Briged Utara PGA

Briged Utara PGA Facebook Rasmi Bagi Briged Utara Pasukan Gerakan Am Polis DiRaja Malaysia
(2)

Penafian/Disclaimer:
Polis Diraja Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam Laman Rasmi Facebook PDRM ini. Royal Malaysia Police is not responsible for any loss or damages that may be incurred by the user as a result of using the information on this site.

11/05/2026
11/05/2026

KERATAN AKHBAR PILIHAN: MESIN PROSES SISA PLASTIK HARAM RM5 JUTA DIRAMPAS

Tapah, 1 Mac 2026 - Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Cawangan Risik Batalion 3 Briged Utara telah menyerbu sebuah premis yang menjalankan aktiviti pemprosesan sisa plastik tanpa kelulusan di Sungkai dengan rampasan pelbagai mesin dengan nilai keseluruhan sebanyak RM5.01 juta.

Komander Briged Utara PGA SAC Balveer Singh berkata, Op Taring Alpha 5 itu dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Majlis Daerah Batang Padang serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah digerakkan hasil maklumat risikan terhadap premis tersebut terdahulu.

Menurutnya, operasi sekitar jam 10 pagi Rabu itu turut menahan seorang wanita tempatan berumur 30-an dipercayai kerani dan 11 lelaki warga Bangladesh berumur antara 23 hingga 55 tahun disyaki pekerja di premis.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut telah memasang dan mengendalikan beberapa fasiliti pemprosesan plastik tanpa notifikasi dan kelulusan daripada pihak JAS. Pasukan serbuan turut menemui sejumlah besar longgokan plastik yang belum dan telah diproses.

Siasatan awal telah mendapati, suspek menjadikan premis ini sebagai lokasi pemprosesan material plastik tanpa kelulusan pihak JAS. Premis berkenaan telah beroperasi lebih dari enam tahun dan bekalan bahan sisa plastik diperolehi di Lembah Klang.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan KOSMO seperti di lampiran.

MAJLIS ‘FLAG OFF’ TEMASYA SUKAN PIALA KETUA POLIS NEGARA 2026BRIGED UTARA PGA04 Mei 2026 (Isnin) – Telah berlangsung Maj...
04/05/2026

MAJLIS ‘FLAG OFF’ TEMASYA SUKAN PIALA KETUA POLIS NEGARA 2026
BRIGED UTARA PGA

04 Mei 2026 (Isnin) – Telah berlangsung Majlis ‘Flag Off’ Temasya Sukan Piala Ketua Polis Negara 2026 bagi Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) bertempat di Mes JPO Briged Utara PGA.

Majlis telah disempurnakan oleh YDH Timbalan Komander Briged Utara PGA sebagai simbolik pelepasan kontinjen Briged Utara PGA yang akan menyertai Temasya Sukan Piala Ketua Polis Negara Tahun 2026.

Atur cara majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru, diikuti bacaan doa serta ucapan oleh YDH Timbalan Komander Briged Utara PGA. Majlis diteruskan dengan gimik penyerahan bendera Briged Utara PGA sebagai tanda rasmi pelepasan kontinjen.

Sebanyak lapan (8) acara sukan utama yang akan disertai oleh kontinjen Briged Utara PGA bersama pengurus pasukan adalah seperti berikut:

1. Olahraga – INSP G/23314 Mohd Kamal Bin Nor Azman Shah
2. Futsal – ASP G/21833 Mohd Azran Bin Azizan / INSP G/25652 Muhammad Hafizul Afif Bin Yasit
3. Badminton – DSP G/15955 Abdul Razak Bin Husin
4. IPSC – ASP G/17103 Nabil Fikree Bin Omar
5. Ping Pong – INSP G/25876 Mohd Fadhil Bin Mohd Daud
6. Ragbi – INSP G/22483 Ahmad Zakwan Bin Che Zakaria
7. Karate – ASP G/15487 Shafie Bin Mat Jatim
8. Hoki – ASP G/16565 Mohd Izwan Bin Mustafar

Kesemua pasukan akan mewakili Briged Utara PGA dalam Temasya Sukan Piala Ketua Polis Negara 2026 yang berlangsung mengikut ketetapan lokasi dan tarikh yang telah ditetapkan di seluruh negara.

Majlis ini menjadi pemangkin semangat kepada semua atlet untuk beraksi dengan penuh disiplin, semangat kesukanan serta mengharumkan nama Briged Utara PGA.

SELAMAT HARI PEKERJA 2026OLEH KOMANDER BRIGED UTARA PGASelamat Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga kerja Malaysia, kh...
01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026
OLEH KOMANDER BRIGED UTARA PGA

Selamat Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga kerja Malaysia, khususnya anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia dan Warga Kerja Briged Utara PGA.

Tema tahun ini, “Pekerja Madani Kesuma Bangsa”, mencerminkan peranan besar setiap pekerja sebagai tulang belakang kepada kestabilan, keselamatan dan kemajuan negara.

Sebagai anggota pasukan keselamatan, kita memikul amanah yang tinggi dalam memastikan keamanan terus terpelihara. Pengorbanan, komitmen dan disiplin yang ditunjukkan oleh setiap warga kerja amatlah dihargai dan menjadi kekuatan utama organisasi.

Marilah kita terus memperkukuh semangat kerja berpasukan, meningkatkan profesionalisme serta mengekalkan integriti dalam setiap tugasan yang dilaksanakan demi kesejahteraan negara.

Selamat Hari Pekerja. Terus berkhidmat dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab.

Ikhlas daripada,
YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh
Komander Briged Utara PGA

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KOMANDER BRIGED UTARAPada hari ini, telah berlangsung satu kunjungan hormat oleh wakil Persatua...
29/04/2026

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KOMANDER BRIGED UTARA

Pada hari ini, telah berlangsung satu kunjungan hormat oleh wakil Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Cawangan Ipoh ke atas Komander Briged Utara, YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh, bertempat di Pejabat Rasmi Komander Briged Utara.

Kunjungan hormat tersebut dihadiri oleh:
• En. Abdullah Bin Saad, Pemangku Pengerusi PBPM Cawangan Ipoh
• En. Au Wai Wah, Pemangku Timbalan Pengerusi PBPM Cawangan Ipoh

Pertemuan ini bertujuan membincangkan hala tuju serta memperkukuh kerjasama dan sokongan terhadap kebajikan pesara-pesara Polis Diraja Malaysia, khususnya di peringkat Briged Utara. Selain itu, pihak PBPM turut mengambil kesempatan menjemput Komander Briged Utara untuk merasmikan program-program yang melibatkan pesara-pesara polis pada masa akan datang.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasakan hubungan antara warga pasukan yang masih berkhidmat dan para pesara, selaras dengan semangat kebersamaan serta penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan mereka.

🎖️ YDH KOMANDER BRIGED UTARA DIANUGERAHKAN MASTER EOD BADGE KEHORMAT28 April 2026 Ulu Kinta – YDH SAC Balveer Singh a/l ...
28/04/2026

🎖️ YDH KOMANDER BRIGED UTARA DIANUGERAHKAN MASTER EOD BADGE KEHORMAT

28 April 2026 Ulu Kinta – YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh, Komander Briged Utara PGA telah dianugerahkan Lencana Kehormat Master "Explosive Ordnance Disposal" (EOD) sebagai pengiktirafan tertinggi daripada Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog).

Penganugerahan tersebut telah disempurnakan oleh YDH SAC Zaidy bin Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Persenjataan dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Pejabat Komander Briged Utara.

Pengiktirafan berprestij ini mencerminkan tahap profesionalisme, kepimpinan serta sumbangan signifikan beliau dalam memperkukuh keupayaan organisasi khususnya dalam aspek keselamatan, pengurusan risiko dan kompetensi berkaitan bahan letupan serta pemusnahan bom.

Untuk rekod, YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh memiliki latar belakang kepakaran yang kukuh dalam bidang berkaitan bahan letupan, termasuk telah mengikuti Kursus Jerangkap Samar pada tahun 1990 serta Kursus Jerangkap Samar Lanjutan pada tahun 1991. Pendedahan dan pengalaman ini secara langsung memperkukuh keupayaan taktikal serta kefahaman mendalam beliau dalam domain Explosive Ordnance Disposal (EOD).

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil penganugerahan dan lencana EOD oleh YDH SAC Zaidy bin Che Hassan kepada penerima.

Turut hadir:

- DSP Farizan bin Mohd Noor, Pegawai Turus Persenjataan Unit Pemusnah Bom
- ASP Nabil Fikree bin Omar, Pegawai Turus Persenjataan Briged Utara PGA
- Insp. Mohd Kamal bin Nor Azman Shah, Pegawai Operasi Persenjataan Briged Utara

PERHIMPUNAN BULANAN & MESYUARAT BULANAN BRIGED UTARA PGA27 April 2026 - Markas Briged Utara PGA. Telah dilaksanakan Perh...
27/04/2026

PERHIMPUNAN BULANAN & MESYUARAT BULANAN BRIGED UTARA PGA

27 April 2026 - Markas Briged Utara PGA. Telah dilaksanakan Perhimpunan Bulanan Briged Utara PGA yang disempurnakan oleh Komander Briged Utara dengan kehadiran pegawai dan anggota Briged Utara.

Perhimpunan dan mesyuarat pada kali ini telah dianjurkan oleh Batalion 1 PGA selaku tuan rumah.

Antara pengisian utama perhimpunan:
• Penyampaian Sijil Penghargaan kepada pegawai dan anggota yang berprestasi cemerlang
• Penyerahan komputer riba (laptop) kepada Cawangan Risik dan Gerakan bagi setiap batalion

Seterusnya, turut diadakan Mesyuarat Bulanan Briged Utara yang dipengerusikan oleh Komander Briged Utara melibatkan semua Pegawai Memerintah Batalion serta pegawai-pegawai kanan Briged Utara.

Mesyuarat ini memberi fokus kepada:
• Penyelarasan gerak kerja operasi
• Pengukuhan tadbir urus
• Tahap kesiapsiagaan semasa

Program berjalan lancar dan mencerminkan komitmen berterusan Briged Utara dalam memastikan kecemerlangan perkhidmatan serta kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap tertinggi.


LAWATAN KERJA YB MENTERI DALAM NEGERI KE POS OPERASI PANTAI BARAT UTARA PGA, LANGKAWI, KEDAHLangkawi, 25 April 2026 – YB...
25/04/2026

LAWATAN KERJA YB MENTERI DALAM NEGERI KE POS OPERASI PANTAI BARAT UTARA PGA, LANGKAWI, KEDAH

Langkawi, 25 April 2026 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail, Menteri Dalam Negeri telah mengadakan lawatan kerja ke Pos Operasi Pantai Barat Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) di Langkawi, Kedah pada pagi ini.

Lawatan dimulakan di Pos Teluk Ewa pada jam 0730Hrs hingga 0930Hrs sebelum diteruskan ke Pos Telaga Harbour Park dari jam 0930Hrs hingga 1030Hrs.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YDH DCP Dato’ Mohamad Suzrin bin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah KDNKA (PGA); YDH DCP Baderulhisham bin Baharudin, Timbalan Ketua Polis Kedah; YDH SAC Balveer Singh A/L Mahindar Singh, Komander Briged Utara PGA, YBhg Laksamana Pertama Romli Mustafa, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis; YDH ACP Mohd Redzuan bin Salleh, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Negeri Kedah; serta YDH ACP Khairul Azhar bin Nuruddin, Ketua Polis Daerah Langkawi.

Sepanjang lawatan tersebut, YB Menteri Dalam Negeri telah diberikan taklimat secara walking briefing oleh YDH SAC Balveer Singh A/L Mahindar Singh, Komander Briged Utara PGA, yang merangkumi aspek operasi semasa, tahap kesiapsiagaan anggota serta keupayaan aset di lapangan.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau tahap kesiapsiagaan anggota keselamatan di lapangan, di samping menilai kemudahan, fasiliti serta kelengkapan yang digunakan dalam melaksanakan rondaan di kawasan persisiran pantai. Usaha ini penting bagi memperkukuh kawalan keselamatan sempadan negara, khususnya dalam mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin melalui laluan laut.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Dalam Negeri dalam memperkukuh aspek keselamatan negara serta memastikan kebajikan dan keupayaan anggota keselamatan sentiasa diberi perhatian sewajarnya.



PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KOPERASI PDRM24 April 2026 (Jumaat) – Telah berlangsung Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koper...
24/04/2026

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG KOPERASI PDRM

24 April 2026 (Jumaat) – Telah berlangsung Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (Daerah Gabungan Ibu Pejabat Briged Utara PGA & Batalion 1 PGA) bagi sesi 2026/2028 bertempat di Mess PRP Briged Utara PGA, Ulu Kinta, Perak.

Majlis telah disempurnakan oleh Komander Briged Utara PGA, YDH SAC Tuan Balveer Singh a/l Mahindar Singh.

Mesyuarat ini melibatkan penyertaan pegawai kanan dan anggota daripada pelbagai cawangan di bawah Briged Utara PGA dan BN 1 PGA, sebagai platform memperkukuh pengurusan serta hala tuju koperasi demi kebajikan warga pasukan.

Turut hadir, barisan pegawai kanan serta ahli-ahli koperasi yang memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan mesyuarat ini.

✨ Diharapkan koperasi terus maju dan memberi manfaat berterusan kepada seluruh warga PDRM.

Kunjungan Hormat Komander Briged Utara PGA ke Metropolitan Utilities Corporation Sdn. Bhd.24 April 2026 (Jumaat) – Koman...
24/04/2026

Kunjungan Hormat Komander Briged Utara PGA ke Metropolitan Utilities Corporation Sdn. Bhd.

24 April 2026 (Jumaat) – Komander Briged Utara PGA, YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh telah mengadakan kunjungan hormat ke Metropolitan Utilities Corporation Sdn. Bhd. di Loji Rawatan Air Sungai Kinta, Ulu Kinta.

Kunjungan hormat ini telah disambut oleh Pengerusi MUC, Yang Amat Berbahagia Tan Sri Mohd Annuar bin Zaini bersama barisan pegawai pengurusan dan eksekutif syarikat.

Lawatan ini bertujuan meninjau fungsi serta operasi loji rawatan air yang turut membekalkan sumber air kepada kawasan sekitar termasuk Briged Utara PGA, di samping memperkukuhkan persefahaman dan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Ajutan Briged Utara, Pegawai Turus Gerakan Briged Utara serta Pegawai Operasi Briged Utara.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan serta hubungan kejiranan strategik sentiasa diperkukuh.



Address

Tanjung Rambutan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Briged Utara PGA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Briged Utara PGA:

Share