26/06/2023
Kuala Selangor
Pada 14 Jun 2023, satu majlis penubuhan dan pengukuhan myKP Nita Sungai Sembilang telah ditubuhkan. Penubuhan telah dirasmikan oleh Pengarah Perikanan Negeri Selangor, Puan Noraisyah Binti Abu Bakar.myKP Nita terdiri daripada 20 ahli wanita yang merupakan isteri kepada nelayan dikawasan tersebut. Tercetusnya idea untuk penubuhan myKP Nita disebabkan pendedahan kerjasama Jabatan Perikanan Selangor dan Pihak JICA dalam menghasilkan produk daripada hasil laut yang bernilai rendah.Antara projek yang dijalankan dibawah myKP Nita Sungai Sembilang terdiri daripada 3 projek. Pertamanya Penghasilan produk IAT hasil laut seperti ikan, kupang, kerang yang dibotolkan untuk dijadikan produk jualan yang bernilai tinggi. Kedua, Projek Ikan Kering. Dimana ikan yang kurang mendapat sambutan di pasaran akan dijadikan ikan kering. Antara ikan yang selalu digunakan adalah ikan Duri, Belukang dan ikan Gelama
Ketiga, myKP Nita menjalankan projek kraftangan untuk dijadikan jualan cendaramata. Kraftangan ini terdiri daripada kulit cengkerang yang tidak digunakan. Penghasilan kraftangan yang unik mendapat sambutan yang baik di kalangan pelancongan tempatan ataupun luar negara.Hasrat ketua myKP Nita dengan penubuhan ini dapat menaik taraf ekonomi, sumber pendapatan isteri nelayan dan dapat menubuhkan kebajikan ahli. Jabatan Perikanan Selangor berharap myKP Nita Sungai Sembilang akan terus maju dan kekal berdaya saing ini demi memastikan projek komuniti ini makin berkembangan dan memberi manfaat kepada golongan wanita di kawasan ini.