustafa Shawal Bin Safian, Timbalan Pengarah Sokongan Klinikal, bersama kehadiran Tuan Haji Aziz Mohd Nor selaku Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan, Ketua Penyelia Zon serta Ketua Unit Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Wad seramai 32 orang.

Perbincangan yang berlangsung memberi fokus kepada pemantapan perkhidmatan, peningkatan kualiti kerja serta pengukuhan kerjasama dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih efisien dan berkualiti.

Semoga segala perancangan dan keputusan yang dicapai dapat dilaksanakan dengan cemerlang demi manfaat bersama.

Address

Hospital Bahagia Ulu Kinta
Tanjung Rambutan
31250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan HBUK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share