JPKK Seri Tiram Jaya

JPKK Seri Tiram Jaya Info semasa mengenai aktiviti, pembangunan, infrastruktur Kampung Seri Tiram Jaya

Jemputan dari SK Sri Tiram untuk Majlis Sambutan Hari Raya 2026. Alhamdulillah Majlis di hadiri oleh Pengerusi JPKK Seri...
09/04/2026

Jemputan dari SK Sri Tiram untuk Majlis Sambutan Hari Raya 2026. Alhamdulillah Majlis di hadiri oleh Pengerusi JPKK Seri Tiram Jaya Tuan Norhizam bin Jani dan di temani oleh En. Atan Nordin.

Pada 08 April 2026 jam 10.15 pagi, beliau dapat bersama sama meluangkan masa bersama guru-guru SeSTi juga anak-anak yang comel cantik berbusana hari raya. Ucapan ringkas dan padat menjadi santapan halwa telinga anak-anak di sini.

Semoga hubungan erat antara JPKK Seri Tiram Jaya dan Warga SeSTi sentiasa terjalin erat demi bersama-sama dalam kemenjadian murid.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan tidak terlambat sekiranya kami mengucapkan Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

06/04/2026
MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITIRI KAMPUNG SERI TIRAM JAYA 1447H/2026MSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ...
06/04/2026

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITIRI KAMPUNG SERI TIRAM JAYA 1447H/2026M

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Seri Tiram Jaya dengan kerjasama Anak Muda Gerbang Tengah.

Terima kasih kepada barisan AJK, para sukarelawan, penyumbang, serta seluruh penduduk kampung yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang amat baik dalam memastikan kelancaran majlis ini.

Tidak dilupakan juga kepada pihak Polis Kuala Selangor dan Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Selangor kerana meluluskan penutupan dan lencongan jalan sementara untuk menjayakan majlis ini. Juga kepada semua tetamu yang hadir bagi memeriahkan suasana, sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam komuniti kita.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran yang baik serta terus memperkukuh semangat kebersamaan dalam Kampung Seri Tiram Jaya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.




Alhamdulillah. Terima kasih semua yang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Seri Tiram Jaya
06/04/2026

Alhamdulillah. Terima kasih semua yang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Seri Tiram Jaya

🌙✨ Salam Aidilfitri 1447H ✨🌙Alhamdulillah, setelah sebulan kita menahan lapar dan dahaga, kini Syawal menjelma membawa s...
20/03/2026

🌙✨ Salam Aidilfitri 1447H ✨🌙

Alhamdulillah, setelah sebulan kita menahan lapar dan dahaga, kini Syawal menjelma membawa sinar kegembiraan dan kemenangan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh penduduk kampung Seri Tiram Jaya serta semua yang mengenali diri ini.

Ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkenalan, tutur kata dan perbuatan ada yang mengguris hati secara sedar atau tidak. Semoga Aidilfitri ini mengeratkan lagi silaturahim dan membawa keberkatan dalam kehidupan kita semua.

Raikan kemenangan ini dengan penuh kesyukuran, sederhana dan penuh makna bersama insan tersayang.

Ikhlas daripada:
NORHIZAM BIN JANI
Pengerusi JPKK Seri Tiram Jaya

Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, keampunan dan rahmat. Semoga Ra...
19/02/2026

Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, keampunan dan rahmat. Semoga Ramadan kali ini menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri, memperbanyakkan ibadah, menyuburkan sifat sabar dan keikhlasan serta mengeratkan silaturahim sesama insan. Marilah kita manfaatkan setiap detik Ramadan dengan amal kebaikan, sedekah dan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan. Selamat menunaikan ibadah puasa, semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT dan Ramadan ini membawa keberkatan kepada kita semua.

Ikhlas daripada:
NORHIZAM BIN JANI
Pengerusi JPKK Kampung Seri Tiram Jaya

Alhamdulillah, kerja-kerja baik pulih Jalan Sentosa, Seri Tiram sedang giat dijalankan. JPKK mengucapkan ribuan terima k...
11/02/2026

Alhamdulillah, kerja-kerja baik pulih Jalan Sentosa, Seri Tiram sedang giat dijalankan. JPKK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan ICU JPM kerana telah meluluskan permohonan ini.

Untuk makluman, pihak JPKK telah memohon pembaikan Jalan Sentosa sejak 3 tahun yang lepas. Rezeki tahun baru 2026, jalan ini telah mendapat kelulusan untuk dibaik pulih.

Terima kasih juga diucapkan kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Pak Ya dan Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Permatang kerana selalu membantu JPKK untuk terus bergerak.





Address

Jalan Lintang Masjid
Tanjung Karang
45500

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Seri Tiram Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JPKK Seri Tiram Jaya:

Share