01/01/2026
Wanita yang memberi,
Sebenarnya sedang menguatkan diri sendiri ๐
๐ช๐๐ก๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ก๐ฌ๐ ๐๐๐๐จ๐ฃ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฃ๐จ๐ฅ, ๐๐ก๐๐ ๐๐๐ก ๐ฅ๐จ๐ ๐๐
Saya selalu percaya, wanita yang sihat jiwanya ialah wanita yang tidak terasing daripada masyarakat.
Rumah memang amanah besar.
Anak dan suami tanggungjawab utama.
Dan ya, kita fahamโฆ ramai wanita hari ini wanita bekerjaya.
Penat. Sibuk. Masa memang terhad.
Tapi wanita juga manusia yang Allah cipta dengan potensi, idea dan peranan yang luas.
Bila wanita terlibat dalam aktiviti masyarakat seperti gotong-royong, program masjid, sukarelawan, komuniti sekolah, kelas ilmu, dan juga penglibatan dalam isu-isu negara sebenarnya dia sedang membina kekuatan emosi dan keyakinan diri.
Aktiviti-aktiviti begini bukan menambah beban, tetapi memberi sokongan emosi, rasa dihargai, dan ruang untuk bernafas.
Wanita yang aktif biasanya lebih tenang,
lebih yakin, kurang rasa sunyi,
dan lebih kuat hadapi tekanan hidup.
Islam tak pernah mengurung wanita.
Islam memuliakan peranan wanita di ruang yang memberi manfaat.
Bila seorang ibu sihat emosinya,
rumah tangga pun jadi lebih stabil.
Kalau hari ni awak rasa hidup hanya berpusing pada rutin yang sama,
cuba buka satu ruang kecil untuk diri sendiri dalam komuniti.
Tak perlu besar.
Cukup satu langkah.
Sebab wanita yang memberi,
sebenarnya sedang menguatkan dirinya sendiri.