04/09/2025
Bermula 1 September 2025, Klinik Pergigian di bawah Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kuala Selangor akan melaksanakan peluasan Sistem Janji Temu melalui aplikasi MySejahtera.
🦷 Perkhidmatan yang terlibat: Pemeriksaan pergigian, cabutan, tampalan, penskaleran dan lain-lain rawatan kecuali kecemasan.
📱 Pengguna boleh membuat janji temu dengan lebih mudah dan efisien melalui aplikasi MySejahtera.
📞 Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Klinik Pergigian Kuala Selangor : 03-3281 1749
Klinik Pergigian Bestari Jaya: 03-3271 0331
Klinik Pergigian Tanjong Karang: 03-3268 2700
Sila baca gambar pada poster berikut untuk mengetahui tatacara tempahan janji temu dengan lebih lanjut.