Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Proton City

Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Proton City Menyampaikan sebarang maklumat dan aktiviti Sekolah Kebangsaan Proton City. Moga memberi manfaat kepada semua.

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU DAERAH MUALLIM 202619 Mei 2026SK Bandar Behrang 2020- - - - - - - - - - - ...
23/05/2026

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN BAHASA MELAYU DAERAH MUALLIM 2026
19 Mei 2026
SK Bandar Behrang 2020
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Tahniah kepada pasukan Bahas Bahasa Melayu SKPC yang terus membuktikan kehebatan di medan perbahasan.

Walaupun berehat setahun daripada arena perbahasan, semangat juang, keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan, membuahkan hasil yang membanggakan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.

Pusingan 1
SK Proton City ( Kerajaan) Vs SK Dato Kamarudin ( Pembangkang)
Usul : Diterima
Pembahas terbaik : Nawal Ahnaf ( M3)

Pusingan 2
Sk Proton City ( Kerajaan) VS SK Bandar Behrang 2020 ( Pembangkang)
Usul : Diterima
Pembahas Terbaik : Nawal Ahnaf ( M3)

Syabas dan tahniah buat semua peserta, guru pembimbing, ibubapa, serta warga SKPC yang sentiasa memberi sokongan! 👏🏻🏆

Buat Kita Bangga.Atlet daripada SKPC iaitu Ummu Zalikha binti Mohd Faizal terpilih mewakili Perak ke Kejohanan Merentas ...
20/05/2026

Buat Kita Bangga.

Atlet daripada SKPC iaitu Ummu Zalikha binti Mohd Faizal terpilih mewakili Perak ke Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSM di Tanjong Puteri Golf & Resort Pasir Gudang Johor.
Turut bersama Cikgu Rohamiza binti Zulkifli bertindak selaku Fisioterapi bagi Kejohanan kali ini.

Semoga pulang membawa kejayaan.



17/05/2026
SELAMAT HARI GURU 202616 Mei 2026Guru Bitara Nadi Negara
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026
16 Mei 2026

Guru Bitara Nadi Negara



Menjunjung kasih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang memperkenankan 625 warga...
15/05/2026

Menjunjung kasih atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang memperkenankan 625 warga pendidik menyampaikan khutbah Jumaat sempena Sambutan Hari Guru 2026 di seluruh negeri Perak.

Tahniah kepada Al Fadhil Ustaz Ahmad Khairi bin Ibrahim kerana terpilih untuk menyampaikan khutbah Jumaat pada hari ini di Masjid At Taqwa, Proton City.



SELAMAT HARI GURUBUAT WARGA PENDIDIKAN SK PROTON CITYAmanah yang diberiKami tak persiakanApa yang kami janjiTunai tetap ...
15/05/2026

SELAMAT HARI GURU
BUAT WARGA PENDIDIKAN SK PROTON CITY

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

16 Mei 2026
Guru Bitara Nadi Negara

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIKAN SK PROTON CITY 2026.GURU BITARA NADI NEGARA.
15/05/2026

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIKAN SK PROTON CITY 2026.

GURU BITARA NADI NEGARA.

KURSUS PEMBANGUNAN POTENSI DIRI GURU2 PEMIMPIN PPIM DAERAH BATANG PADANG & MUALLIM 20269 Mei 2026DEWAN SMK BUYONG ADIL, ...
11/05/2026

KURSUS PEMBANGUNAN
POTENSI DIRI GURU2 PEMIMPIN PPIM
DAERAH BATANG PADANG & MUALLIM 2026

9 Mei 2026
DEWAN SMK BUYONG ADIL, TAPAH
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Tahniah kepada guru pemimpin PPIM yang telah menghadiri kursus dengan jayanya.

PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KERIS EMAS, LENCANA JAYA SERTA KEMAHIRAN PENGAKAP DAERAH MUALLIM 20268 – 9 Mei 2026 | SMK Prot...
11/05/2026

PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KERIS EMAS, LENCANA JAYA SERTA KEMAHIRAN PENGAKAP DAERAH MUALLIM 2026
8 – 9 Mei 2026 | SMK Proton City
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Seramai 34 orang pengakap Kanak- kanak SK Proton City bersama 17 orang guru pengiring menyertai program selama dua hari yang melibatkan pelbagai aktiviti Ujian Lencana dan Kemahiran bersama 168 peserta Lencana Keris Emas bagi daerah Muallim.

Tahniah kepada semua peserta yang telah lengkap Lencana Keris Emas bagi perkhemahan kali ini.

Address

Proton City
Tanjung Malim
35900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Laman Rasmi Sekolah Kebangsaan Proton City posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share